Pages

Tuesday, February 7, 2012

Punca Kita Malas Nak Solat

Solat merupakan satu kewajipan bagi muslim. Tetapi, ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam bersolat. Solat dah jadi macam perkara yang diambil mudah oleh orang ramai. Ada mood nak buat, buat, bila malas, ahh lantaklah.


Beberapa punca telah dikesan menggunakan kepala otak dan juga pemerhatian harian |Skuad Pencarian Sebab Munasabab|

1) Mak bapak tak prihatin

- salah satu sebab, yang mana mak bapak tak mengambil berat tentang perihal solat anak-anak di waktu kecil. Anak-anak cuma tahu pasal hal-hal agama melalui pelajaran di sekolah. Sehinggalah bila tiba usia matang, solat bagaikan satu perkara asing dan susah hendak dibuat.

2) Terpengaruh dengan kawan

- salah pilih member. Yang tu satu masalah , yang menjadi lagi bermasalah bila perangai member yang malas solat pun diikuti. Yela, dah sama-sama keluar lepak, shoping sakan, solat tinggal jelah.

3) Trend

- ikut perkembangan masa. Kononnya sekarang ni trend orang tak solat, kita pun sama ikut tak solat. Ada ke?

4) Muslim pada nama

- menjadi seorang muslim kerana keturunan. Yela, sebab atok-nenek dahulunya Islam. Bangganya menjadi seorang muslim, tetapi ciri-ciri Islam langsung tiada.

5) Penat bekerja

- sakan bekerja, tetapi solat ditinggalkan. Terlalu melebihkan dunia sehingga lupakan ukhrawi. OT 5jam sehari, solat 5minit pun tak mampu.


6) Sikap pemimpin

- pemimpin yang terlalu mengejar keduniaan,  rakyat disuap kemewahan, sehingga lupa untuk berbicara tentang soal akhirat.Cuba kira berapa kali hal solat disentuh oleh pemimpin dunia? 

7) Hiburan yang melampau

- kemajuan teknologi. Pelbagai benda dicipta untuk keseronokan dunia. Panggung Wayang, Theme Park,TV dan lain-lain lagi. Solat menjadi perkara ke-100 dalam perkara yang hendak dibuat di dalam sehari.

8) Makan

- hidup untuk makan. Terlalu banyak makan sehingga menimbulkan malas solat. Lebih-lebih lagi sekarang ni puasa. Masuk je waktu berbuka, 18 jenis makanan dari 18 bazar ramadhan berbeza terhidang. Maghrib? Tidurlah gamaknya.

9) Tidur

- tidur dah macam beruang koala berhibernasi. Kalau dah tidur 18jam sehari, solat melambung ke sana sini lah jawabnya.

10) Tak takut mati

- tak tahu bila mati. Tu yang kadangkala jadi sebab malas solat. Kalau tahu esok mati, agak-agak malam ni tak tidur malam kaver solat yang terlepas campur dengan solat sunat.

Jika Esok Hari Terakhirku

Jika esok hari terakhirku, 

sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti


Jika esok hari terakhirku,

maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku


Jika esok hari terakhirku,

mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu


Jika esok hari terakhirku, 

akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku


Jika esok hari terakhirku,

ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu




Jika esok hari terakhirku, 

tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku


Jika esok hari terakhirku,

nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu


Jika esok hari terakhirku,

mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi


Jika esok hari terakhirku,

akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku


Jika esok hari terakhirku, 

tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi, hanyalah

Jika esok hari terakhirku.

Betul Ke Miskin Itu Lebih Indah Berbanding Kaya?


Orang kata, kekayaan bukanlah segalanya, tetapi kebahagiaan itu lebih penting. Tetapi, betul ke? Atau ni hanya cakap-cakap orang kaya yang sememangnya sudah cukup makan sehari-sehari. Apa pula kata orang miskin? Semestinya hidup lebih bahagia dengan kekayaan kerana waktu sekarang, tanpa wang ringgit, kita dipandang hina. Atau mungkin sedikitpun tak dipandang.

Orang kaya sering diancam perompak, penyamun, penyangak tetapi orang miskin juga sama keadaannya, dikejar dek ceti, along, tuan rumah. Kitaran hidupnya lebih kurang sama, tetapi lebihnya si kaya, mampu menggaji security untuk menjaga harta yang bertimbun, si miskin pula sibuk melarikan diri.

Miskin bukanlah bermaksud tidak mampu beli blackberry, sony experia mahupun iphone5 yang bakal keluar tak lama lagi, tetapi miskin yang tidak mampu untuk makan nasi walau sehari sekali. Tak perlu lihat ke luar negara untuk melihat fakir miskin, di Malaysia sendiri, beribu-ribu orang tiada rumah, yang hanya mampu tidur di bawah-bawah jambatan berselimutkan surat khabar berita harian edisi mingguan.

Jadi, betul ke miskin itu lebih indah berbanding kaya?

Facebook Menjadi Mangsa.

Mengikut pemerhatian dalam jangka masa panjang, rata-rata pemilik facebook suka sangat-sangat meluahkan perasaan hingga menyebab jiran-jiran tetangga facebook menyampah dan sakit hati.
Antara luahan perasaan yang selalu diupdate di facebook :
1) Sedih
- Bila je sedih, facebook tempat luah perasaan. Nampak takde masalah pun kan? Tapi, bilamana orang komen tanya kenapa sedih, boleh pulak si updater facebook reply, biar dia sorang je tanggung, itu masalah dia. Apahal lu minah? HAHA. Dah taknak kongsi, takyah update kat facebook, tak pasal2 dari kesian jadi mangsa kutukan. 
2) Couple
- Bagi pasangan bercinta yang kononnya romantik, facebook tempat perkongsian rasa kasihnya mereka dengan kawan-kawan. Kononnya nak bagi satu dunia tau yang mereka ni bercinta. Oh sweet sangat. I love you, you love you, i love yours. Walhal kat fon , boleh je nak buat benda-benda tu. Tapi, bila dah gaduh, maki2 FB , WTF? HAHA. Kejap je tu, 2-3 hari pastu elok balik, smbung jadi mat minah bunga.
3) Mandi/berak/kencing/tidur
- Semua benda nak post, memang tak salah pun, aku pun tak kisah, tapi jadi kisahnya, bila selang 2-3 minit, ada je updatenya. Ko update, ko like, pastu ko komen, dan aku gelak. HAHA.

Tangisan Rasulullah SAW Menggetarkan Arasy

 

Assalamualaikum.
Sekarang aku mintak kamu semua, pejam mata 5 saat, bace Bismillah, mengucap, bersyukur Alhadulillah sebab hari ni sihat lagi dapat pegang mouse, tengok skrin untuk bace blog aku.

Ok, mari kita mulakan.
“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!”kata orang Arab badwi itu.
“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. “
Sumber Sirah Nabawiy
Sumber : Syachranie's Blog
So, sebagai umat Islam, janganlah kite rase terlambat untuk bertaubat. Jangan kate aku banyak dosa. Dosa zina, bunuh, berjudi dan bahkan dosa raja segala kejahatan yakni minum arak juga akan diampunkab oleh Maha Mulia Allah. Rahmat-Nya mengatasi segala…
Assalamualaikum