Pages

Saturday, July 21, 2012

5 Bandar Terbusuk Di Dunia

Menurut laman web Skyscanner.com seperti yang dilaporkan Courier Mail, terdapat 5 bandar di dunia yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat dunia.

1. Cancun, Mexico


senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan

Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah.

2. Venice, Itali


senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan
Kota ini sentiasa menjadi destinasi pilihan berbulan madu kerana ia memang terkenal di seluruh dunia sebagai kota romantis. Tetapi menjelang musim panas, aroma 'aneh' yang menyengat pastinya akan mengganggu bulan madu pelancong kerana pada masa itu pekerja pembersih sampah ditugaskan untuk membuang segala kekotoran ke dalam saluran.

3. Rotorua, New Zealand

senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan

Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".

4. St. Helen Auckland, Durham

senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan

Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.

5. Cote-'or, Perancis

senarai, bandar terbusuk, negara, di dunia, informasi, ketahui. senarai, kotor, udara, awam bau busuk, segar, nyaman, laman web, destinasi pilihan, masyarakat dunia, aroma, kurang menyenangkan

Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang mmbuat keju The Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam. 
sumber

10 Kereta Termahal Tahun 2012

Kereta menjadi satu aset yang sering kali di banggakan. Siapa ada kereta mewah boleh kata ‘hot stuff’ & ‘market’ la. Jom tengok antara 10 kereta termahal dunia pada tahun 2012. Berikut adalah 10 kereta paling mahal tahun ini yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes.

10. Porsche 918 Spyder (USD 845,000)



9. SSC Tuatara (USD 970,000)



8. Hennessey Venom GT (USD 1,000,000)



7. Pagani Huayra (USD 1,300,000)



6. Maybach Landaulet (USD 1,400,000)



5. Aston Martin One-77 (USD 1,400,000)



4. Koenigsegg Agera R (USD 1,711,000)



3. Zenvo ST1 (USD 1,800,000)



2. Ferrari 599XX (USD 2,000,000)



1. Bugatti Veyron Supersport (USD 2,600,000)

Buggati Veyron

Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia

pemain bola sepak, kaya, popular, terkena;, dunia, mahal

Pemain Bolasepak Termahal Di Dunia Zlatan Ibrahimovic. Zlatan Ibrahimovic, bekas penyerang AC Milan telah menyertai Paris Saint-Germain. Ibrahimovic merupakan pemain kedua AC Milan yang menyertai PSG selepas pemain Brazil, Thiago Silva. Yuran perpindahan Ibrahimovic ke PSG adalah di sekitar €23 juta.

Perpindahan kapten Sweden, Zlatan Ibrahimovic ke PSG menjadikannya pemain yang termahal di dunia dari segi jumlah wang perpindahan sepanjang karier bolasepaknya sehingga kini. Sebelum ini, Ibrahimovic pernah bermain untuk Ajax, Juventus, Inter, Barcelona dan AC Milan sebelum menyertai PSG.

Senarai pemain bolasepak termahal di dunia (Berdasarkan jumlah yuran perpindahan sepanjang karier)

Zlatan Ibrahimovic €171.1 million
Nicolas Anelka €134 million
Hernan Crespo €121million
Juan Veron €117 million
C. Ronaldo €100.9 million
Fernando Torres €96,5million
Christian Vieri €87,5million
Robinho €85million
Zinedine Zidane €84million

Christiano Ronaldo masih lagi kekal sebagai pemain bolasepak termahal di dunia dengan €94 million dari Manchester United ke Real Madrid. Walaubagaimanapun, Christiano Ronaldo berada di kedudukan ke-5 jika dikira total yuran perpindahan sepanjang kariernya. Ini disebabkan dia hanya pernah berpindah sebanyak 2 kali sahaja iaitu ke Manchester United dan Real Madrid.
sumber

Sepotong roti bakar tahun 1981 dibeli RM1,131



Roti Bakar
SEPOTONG roti bakar yang dilelong pada harga RM1,131.

LONDON – Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi berita Reuters kelmarin.

Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.
Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.


Roti itu tidak rosak kerana dia menyimpannya selama bertahun-tahun di dalam bekas kedap udara di sebuah almari rumahnya.

Menurut Smith, seorang anak perempuannya bekerja sebagai pelayan di istana tersebut.
Smith berkata, dia dan anaknya melihat Charles meninggalkan roti tersebut dari koridor istana.
Menurutnya, dia kemudian memikirkan untuk menyimpan roti tersebut.

Smith berkata, pada tahun lalu, dia berpendapat roti tersebut mungkin mempunyai nilai jika dilelong ekoran majlis perkahwinan antara anak Charles, Putera William dengan Kate Middleton pada April tahun lalu.
Lelongan itu dikendalikan oleh Charles Hanson Auctioneers.
Terdapat dua pembida yang mahu membeli roti tersebut menerusi telefon. – Agensi