Pages

Friday, January 13, 2012

Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Angkuh

Ustaz Harun Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 .


Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.


Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.


Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."


Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?


Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.


Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.


Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.


Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.


Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.


Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.


Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.


Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.


Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.


Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.


Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.


Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.


Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.


Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?


Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.


Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.


"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?


"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"


Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.


Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.


Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
 

 

Mohammad Fitri Abdullah

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.


Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.


"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.


"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.


"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.


Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.


Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.


"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.


"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.


catitan :


Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja. Selagi hayat dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu ini dipandang sepi oleh sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun.


Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?

Tip supaya doa diMakbulkan



Doa adalah senjata. Sebagai hamba Allah, kita diwajibkan berdoa untuk mewujudkan impian-impian kita. Hal ini dilakukan untuk menepis rasa sombong dalam diri. Menghilangkan rasa takabbur atas kerja keras yang telah dilakukan. Karena semuanya tidak mungkin terjadi jika tidak atas kehendak Allah SWT.
Doa juga bentuk dari perendahan diri kita kepada Allah SWT. Setiap kegagalan-kegagalan yang terjadi padahal kita sudah berusaha keras untuk mencapainya namun tetap saja gagal, mengharuskan kita butuh pada sebuah keajaiban, sebuah pertolongan yang bisa menjadikan suatu hal yang tak mungkin menjadi mungkin.
Namun terkadang doa-doa yang kita panjatkan tidak kunjung dikabul. Allah masih belum menjawab doa-doa kita. Kira-kira apa yang terjadi? Bukankah Allah pernah berfirman “ud’uuni istajib lakum” “Berdoalah niscaya aku akan mengabulkannya” Lantas kenapa doa-doa kita tidak dijawab-Nya? Apa ada yang salah dengan doa-doa kita?

Ya… bisa jadi. Mungkin saja ada yang salah saat kita berdoa. Kita mungkin tidak mengerti tentang bagaimana seharusnya berdoa yang baik. Adab doanya seperti apa. Oleh karena itu kita mesti tahu tata cara dan adab berdoa.  Ustadz Ulis Tofa, Lc memberi 10 tip agar setiap doa yang kita panjatkan bisa diijabah oleh Allah SWT.

ADAB BERDOA

1. MEMAKAN MAKANAN DAN PAKAIAN DARI YANG HALAL
Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: “Seorang laki-laki yang lusuh lagi kumal karena lama bepergian mengangkat kedua tanganya ke langit tinggi-tinggi dan berdoa : Ya Rabbi, ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dagingnya tumbuh dari yang haram, maka bagaimana doanya bisa terkabulkan.?” Imam Muslim

2. HENDAKNYA MEMILIH WAKTU DAN KEADAAN YG UTAMA, seperti:
  • Tengah malam, Rasulullah saw. bersabda: “Keadaan yang paling dekat antara Tuhan dan hambanya adalah di waktu tengah malam akhir. Jika kamu mampu menjadi bagian yang berdzikir kepada Allah, maka kerjakanlah pada waktu itu.” Dari Jabir berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya bagian dari malam ada waktu yang apabila seorang hamba muslim meminta kebaikan kepada Allah dan sesuai dengan waktu itu, pasti Allah mengabulkannya.” Imam Ahmad menambah: “Itu terjadi di setiap malam.”
  • Saat sujud. Rasulullah saw. bersabda: “Dan adapun ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah kalian berdoa, niscaya akan diijabahi doa kalian.
  • Ketika adzan. Rasulullah saw. bersabda: “Ketika seorang muadzin mengumandangkan adzan, maka pintu-pintu langit dibuka, dan doa diistijabah.
  • Antara adzan dan iqamat. Rasulullah saw. bersabda: “Doa antara adzan dan iqamat mustajab, maka berdoalah.”
  • Ketika bertemu musuh. Dari Sahl bin Saad, dari Nabi saw. bersabda: “Dua keadaan yang tidak tertolak atau sedikit sekali tertotak; doa ketika adzan dan doa ketika berkecamuk perang.”
  • Ketika hujan turun. Dari Sahl bin Saad dari Nabi saw. bersabda: “Dan ketika hujan turun.”
  • Potongan waktu akhir di hari Jum’at. Rasulullah saw. bersabda: “Hari Jum’at 12 jam tiadalah seorang muslim yang meminta kepada Allah sesuatu, kecuali pasti Allah akan memberinya. Maka carilah waktu itu di akhir waktu bakda shalat Ashar.”
  • Doa seseorang untuk saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya. Dalam riwayat Imam Muslim dari Abu Darda’ berkata: “Rasulullah saw. bersabda: “Tiada seorang muslim yang berdoa bagi saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya itu, kecuali Malaikat berkata, bagimu seperti apa yang kamu doakan untuk saudaramu.” Dalam kesempatan yang lain Rasulullah saw. bersabda: “Doa seorang al-akh bagi saudaranya tanpa sepengetahuan dirinya tidak tertolak.”
  • Hendaknya ketika tidur dalam kondisi dzikir, kemudian ketika bangun malam berdoa. Dari Muadz bin Jabal dari Nabi saw. bersabda: “Tiada seorang muslim yang tidur dalam keadaan dzikir dan bersuci, kemudian ketika ia bangun di tengah malam, ia meminta kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, kecuali Allah pasti mengabulkannya.”
3. BERDOA MENGHADAP KIBLAT DAN MENGANGKAT TANGAN

 


Dari Salman Al-Farisi berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Pemurah. Dia malu jika ada seseorang yang mengangkat kedua tangannya berdoa kepada-Nya, Dia tidak menerima doanya, nol tanpa hasil.”

4. DENGAN SUARA LIRIH, TDK KERAS & TDK TERLALU PELAN

Rasulullah saw. bersabda: “Wahai manusia, sesungguhnya Dzat yang kalian berdoa kepada-Nya tidak tuli dan juga tidak tidak ada / gaib.”

5. TDK MELAMPAUI BATAS DALAM BERDOA

Allah swt. berfirman: “Berdoalah kepada Tuhan kalian dengan penuh rendah diri dan takut (tidak dikabulkan). Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas.” Al-A’raf:55. Contoh melampai batas dalam berdoa adalah minta disegerakan adzab, atau doa dalam hal dosa dan memutus silaturahim dll.

6. RENDAH DIRI DAN KHUSYU.

Allah swt. berfirman:
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Al-Araf:55. Allah swt. berfirman dalam surat Al-Anbiya’:90:
“Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.”

7. SADAR KETIKA BERDOA, YAKIN AKAN DIKABULKAN DAN BENAR DALAM PENGHARAPAN

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Berdoalah kepada Allah, sedangkan kalian yakin akan dikabulkan doa kalian. Ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” Imam Ahmad
Rasulullah saw. juga bersabda: “Jika salah satu di antara kalian berdoa, maka jangan berkata: “Ya Allah ampuni saya jika Engkau berkenan. Akan tetapi hendaknya bersungguh-sungguh dalam meminta, dan menunjukkan kebutuhan.”
Sufyan bin ‘Uyainah berkata: “Janganlah salah seorang dari kalian menahan doa apa yang diketahui oleh hatinya (dikabulkan), karena Allah swt. mengabulkan doa makhluk terkutuk, iblis laknatullah alaih. Allah swt. berfirman: “Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh.” Al-Hijr:36-37
8. HENDAKNYA KETIKA BERDOA MEMELAS, MENGANGGAP BESAR APA YG DI DOAKAN DAN DIULANG 3X

Ibnu Mas’ud bekata: “Adalah Rasulullah saw. jika berdoa, berdoa tiga kali. Dan ketika meminta, meminta tiga kali. Rasulullah saw. bersabda: “Jika salah satu di antara kalian meminta, maka perbanyaklah atau ulangilah, karena ia sedang meminta kepada Tuhannya.”

9. HENDAKNYA KETIKA BERDOA DIMULAI DGN DZIKIR KPD ALLAH DAN MEMUJINYA & AGAR MENGAKHIRINYA DGN SHALAWAT ATAS NABI SAW

10. TAUBAT & MENGEMBALIKAN HAK ORANG YG DIZHALIMI, MENGHADAP ALLAH DGN RINGAN

Dari Umar bin Khattab ra. berkata: “Sesungguhnya saya tidak memikul beban ijabah, akan tetapi memikul doa, maka ketika saya telah berupaya dalam doa, maka ijabah atau dikabulkan akan bersamanya.”
Ia melanjutkan: “Dengan sikap hati-hati dari apa yang diharamkan Allah swt. Allah akan mengabulkan doa dan tasbih.”
Dari Abdullah bin Mas’ud ra berkata: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan kecuali orang yang sadar dalam berdoa. Sesungguhnya Allah tidak mengabulkan dari orang yang mendengar, melihat, main-main, sendau-gurau, kecuali orang yang berdoa dengan penuh keyakinan dan kemantapan hati.”
Dari Abu Darda’ berkata: “Mintalah kepada Allah pada hari di mana kamu merasa senang. Karena boleh jadi Allah mengabulkan permintaanmu di saat susah.” Dia juga berkata: “Bersungguhlah dalam berdoa, karena siapa yang memperbanyak mengetok pintu, ia yang akan masuk.”
Dari Hudzaifah berkata: “Akan datang suatu zaman, tidak akan selamat pada zaman itu, kecuali orang yang berdoa dengan doa seperti orang yang akan tenggelam.”

MENGHINDARI KESALAHAN DALAM BERDOA:

Ada beberapa praktek doa yang disebagian umat muslim masih terus berlangsung, padahal itu menjadi penghalang doa dikabulkan. Di antaranya adalah:

1. BERDOA UNTUK KEBURUKAN KELUARGA, HARTA DAN JIWA

Dari Jabir ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah kalian berdoa untuk kemadharatan diri kalian, dan jangan berdoa untuk keburukan anak-anak kalian. Jangan berdoa bagi keburukan harta-harta kalian. Janganlah kalian meminta kepada Allah di satu waktu yang diijabah Allah, padahal doa kalian membawa keburukan bagi kalian.” Imam Muslim

2. TERLALU KERAS DALAM BERDOA. 

Allah berfirman:

“Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaaul Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu (doamu) dan janganlah pula merendahkannya. Dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” Al-Isra’:110

3. MELAMPAUI BATAS. 

Seperti berdoa agar disegerakan adzab, doa dengan dicampuri dosa dan memutus tali silaturahim.

4. BERDOA DENGAN PENGECUALIAN. 

Contoh: “Ya Allah, ampuni saya jika Engkau berkenan.”

5. TERGESA-GESA.

Dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: “Akan diijabahi doa kalian, jika tidak tergesa-gesa. Sungguh kamu telah berdoa, maka atau kenapa tidak diijabahi?” Imam Bukhari
 
 
 

Apa Itu Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab??




Assalamualaikum...
Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab. Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti. Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata.

AURAT

Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim. Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan. Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Berlainan pula dengan aurat yang ditekankan kepada golongan wanita. Aurat bagi kaum wanita merangkumi :
  1. Di hadapan saudara lelaki (muhrim) diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali kepala dan tangan.
  2. Ketika bergaul sesama wanita muslim aurat bagi wanita itu adalah dari pusat hingga ke lutut
  3. Ketika bergaul di kalangan wanita bukan muslim adalah diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Namun bagi sesetengah pendapat para ilmuan batas aurat wanita muslim kepada wanita bukan muslim adalah sama dengan batas aurat ketika bergaul sesama muslim
  4. Apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim pula diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
  5. Aurat ketika solat adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan
Ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa suara juga merupakan aurat bagi kaum wanita. "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada :
  1. Suami mereka atau 
  2. Bapa mereka atau
  3. Bapa mertua mereka atau
  4. Anak-anak mereka, atau
  5. Anak-anak tiri mereka atau
  6. Saudara-saudara mereka atau
  7. Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  8. Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  9. Perempuan-perempuan Islam atau 
  10. Hamba-hamba mereka atau
  11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur: Ayat 31)


HIJAB

Pelaksanaan hijab adalah perkara wajib yang diperjelaskan secara nyata di dalam Al-Quran. Secara umumnya hijab itu membawa maksud cara menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan dengan sempurna.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." - [Surah Al-A'raaf: Ayat 26]

JILBAB

Jilbab adalah tuntutan dalam pelaksanaan hijab yang sebenar. Perkara ini dijelaskan dengan penurunan ayat Al-Quran dari petikan surah Al-Ahzab. Jilbab merupakan kaedah atau fesyen pakaian yang labuh. Jika dilihat kepada revolusi wanita Islam masa kini,  fesyen pemakaian tudung labuh adalah teramat kurang sekali untuk dilihat. Malahan di negara Malaysia ini, golongan yang bergelar ustazah juga kurang dilihat mengenakan pakaian berunsur jilbab.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [Surah Al-Ahzab: Ayat 59]

NIQAB


Niqab adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai "purdah". Pemakaian niqab bagi seorang wanita menjadi persoalan para cendekiawan sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan purdah dipersetujui bahawa adalah sangat dicadangkan.

PENUTUP

Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap insan yang bergelar muslim. Namun, pelaksanaan hukum ini tidak mendapat perhatian oleh kebanyakan umat Islam dewasa ini. Walaupun kita berada di dalam sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam, tetapi tiada undang-undang khusus yang mewajibkan etika menutup aurat. Oleh yang demikian, perihal hukum menutup aurat mula dipandang sebagai hukum yang boleh diringan-ringankan. Sedangkan hakikatnya hukum menutup aurat ini sememangnya diketahui sebagai WAJIB bagi umat Islam, tetapi begitu sukar memenuhi tuntutan hukum ini sebagai tunjang kekuatan iman...

Bolehkah Kita Berkahwin Dengan Orang Bunian?


Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak

Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.
Jawapan Oleh:Datuk Dr Haron Din

Hukum Memakai Wangian



Wangian Lelaki
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
أربع من سنن المرسلين: الحياء والتطعر والسواك والنكاح
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
حبب إلي من دنياكم النساء والطيب وجعلت قرة عين في الصلاة
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Wangian Wanita
Diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية
Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.

Wangian Rasulullah
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :
ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
من عرض عليه ريحان فلا يرده
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Rujukan: Mausuah Feqhiah oleh kementerian agama Kuwait, Ittihaf Ahlil Wafa oleh Abdur Qadir at-Talidi, Tuhfatul Ahwazi oleh al- Muabarakfuri, musnad Imam Ahmad dan Feqhul Albisah waz Zinah oleh Abdul Wahhab.

Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar


Korang semua mesti pernah rasa mengantuk di pejabat atau kelas kan? Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak mencukupi? Nak ke korang tidur di tempat kerja/belajar? Kantoi ngan bos atau cikgu nanti menyusahkan korang je. Ni nak share cara hilangkan rasa mengantuk

  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapi Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio
    Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5.  Senaman ringan
    Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

Pondan,Tomboy,Pengkid Dilaknat Jika Tidak Berubah






Suami wajib nasihat isteri berperwatakan lelaki supaya ubah penampilan diri, jauhi dosa.



Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. - Surah at-Tahrim, Ayat 6



Soalan: APAKAH hukum suami yang tidak menegur isterinya berkelakuan ‘tomboy’ (berpakaian dan berperangai seperti lelaki). Apabila ditanya, jawapan suaminya, isterinya memang begitu sebelum berkahwin. Bagaimana cara untuk mengubah isteri yang sebegini.


Jawapan: ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan lain-lain, daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai perempuan.”

Dalam riwayat lain disebut: “Allah melaknat pondan dalam kalangan lelaki dan wanita yang (berlagak) seperti lelaki. Iaitu kalangan wanita yang menyerupai lelaki dalam hal pakaian dan tutur kata mereka.”
Fenomena tomboy dan pengkid adalah isu yang sepatutnya tidak diambil remeh dan sememangnya perlu ditangani. Tomboy iaitu perempuan yang berwatak atau berimej lelaki manakala pengkid adalah perempuan berwatak lelaki dan mempunyai keinginan dengan perempuan. Untuk mengenalinya, biasanya mereka berambut pendek serta memakai seluar jeans dan kemeja-T. Ada yang mengatakan sampai mengikat buah dadanya dengan kain agar kelihatan rata.

Mereka cuba berlagak seperti lelaki dan berasakan mereka ini ada sifat kelelakian. Mereka cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan perempuan. Ia berbeza dengan tomboy yang hanya menampilkan imej lelaki tetapi mereka masih mempunyai perasaan seperti perempuan biasa.

Berbalik kepada soalan saudari, jika seorang perempuan itu memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh lelaki bererti ia sudah menyerupai lelaki dan tentu saja ia diancam oleh laknat Allah SWT dan Rasul-Nya.

Bagi suaminya yang tidak menegurnya iaitu dia tahu tetapi kemudian rela keadaan itu berlaku pada isterinya dan ia tidak mencegah isterinya, maka suaminya juga mendapat laknat Allah SWT sama dengan isterinya. Ini disebabkan ia sudah diperintahkan untuk membimbing agar isterinya taat kepada Allah SWT dan mencegahnya daripada segala maksiat. Allah SWT berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...”

Ertinya, didik dan ajarlah mereka serta peliharalah mereka agar taat kepada Allah SWT dan cegahlah mereka daripada kemaksiatan sebagai kewajipan yang perlu dilakukan terhadap diri kamu sendiri.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan bertanggungjawab atas mereka di akhirat kelak.”

Dalam riwayat Muslim dan lainnya daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah akan rosaklah orang lelaki jika mentaati wanita.”

Oleh itu suami yang mempunyai isteri berwatak sedemikian, maka wajiblah beliau menegurnya tetapi hendaklah dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh, bawa isteri pergi ke majlis ceramah agama yang diadakan di masjid atau surau, hadiahkan isteri majalah atau buku yang berbentuk agama dan kewanitaan, belikan isteri pakaian wanita dan seumpamanya. Kewajipan menegur ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak suami agar tidak ditimpa laknat Allah seperti hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Demikianlah wallahua’lam.

Jawapan disediakan oleh: Ustaz Zahazan

Tanda-Tanda Wali Allah







1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
 
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:
“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka.”
Dari Said ra, ia berkata:
“Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.

 
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).

“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman:
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”13
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”

4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
Surah Yunus: 62 – 64
Hadisriwayat. Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.”

Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa”Rasulullah saw bersabda:
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”
Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut.

Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia.

Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yang berat.”

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang datang.”
Rujukan:-
Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6

7. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. . Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka.

Demi Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’i kepada agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

8. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka kepadamu. ”

Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu.

Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”
Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal.. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

9. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya.

Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan orang. Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih sayangNya.

Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya: “Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”

10. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda: “Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.
Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16

11. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan. Maka dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan” sampai akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur.”
- Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7


PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di
bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.

5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:
“Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”.



Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

Haram Wanita Memakai Loceng Kaki



 
Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Suami Yang Suka Pukul Isteri Khianati Hidup Berumah Tangga







Soalan

Ustaz, apakah tanggungjawab suami terhadap isteri. Bagaimana pandangan Islam mengenai suami yang bertindak kasar dan ganas, selalu memukul isteri, tidak mempedulikan rumah tangga, makan minum isteri dan selalu membawa wanita lain serta melakukan perkara yang menyakitkan hati isteri. Harap dapat penjelasan. 

Jawapan 

LIN,
Johor.


Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Tanggungjawab suami terhadap isteri sangat banyak dan berat kerana suami menerima amanah Allah SWT menjaga keselamatan isteri, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin.

Sahabat Rasulullah SAW, Muawiah Haidah menemui Baginda bertanya mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, hendaklah engkau beri pakaian untuk isteri engkau. Janganlah engkau pukul isteri engkau di bahagian muka. Janganlah mengeluarkan perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang dibenci di depannya. Engkau jangan tinggalkan isteri seorang diri kecuali di dalam rumah.

Sikap suami yang suka memukul, tidak mempedulikan rumah tangga, tidak menyempurnakan makan minum isteri dan selalu membawa perempuan lain adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isteri.

Sahabat Rasulullah SAW, Umar al-Ahwas al-Jasyami mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika mengerjakan Haji Wada (Haji Selamat Tinggal). Sabda Baginda SAW dalam riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: Ingat, hendaklah kamu terima pesanan mengenai perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik dan berlemah lembut. Sesungguhnya perempuan itu adalah tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka melakukan kejahatan (penderhakaan) berterus terang. Jika mereka melakukan perbuatan terbabit, maka tinggalkan tempat tidur mereka seorang diri. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka berlaku taat kepadamu, jangan kamu melakukan apa-apa tindakan kepada mereka. Ingat, sesungguhnya kamu terhadap isteri kamu mempunyai hak yang tertentu dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci dan tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah kamu berbuat baik terhadap mereka mengenai pakaian dan makan minum dengan cukup dan sempurna.

Salah faham dan kesilapan perkara biasa dalam rumah tangga. Bererti suami tidak berhak untuk menumbuk, menampar dan memukul isteri menggunakan sebarang benda yang boleh mendatangkan sakit yang melampau. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Saad yang bermaksud: Patutkah seseorang kamu memukul isterinya seperti seseorang memukul hamba abdinya, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia berasa malu.
Begitu juga dalam hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah Zamah, Rasulullah SAW bersabda: Jangan memukul isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi, kemudian menyetubuhinya pula pada malam hari.

Sungguh memalukan sekiranya memukul isteri pada siang hari dengan pukulan yang berat, kemudian apabila tiba malam, menyetubuhinya pula. Justeru, kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku masalah seperti disebut dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas perempuan dan juga kerana lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka, maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil), pulaukan mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha besar.

Demikianlah, wallahualam.

Oleh: Ustaz Zahazan

Aliran Sains vs. Aliran Sastera






Assalamualaikum,baru-baru nie saya ada buka satu laman web dan di sini saya nak share kat korang satu topic yang dikira menarik jugak lah bagi pelajar-pelajar form 4 yang baru habis PMR dan tak tahu nak pilih aliran ape......Baca nie sampai habis>>>


 Result pmr baru keluar baru-baru ni, aku ingat akan berakhirlah posting status-status PMR ni, tapi nampaknya makin banyak lagi. Budak-budak PMR ni flood wall facebook aku sampai status orang lain diancam kepupusan, aku yang memang kuat jealous dengan orang yang ada status hot, terus buat status PMR jugak. Kalau setakat 1-2 bijik macam boleh dimaafkan lagi la. Tapi, nak sampai 10 aku buat status PMR. Aku rasa aku sangat hot.

     Posting status PMR ni dah lama start sebenarnya, aku dah perasan sejak bulan lepas lagi. Macam-macam jenis status yang aku Nampak, ada yang risau, ada yang confident, ada yang tak nak pergi ambik result. I was like, these guys really take this matter very seriously, if and only you did that a year ago so that tak perlu la aku baca status budak-budak yang meroyan pasal result tak elok. Aku rasa sangat kejam sekarang. Tolong la, PMR je kot, abang aku dulu, PMR tak ada la sampai straight A’s, tapi sekarang masuk university dapat course best je. Masa depan korang bukan ada kat PMR la, tapi SPM nanti. PMR ni, ko dapat 7E pon still dapat masuk form 4. Tapi kalau SPM nanti ko dapat 10B pon jangan harap la.


     Cakap pasal result, tak cool la kalau tak sentuh sekali bab aliran mana nak pilih next year kan. Aku tengok kawan-kawan kat facebook aku result tak ada la teruk sampai sawan, tapi tak jugak bagus. Tapi semua pakat nak berebut nak masuk aliran sains. Aku rasa diorang ni gila, kalau dah tau diri tu tak capai tahap tertentu nak masuk kelas sains, just forget it and start focusing on something that you belive you could excel on it. Bukan setakat survive, kalau setakat survive, buat penat mak ayah ko je la pergi jaja satu kampung anak dia dapat masuk kelas sains. Imagine la, ko ada dua pilihan, ko masuk, ko lepas cukup-cukup makan je kalau tengok prestasi ko sekarang, kalau ko tiba-tiba jadi rajin extra hard next year tu lain cerita which is a rare occasion. Dan satu lagi aliran yang memang tak cool, tapi bila ko masuk, ko ada peluang tinggi untuk excel dalam bidang tu. Kalau aku sendiri, number is not really my thing, tapi aku masuk jugak kelas sains sebab aku dulu aku follow kawan-kawan aku, adik beradik aku yang lain, cikgu suruh, walaupun aku tau aku takkan excel dalam bidang ni. Kalau aku bagitau parents aku, aku tak nak masuk kelas sains ko rasa diorang bagi? Aku rasa tak,banyak la dorang membebel nanti kata kalau bukan kelas sains memang tak ada masa depan, kalau bukan kelas sains cikgu bagi kurang perhatian blab la bla. Maka terpaksalah aku dok bermain dengan subjek sains yang tak dinafikan memang best, tapi aku tak minat, dan aku tak pandai. Kalau nak kira, tak ada la susah tahap roket sains, tapi kalau dah Math tahap budak darjah 6 macam aku ni, jangan harap la. Nasib baik la dalam 3 subjek sains tu, ada satu subjek menghapal, kalau tak memang harom la hidup aku dalam kelas tu.
 
 
 
 
 
 Orang selalu cakap kalau tak masuk alian sains, tak ada masa depan yang cerah. Apa yang diorang maksudkan dengan  masa depan yang cerah sebenarnya? Nanti besar jadi doctor, jadi engineer? Kalau jadi something else, kira macam kegagalan tahap memalukan? Aku tak tau kenapa, orang kita ni selalu sangat mengagung-agungkan kelas sains ni. Konon berfikiran maju la, fikir semua sains je, tapi bila tanya daya apa yang buat telur pecah kalau jatuh atas tanah semua geleng kepala tak tau. Otak sains la konon. Aku tak tau kenapa, orang kita ni terlalu memberikan perhatian kepada aliran sains, tapi sampai sekarang berapa kerat sangat ahli sains kat Malaysia ni berjaya menyumbang idea yang boleh membawa impak dalam hidup kita? Kalau orang kita dapat beri peluang kat aliran sastera ni, aku rasa memang agak cool sebab aku tengok anak-anak muda sekeliling aku (bukan budak kelas aku, especially budak tepi AKU, MATH FREAK!) agak berbakat dalam bidang seni terutama dalam seni penulisan ni. Aku tengok ramai yang dah pandai cipta lagu, yang dah start publish buku yang aku rasa agak best. Ok la kalau tengok dari pendedahan yang dia dapat secara tak formal, imagine kalau budak-budak ni diberi pelajaran formal, aku rasa diorang mampu meningkatkan bidang sastera negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Aku dah bosan bila tanya budak nak jadi apa, semua kata nak jadi the next Einsten, nak jugak dengar jawapan ada yang nak jadi the next Lennon ke. So, apa yang aku boleh kata kat sini ialah, pilih aliran yang ko rasa ko mampu buat, yang ko rasa ko memang minat, dan ko rasa ko akan bawa impak kepada masyarakat jika ko mendalami lagi bidang tu. Make a good choice, follow your heart, not the herd.

     Satu lagi masalah kalau masuk kelas sastera ni, mesti kena duduk kelas bawah. Macam tu lah lumrahnya. Kalau dah duduk kelas bawah ni, mesti diorang rasa hopeless dan helpless dalam study dan diorang rasa malas nak teruskan. Diorang kata, buat apa nak study, kitorang ni budak bodoh la. Aku rasa ni bukan salah diorang 100%, ni jugak ada kaitan dengan pengagungan kelas-kelas sains golongan diatas tu, dia rasa hidup diorang dah musnah, dah gagal, dah berakhir sebab tak dapat masuk kelas sains. Diorang ingat kelas sains je yang boleh bawak masuk university. Aku rasa tak sepatutnya ada grading kelas once dah masuk upper form ni. Aliran pon dah lain kan, adalah sangat tak fair ko kata kelas sains kelas nombor satu, kelas sastera kelas nombor last. Memang la kalau tengok prestasi tahunan pon, budak kelas sains ni la yang meningkatkan peratus kecemerlangan sekolah, tapi kita tak boleh nak samakan dua bidang yang berbeza ni. Apa yang buat case ni lagi teruk adalah kes dimana cikgu-cikgu sumbat budak-budak pandai dalam kelas sains, budak-budak bodoh dalam kelas sastera. Benda ni akan menjauhkan lagi jurang dua aliran ni. Why not bagi chance kepada budak-budak pandai tadi yang berbakat dalam bidang penulisan untuk masuk kelas sastera? Ni akan membukak mata pelajar-pelajar lain bahawa kelas sastera ni bukan kelas untuk orang bodoh dan mereka tak akan rasa bodoh kalau dah terpaksa masuk kelas tu. Frankly speaking, aku pernah jugak terdetik dalam hati yang aku nak masuk kelas sastera, tapi tengok keadaan kelas sastera sekarang yang agak menyedihkan aku terpaksa batalkan niat aku. It’s not students fault, ini salah orang-orang atas tu.

     Apa-apa pun, semua aliran ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, sama jugak macam diri kita. Kita jugak ada kelebihan dan kekurangan kita sendiri. Kalau kita rasa kita memang ada kelebihan dalam bidang pengiraan dan analytical thinking ni, teruskanlah niat nak masuk kelas sains. Tapi kalau rasa memang hopeless dengan number,  tak boleh nak tengok sesuatu tu secara anatikal, memang aku tak cadangkanlah masuk kelas sains, memang nanti menyusahkan diri sendiri. Kalau ko sorang susah aku tak kisah, tapi kesian la jugak kat cikgu ko nanti, tak pasal-pasal kena marah dengan orang atas apasal result budak-budak ni cam haram. Kalau yang tak dapat masuk kelas sains tu pulak, jangan la kecewa meroyan sampai dah tak ada esok. Rileks la, masa depan ko bukan terletak kat kelas sains je. Rezeki ada kat mana-mana, tu semua bergantung atas usaha kita, kalau kau dalam kelas sastera pun, kalau kau usaha extra-hard tambah pulak dengan kelebihan ko dalam bidang ko ni, tak mustahil ko boleh beat kawan-kawan ko dalam kelas sains yang tak hebat mana pon, tapi poyo je lebih. Aku tak cakap kat orang lain, aku sendiri dalam kelas sains, dan terbukti, aku memang poyo.

 

 Sumber-http://peripheralio.blogspot.com/2011/12/aliran-sains-vs-aliran-sastera.html