Pemecatan empat orang
Muslim Perancis dari pekerjaannya sebagai
pengajar kem musim panas kerana melaksanakan
ibadah puasa telah
mencetuskan
kemarahan umat Islam di Perancis.
Mohand Yanat, peguam kepada empat orang itu, mengaku hairan dengan
pertimbangan Dewan kota soal pemecatan itu. Ia tidak sepatutnya menilai
seseorang dalam melaksanakan pekerjaannya berdasarkan ajaran agama. Para
pekerja itu bekerja di Dewan bandar di Gennevilliers, Paris.
Mereka
bekerja sebagai
pengajar sukan pada kem musim panas di Port d’Albret, di
wilayah Landes selatan barat Perancis.
“Bagaimana anda boleh menilai kapasiti seseorang untuk melakukan pekerjaan mereka berdasarkan ajaran agama mereka?” Kata Yanat.
Empat pengajar Muslim itu telah dipecat awal bulan ini dari
perkhemahan musim panas kanak-anak di Geenevilliers, Paris. Dewan bandar
berpandangan berpuasa mempengaruhi kemampuan para pengajar dalam
melaksanakan tugas mereka.
“Mereka tidak menghormati kewajipan mereka yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak,” kata jurucakap Gennervillers.
Dewan bandar berdalih, seorang kanak-kanak tercedera tahun lalu
kerana kelalaian seorang pengajar muslimah yang tidak boleh menumpukan
perhatian.
“Mereka yang berpuasa tidak mempunyai konsentrasi penuh yang
diperlukan untuk memastikan kegiatan kem itu sesuai dengan prosedur
keselamatan yang telah ditetapkan,” kata jurucakap itu.
Seorang pengajar yang dipecat, Samir mengatakan Dewan kota dan
pengelola telah mengabaikan kebebasan beragama seseorang. Yang lebih
penting lagi, tidak ada bukti yang kuat orang yang berpuasa kehilangan
kemampuannya. “keputusan ini tidak adil,” katanya.
Dewan Agama Islam Perancis (CFCM) dalam kenyataan rasminya mengatakan
puasa adalah kewajipan sebagai muslim, dan hak-hak sebagai umat
beragama. Sebabnya, tidak ada satu pihak yang boleh melarang umat Islam
melaksanakankan hak dasarnya sebagai umat beragama.
“Kebebasan beragama adalah hak dasar,” kata jurucakap CFCM, Abdallah Zekri.
Perancis ialah sebuah republik sekular yang tidak secara rasmi
mengakui perbezaan agama, namun umat Islam berpendapat bahawa mereka
punya hak untuk memilih apa yang dimakan atau apa yang diminum.
Ketegangan telah meningkat tinggi dalam komuniti Muslim sejak Perancis
menetapkan larangan berpurdah pada tahun lalu. Sejak itu, orang yang
memakai purdah boleh disebut telah melakukan tindak kejahatan.
Sumber
Halim Islam Online