Pages

Saturday, July 7, 2012

Obama Sedang Membaca Buku Islam?

Barrack Obama
Buku apakah yang di pegang oleh Barrack Obama (Presiden Amerika) itu ?

Di saat Obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensanya ke arah buku yang di pegang oleh Obama, Buku tersebut bertajuk (The Post- American World) yang dikarang oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria berasal dari India dan berkerja sebagai wartawan Di News Week International. Buku Ini membincangkan tentang "Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat" yang mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel.
 
 Negera-negara Islam tersebut bakal meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro-Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan. Apa yang menariknya buku ini di terbitkan pada tahun 2008 iaitu sebelum REVOLUSI Timur Tengah berlaku. dan nampaknya Obama sangt mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat. 
 
 Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang dimenangi oleh calon pilihan rakyat Dr.Muhammad Mursi tugasnya bukan sekadar merubah segala sistem peninggalan kerajaan terdahulu bahkan beliau bakal merubah kuasa dunia ke pemimpin Islam di Tanah Arab. Moga apa yang di analisis oleh penulis itu akan menjadi realiti serta kenyaataan.

Boleh Ke Kencing Sambil Berdiri?


Kencing Berdiri
 
 
 Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
 
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

Lubang Misteri Terbesar Di Cina

lubang,misteri,lubang misteri
Lubang Misteri

BEIJING – Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.
Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.
sumber

Rozaimi diintai BEC Tero Sasana

 
SELEPAS kejayaan Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar, kini tumpuan mula dialihkan kepada kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana yang telah mengemukakan tawaran rasmi kepada pemain muda Sabah, Rozaimi Abd. Rahman.

Penyerang Harimau Muda berusia 19 tahun itu muncul penjaring terbanyak selepas meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar, telah berjaya menarik perhatian naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu.

Menurut satu sumber yang telah menerima surat tawaran rasmi daripada kelab Thailand pada 26 Jun lalu, mengesahkan Rozaimi akan ditawarkan kontrak tetap selepas menjalani ujian percubaan selama sebulan.




“Kami telah menerima surat tawaran rasmi daripada BEC Tero Sasana yang begitu tertarik dengan persembahan cemerlang pemain terbabit pada aksi kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun baru-baru ini.
“Malah, mereka akan menanggung semua kos dan elaun sepanjang Rozaimi menjalani ujian percubaan bersama kelab tersebut.

“Pada tanggapan saya, ujian pemilihan itu merupakan sebagai prosedur yang mana ia hanyalah satu proses biasa memandangkan secara dasarnya kelab itu memang berhasrat untuk mendapatkan khidmat Rozaimi secara tetap.

“Ia merupakan peluang yang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain negara ditawarkan beraksi di Thailand. Meskipun hanya di Thailand tetapi kita mengetahui mutu liga mereka berada di tahap yang lebih baik berbanding Malaysia.

“Malah, BEC Tero Sasana merupakan kelab yang profesional serta memiliki reputasi baik di Thailand,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.
Tambahnya, beliau telah menghantar salinan surat tawaran tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu menguruskan rundingan dengan majikan Rozaimi, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

“Kami telah menghubungi pihak FAM pada Jumaat lalu untuk meminta bantuan bagi menjalankan rundingan dengan Safa.
“Kebetulan ketika itu, Rozaimi sedang bersama skuad negara namun sehingga kini kami masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak FAM.
“Bagi pihak BEC Tero Sasana, kalau boleh mereka mahu Rozaimi menjalani ujian itu secepat mungkin,” katanya.
Rozaimi yang disenaraikan oleh jurulatih, Ong Kim Swee, tampil dengan aksi terbaik di Yangon termasuk meledak empat empat gol ketika Malaysia menewaskan Filipina 7-0 dan dua gol ketika menewaskan Taiwan 4-2.
Pemain kelahiran Bongawan, Sabah itu kembali mengulangi sentuhan cemerlang apabila meledak hatrik untuk menumpaskan Vietnam 3-0.

Begitupun, Rozaimi gagal membantu Malaysia meraih slot ke pusingan akhir biarpun menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti ketika tumpas 1-2 di tangan Myanmar.

Terdahulu, Rozaimi yang mempamerkan peningkatan prestasi dikatakan bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukan ke Portugal, Nazmi.
BEC Tero Sasana kelab yang dibimbing jurulatih dari England, Andrew Ord kini menduduki tangga ketiga Liga Thailand.
Kosmo