Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. sumber
Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua... namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras (gila) selalu sihat. Untuk itu moh kita berfikir dan mencari jawapanya. Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.
Yang pertama
Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng, dah ada sorang nak tambah sorang lagi hehehe... dan masih banyak contoh yang lainya.
Yang kedua
Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam - macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak ke kereta pulak, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.
Yang ketiga
Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum... betol tak? ... hehehe. Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Sememang dia nampak ceria sentiasa dan selalu gembira dan tersenyum.
Moralnya yang boleh kita pelajari dan boleh kita ambil perhatian agar kita selalu sihat jadilah "Orang Gila" hehehe... .. tapi jangan berfikir negative dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu. Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah - mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.sumber
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
sumber
Ramai antara kita tak menyedari dalam tubuh kita ada benda yang menarik.Bahagian yang paling halus iaitu sel-sel dalam tubuh.Sel ini hanya dapat dilihat dengan alat khas mikroskop.Jom kita lihat indahnya ciptaan tuhan.
Ini adalah sel telur pada wanita bulat berwarna ungu.Manakala warna merah itu adalah mahkota sel tersebut.Cantik kan.
Ini adalah sel darah darah merah yang seakan batu karang.
Rambut rosak dan bercabang macam kayu buruk
Saraf-saraf perasa di lidah kita.Ia mempunyai 10,000 titik perasa yang mampu bezakan rasa manis,masam pahit,masin,pedas dan lain-lain.
Ini merupakan kumpulan sel darah beku pada tubuh kita, yang putih di tengah adalah sel darah putih yang beku
Gambar ini merupakan Alveoli di paru paru dimana terjadi pertukaran darah dan udara sperma yang sedang mengelilingi telur
Gambar indah ini adalah gambar virus maut H1N1 atau Flu Babi
London: Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot, penyelidik memberi amaran.
Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, menerima isyarat dari otak.
Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ada bukti kukuh ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia.
Namun pengawal selia dan pakar lain menegaskan paras triclosan dalam produk adalah selamat dan dos disuntik ke dalam tikus lebih tinggi berbanding di mana manusia akan terdedah.
Bukti kukuh
Saintis menganggap bahan kimia itu, yang dirangka untuk menghalang pencegahan bakteria di hospital, diproses secara kimia dengan segera oleh tubuh tanpa kesan membahayakan.
Bagaimanapun, penyelidik di Universiti California berkata ia mungkin kekal aktif dan dipindahkan ke organ tubuh, menyebabkan kerosakan.
Penemuan itu menyediakan bukti kukuh ia mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua kesihatan manusia dan alam sekitar, kata Profesor Isaac Pessah, yang mengetuai kajian itu.
Fungsi jantung menurun
Beliau berkata, bagi seseorang yang sihat, satu penurunan 10 peratus dalam fungsi jantung mungkin tiada kesan, namun jika mempunyai penyakit jantung ia mungkin satu perbezaan besar.
Pasukan berkenaan menyuntik sekumpulan tikus dengan triclosan. Mereka melihat satu pengura-ngan yang ketara fungsi jantung sebelah kiri dalam tempoh 20 minit. - Agensi
sumber
Walaupun kuning telur kaya dengan nutrisi, tetapi memakan kuning telur secara kerap boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan.
Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.
Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.
Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.
Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.
“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.sumber