Pages

Sunday, March 4, 2012

Kisah Salman Al-Farisi Mencari Kebenaran


Salman al-Farisi pada awal hidupnya adalah seorang bangsawan dari Parsi yang menganut agama Majusi. Namun dia tidak merasa selesa dengan agamanya. Pergolakan batin itulah yang mendorongnya untuk mencari agama yang dapat menenteramkan hatinya.

Kisah Salman diceritakan terus kepada seorang sahabat dan keluarga terdekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas:

Salman dilahirkan dengan nama Parsinya, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (ketua) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.

Ayahnya menyayangi dia, melebihi siapa pun. Seiring waktu berlalu, cintanya kepada Salman semakin kuat dan membuatnya semakin takut kehilangan Salman. Ayahnya pun menjaga dia di rumah, seperti penjara.

Ayah Salman memiliki sebuah kebun yang luas, yang mempunyai jumlah hasil yang banyak. Suatu ketika ayahnya meminta dia mengerjakan beberapa tugas di tanahnya. Tugas dari ayahnya itulah yang menjadi awal pencarian kebenaran.

"Ayahku memiliki kawasan tanah subur yang luas. Suatu hari, ketika dia sibuk dengan pekerjaannya, dia menyuruhku untuk pergi ke tanah itu dan memenuhi beberapa tugas yang dia inginkan. Dalam perjalanan ke tanah tersebut, saya melalui gereja Nasrani. Saya mendengarkan suara orang-orang bersembahyang di dalamnya. Saya tidak mengetahui bagaimana orang-orang di luar hidup, kerana ayahku membataskan pergerakanku di dalam rumahnya! Maka ketika saya melaluii orang-orang itu (di gereja) dan mendengarkan suara mereka, saya masuk ke dalam untuk melihat apa yang mereka lakukan."

"Ketika saya melihat mereka, saya menyukai sembahyang mereka dan menjadi tertarik terhadapnya (yakni agama). Saya berkata (kepada diriku), 'Sungguh, agama ini lebih baik daripada agama kami'".

Salman mempunyai pemikiran yang terbuka, bebas dari taklid buta. "Saya tidak meninggalkan mereka sehingga matahari terbenam. Saya tidak pergi ke tanah ayahku."

Dan ketika pulang, ayahnya bertanya. Salman pun menceritakan bertemu dengan orang-orang Nasrani dan mengaku tertarik. 

Ayahnya terkejut dan berkata: "Anakku, tidak ada kebaikan dalam agama itu. Agamamu dan agama nenek moyangmu lebih baik."

"Tidak, agama itu lebih baik dari milik kita," tegas Salman.

Ayah Salman pun bersedih dan takut Salman akan meninggalkan agamanya. Jadi dia mengunci Salman di rumah dan merantai kakinya.

Salman tidak putus asa dan mengirimkan satu pesanan kepada penganut Nasrani, meminta mereka memberi khabar jika ada kafilah pedagang yang pergi ke Syria. Setelah informasi diperoleh, Salman pun membuka rantai dan lari untuk bergabung dengan rombongan kafilah.

Ketika tiba di Syria, dia meminta diperkenalkan dengan seorang pendeta di gereja. Dia berkata: "Saya ingin menjadi seorang Nasrani dan memberikan diri saya untuk melayani, belajar dari anda, dan sembahyang dengan anda."

Pendeta bersetuju dan Salman pun masuk ke dalam gereja. Namun tidak lama kemudian, Salman menemui bukti bahawa pendeta adalah seorang yang tidak amanah dan rasuah. Dia memerintahkan para jemaah untuk bersedekah, namun hasil sedekah itu ditimbunnya untuk memperkaya diri sendiri.

Ketika pendeta itu meninggal dunia dan umat Nasrani berkumpul untuk menguburkannya, Salman mengatakan bahawa pendeta itu perasuah dan menunjukkan bukti-bukti timbunan emas dan perak pada tujuh pasu yang dikumpulkan dari sedekah para jemaah.

Setelah pendeta itu wafat, Salman pun pergi untuk mencari orang soleh lainnya, di Mosul, Nisibis, dan tempat lainnya.

Pendeta yang terakhir berkata kepadanya bahawa telah datang seorang nabi di tanah Arab, yang memiliki kejujuran, yang tidak memakan sedekah untuk dirinya sendiri.

Salman pun pergi ke Arab mengikuti para pedagang dari Bani Kalb, dengan memberikan wang yang dimilikinya. Para pedagang itu setuju untuk membawa Salman. 

Namun ketika mereka tiba di Wadi al-Qura (tempat antara Syria dan Madinah), para pedagang itu mengingkari janji dan menjadikan Salman seorang seorang hamba, lalu menjual dia kepada seorang Yahudi.

Ringkas cerita, akhirnya Salman dapat sampai ke Yatsrib (Madinah) dan bertemu dengan rombongan yang baru berhijrah dari Makkah. Salman dibebaskan dengan wang tebusan yang dikumpulkan oleh Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat bimbingan terus dari beliau.

Betapa gembira hatinya, kenyataan yang diterimanya jauh melebihi apa yang dicita-citakannya, dari sekadar ingin bertemu dan berguru menjadi anugerah pengakuan sebagai muslimin di tengah-tengah kaum Muhajirin dan kaum Anshar yang disatukan sebagai saudara.

Kisah kepahlawanan Salman yang terkenal adalah kerana ideanya membuat parit dalam usaha melindungi kota Madinah dalam Perang Khandaq. 

Ketika itu Madinah akan diserang pasukan Quraisy yang mendapat dukungan dari suku-suku Arab lainnya yang berjumlah 10.000 orang. Pemimpin pasukan itu adalah Abu Sufyan. Ancaman juga datang dari dalam Madinah, di mana penganut Yahudi dari Bani Quradhzah akan mengacau dari dalam kota.

Rasulullah SAW pun meminta pandangan dari sahabat-sahabatnya bagaimana strategi menghadapi mereka. Setelah bermusyawarah akhirnya saranan Salman Al Farisi atau yang biasa dipanggil Abu Abdillah diterima. 

Strategi Salman memang belum pernah diketahui oleh bangsa Arab pada waktu itu. Namun atas ketajaman pertimbangan Rasulullah SAW, saranan tersebut diterima.

Atas saranan Salman itulah perang dengan jumlah pasukan yang tak seimbang dimenangi kaum Muslimin.

Setelah meninggalnya Nabi Muhammad, Salman dikirim untuk menjadi gubenor di daerah kelahirannya, hingga dia wafat.

Mahathir Kata Hukum Hudud Tiada Dalam Al Quran


2 Mac 2012 - PAS mendesak para alim ulama’, para mufti hingga ke Majlis Raja-raja Melayu menegur Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh disifatkan sebagai terpesong dari ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka menyifatkan golongan yang memperjuangkan hukum hudud bukan dari hukum Islam sebenar tetapi hukum ciptaan manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno pada satu majlis dialog berkata demikian dan rakamannya kini tersebar luas melalui laman ‘you tube’.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik berkata ucapan dan kenyataan Tun Dr Mahathir turut mendakwa hudud dan qazaf tidak ada dalam al-Quran.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ceramah Maulidur Rasul, di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, dekat sini pada Rabu 29 Februari.

Ustaz Abu Bakar juga menyifatkan kenyataan bekas PM itu sangat merbahaya serta boleh merosakkan aqidah umat Islam.

Malah, beliau menggesa agar Tun Dr Mahathir itu disiasat bukan sahaja kerana terpesong juga kenapa kenyataan tersebut dikeluarkan.

Beliau berkata, kenyataan Mahathir sebegitu adalah satu bukti jelas penasihat agama yang dilantik di kalangan ulama’ Umno gagal menjelaskan hukum serta perundangan Islam kepada pemimpin Umno. (Buletin Online)

Ceramah Ustaz Azhar Yang Penuh Keberkatan


Subhanaallah kuliah Ustaz Azhar Idrus(Original) benarlah kata kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya. Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama...Allahuakbar!!!

Alhamdulillah semoga Agama islam terus bersinar dan kembali menjadi Agama untuk manusia berubah dan kembali ke arah kedamaian dan kemakmuran, Semoga kembalilah kita kepada islam agar kita tidak menjadi manusia yang tidak mementingkan diri, Manusia yang tidak merosakankan sesamat umat yang sering kali memfitnah para-para sahabat yang ingin berbuat kebaikkan walaupun para sahabat kita tidak bersetuju dengan tindakan kita. Kususnya memfitnah seseorang itu melakukan moral seks tanpa bukti yang jelas. 

Daripada kita menonton AJL yang penuh melalai tu lebih baik kita menonton ceramah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini. Alangkah lebih baiknya kita menjadi manusia yang sering berhadapan dengan Allah s.w.t dan mencari ilmunya untuk menjadi manusia yang jujur, amanah dan manusia yang ada sifat nilai-nilai murni antara sesama manusia agar kita terus manjadi orang-orang yang diberkati oleh Allah s.w.. 

Ambillah kebangkitan Islam di mesir, Ambillah iktibar kebangkitan Islam di dunia-dunia arab dan seterusnya ke syria, Dimana kita lihat rakyat-rakyat syria sudah mula bangkit dari tidur menjadi umat yang berani menentang kerajaan zalim pimpinan bashar yang lebih mengutaman Syiah dan memberi muka kepada yahudi israel, Syiah adalah banyak membawa kesesatan dan adalah antara agama islam syiah yang menentang ajaran nabi muhammad dan tidak bersutuju suruhan nabi muhammad.

Sebab itulah kita harus belajar untuk mengelak mempercayai sandiwara yang di mainkan oleh puak-puak syiah ini, Contohnya negara iran yang dipimpin berlandaskan syiah islam yang banyak bersandiwara kononya nak berperang dengan israel dan amerika. tetapi hakikatnya mereka di belakang kita adalah sahabat amerika dan israel dan iran juga pernah bersekongkol amerika untuk menakluk iraq pada mac 2003.

Sebab itulah kita harus mencari Islam yang benar-benar mengutamnkan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t supaya islam tidak lagi di permainkan oleh kaum-kaum yang sering membawa binasa kepada kita semua.

Kembali kepada pasal sikap Ustaz Azhar Idrus ni, Yang menariknya mengenai Ustaz Azhar, selain pandai buat lawak (kalah Raja Lawak), dia juga boleh cakap apa saja, pasal komputer ke, pasal gigabait ke…malah pasal rock pun dia juga tahu. 


Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar ceramah kuliah Ustaz Azhar Idrus yang diadakan di masjid negeri shah alam@sultan Salahuddin Abdul Aziz shah pada 29 januari 2012 dengan di hadiri puluhan ribu orang ramai.

Anggaran ada yang cakap lebih 30 ribu ada juga yang cakap lebih 50 ribu orang yang menghadiri ke ceramah tersebut, azrinren tidak berani menyatakan kerana azrinren tidak berada di tempat ceramah tersebut cuma sahabat azrinren yang berada di sana yang memberi maklumat, Azrinren cumalah menonton secara live streaming kuliah ustaz azhar idrus ni dari rumah sahaja.

Untuk lebih gambar, layari terus ke laman rasmi Ustaz Azgar Idrus di http//www.ustazazhar.net dan juga gambar suasana selepas kuliah Ustaz Azhar Idrusi di Facebook Ustaz Azhar Idrus(Original)

Kisah Pengalaman Melihat Azab Kubur

sekadar gambar hiasan

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat.
"Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.
Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

"Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...

Saya masih lagi duduk melangut di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...

Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan.. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.


Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Lailahaillallah..

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK! ! !

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK.... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...

PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.

Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!", saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!", saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar!!", sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!", nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah", kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Islam Pada Akhir Zaman


Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadith daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)
Hadith ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)
Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud:
“Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”
Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:
“Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”
Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.

Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.

Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud:
“Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad)
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang.
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)

Sebab Lelaki Boleh Berkahwin Empat


Setiap sesuatu hukum Allah itu sempurna. Sehingga wanita atau isteri sedia bermadu dijanjikan payung emas di akhirat kelak. Mengapa Allah merancang sebegitu? Kita tidak layak mentafsir tindakan Allah tetapi Allah mengurniakan Akal untuk kita berfikir tentang hukum dan sunnatullah.

Antara Faktor Lelaki Dibolehkan Berkahwin 4

  1. Lelaki sebagai pemimpin kepada kaum hawa, seorang pemimpin mampu mengawal lebih dari satu pengikut 
  2. Tugas dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga membimbing, isteri dan anak-anak. Sekuat mana sekalipun seorang wanita pasti dia memerlukan bimbingan seorang lelaki, suami mahupun ayah bagi belum berkahwin. 
  3. Akhir zaman, lebih banyak wanita dilahirkan daripada lelaki, tanpa hukum ini akan ramai wanita yang tidak bersuami serta hidup tanpa bimbingan. 
  4. Menyahut sunnah nabi untuk memperkembangkan dakwah dengan memperbanyakkan lagi zuriat Muslim sejati. 
  5. Nafsu utama lelaki adalah wanita, tidak mustahil dia mampu terpikat kepada wanita lain selain isteri, jadi untuk mengelakkan dosa penzinaan maka lebih baik bernikah untuk hubungan yang dirahmati Allah. 
  6. Selain itu, si isteri mempunyai hak untuk merelakan serta menentukan suami mereka layak untuk beristeri seterusnya atau tidak. 

Namun rahsia sebenar tentang hukum Allah ini, Wallahua'lam. 


Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin ;"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Ingat selagi kita takut tentang sesuatu perkara Allah pasti akan uji kita dengan perkara tersebut.

Kepada yang lelaki pula cermin diri dahulu sebelum berhajat beristeri 2, 3, 4. Adakah mampu berlaku adil tentang nafkah zahir mahupun batin. Adakah anda mampu mensama ratakan kasih sayang terhadap semua isteri? Adakah pendapatan anda lebih dari mencukupi untuk keperluan setiap isteri dan anak-anak?

Adakah anda sudah cukup berilmu untuk mendidik dan membimbing setiap isteri dan anak-anak? Serta yang utama tanya dengan jujur kepada diri sendiri apakah niat sebenar ingin beristeri lebih dari satu? Adakah untuk Allah atau sebagai makanan nafsu? Jika niatnya kerana Allah nescaya Allah akan permudahkan hidup dan memberi rahmat kepada keluarga, jika tidak! Sebaliknya menanti.

6 Teka-Teki Imam al-Ghazali Kepada Murid-Muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Lalu beberapa orang murid menjawab:

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tidur Meniarap Adalah Cara Tidur Ahli Neraka


Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap
~ Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

~ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

~ Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

~ Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang
~ Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri
~ Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.

Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik
~ Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Qarin Jin Pendamping Manusia

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah SAW


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Jika Rasulullah yang maksum dan baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Bagi mereka yang ingin berubah, tidak salah kalau ingin mencuba dan mengamalkan formula dan teknik yang Rasulullah amalkan supaya kita dapat memperbaiki diri serta tidak sekali-kali ‘meletakkan’ manusia lain itu lebih rendah dari diri kita sendiri.

Yang baik itu eloklah kita ambil sebagai ilmu dan pengajaran serta hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa sifat mazmumah dalam diri kita. Insyallah.

Rumah Yang Tidak Dimasuki Syaitan


1- Penghuninya saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

2- Rumah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah SWT.

3- Penghuninya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan tercela.

4- Penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah SWT.

5- Penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.

6- Penghuninya terdiri daripada pasangan yang Soleh dan Solehah.

7- Penghuninya sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa.

8- Penghuninya sentiasa sujud dan rukuk kepada Allah SWT.

9- Penghuninya sentiasa menghubung Silatul Rahim.

10- Penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah SWT.

Cara Memotong Kuku Yang Dianjurkan Islam

Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).

Kuku yang diciptakan Allah S.W.T mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang untuk sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum kali ini.

1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku 

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,bersuci dengan air (beristinjak), berkata Zakaria : berkata Mus'ab: Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segalakotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.


2. Cara Untuk Memotong Kuku mengikut Sunnah

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanankeseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku. 

Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.


3. Waktu Memotong Kuku 

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." 
(Hadis riwayat Muslim) 

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya:

Maksudnya: "Bersabda Rasulullah S.A.W. : "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya." 
(Hadis riwayat Ahmad) 

Daripada Abu Hurairah katanya yang maksudnya: 

"Bahawasanya Rasulullah S.A.W. memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." 
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani) 

Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

Rasulullah S.A.W Bersabda : yang bermaksud barangsiapa yang mengerat kukunya pada;


Hari Sabtu

Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad

Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa

Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu

Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis

Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat

Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



4. Menanam Potongan Kuku 

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.

5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub 


Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.