Pages

Thursday, May 10, 2012

Kalimah Allah muncul dipenyodok sampah setelah disambar petir


Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul kalimah menyerupai Allah setelah di sambar petir.
Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung..


Emi ketika itu ingin membuang air dan x semena2 petir menyambar penyodok sampah yg di letakkan di kawasan depan rumah beliau..
Terkejut, Emi mengarahkan anak2nya masuk ke rumah..
Setelah hujan dan kilat beransur reda,,, Emi telah pergi ke kawasan di mana petir menyambar sebentar tadi…
Alangkah terkejutnya bila di dapati terdapat kalimah Allah yg muncul di penyodok sampah tersebut. cerita ini pantas merebak ke seluruh kampung dan rumahnya menjadi tumpuan…
”Tanda kekuasaan Allah” itulah yg di katakan rata2 penduduk kampung.
 

Raja Yang Memayung Rakyat Hingga Ke Akhirat


Lewat tengah malam tadi sambil mengasuh kesakitan saya membelak-belek wall Fb beberapa orang kawan. Saja nak hilang sakit kerana mata sukar untuk dipejamkan. Begitulah biasanya kalau serangan hendap tanpa belas kasihan menjadi mata sukar untuk beralih alam. Jadi sebagai pelarian, saya membelak wall melihat foto yang berbagai dipersembahkan dalam album rakan-rakan. Fb memberi medium baru untuk berhibur dan mengambil manfaat darinya. Banyak benda ataupun maklumat berfaedah. Foto yang dihidangkan adalah menu terbaik buat mata

Belek punya belek terserempaklah dengan album gambar Sultan Muhammad Ke V diupacara menyempurnakan perasmian perletakan batu asas Masjid Mahaad Muhamadi (Perempuan) Kota Bharu. Gambar ini sudah bertaburan di wall rakan-rakan. Versi atau apa yang hendak
diceritakan ialah mengenai kerendahan diri dan gaya hidup Sultam Muhammad Ke V. Ribuan komen menzahirkan kekaguman kepada Tuanku Sultan dan menyatakan keramatnya Kelantan memiliki seorang sultan seperti baginda.

Kezuhudan dan tawadukan baginda menjadi daya tarikan dan minat para facebooker. Saking sayang dan kasihnya ramai yang mengambil dan melekatkan gambar baginda di wall masing-masing.

Ada juga yang menjadikan wajah kehambaan baginda itu sebagai badge. Paling menarik ialah ada yang membingkaikan (frame) gambar baginda begitu indah dan cantik sekali. Kalau ada yang mampu mengait pelangi untuk dijadikan bingkai (frame) pasti dilakukan.

Dalam banyak-banyak album itu saya tertarik dengan album milik seorang teman Fb saya Shahrina Ahmad Sharkawi. Hampir satu jam saya melenakan mata di situ. Melihat gambar yang diambil dan adunan bagi menyatakan jujung kasih kepada Tuanku. Foto-foto rakaman lensa Sharina hidup dan bersahaja tidak diubah suai. Kronologi peristiwa perletakkan batu asas masjid itu menjadikan saya seolah-olah berada sama di majlis.

Daya kreativiti Sharina ini tinggi dan menarik. Dia berpotensi untuk muncul sebagai seorang jurugambar profesional. Betapa tidak gambar yang dirakamnya dipetik dan diambil oleh ribuan kawan lain. Terima kasih Shahrina atas khidmat anda dan saya juga 'mencuri' gambar anda dengan seidkit tokoh tambah caption.

Gambar-gambar yang dirakam Sharina dari berbagai sudut ini rakyat dapat mengenali Sultan kesayangan mereka sebenarnya. Yang jelas kezuhudan Tuanku dalam kehidupannya. Beliau tidak suka kepada protokol melebihi dan juga kemewahan seperti mana terpamer oleh raja-raja zaman dulu.

Apabila baginda meletak dan mengikat jongkong sebagai batu asas tanpa mengenakan sarung tangan ini menjelaskan bahawa baginda tidak mementingkan darjat dan kedudukan. Atau baginda mahu merasa sendiri bagaimana kasar dan kesatnya batu batan yang dipegang oleh rakyat jelata dalam mencari sesuap nasi untuk anak isteri.

Baginda nampak tidak kekok untuk melakukan dengan tangannya sendiri tanpa beralaskan sarung tangan berwarna kuning emas.

Ditangan atau lengan baginda juga tidak ada arlogi atau cincin bernilai RM24 juta. Ia molos sahaja. Tiada gelang atau pun rantai yang terbelit dilengan atau lehernya. Dengan mengenakan jubah ringkas menampakkan baginda seperti rakyat biasa atau bilal seorang masjid. Apa yang mahu dipancarkan oleh baginda ialah keinsafan dan kesedaran. Cara berpakaian baginda begitu bukan hendak mengada-nga tetapi sebagai satu instrument dakwah baginda kepada rakyat jelata agar bersifat sedarhana dan dekat dengan Allah.

Paling merujakan saya ialah gambar Sultan Muhammad Ke V membongkokkan sendiri tubuhnya untuk mengenakan kasutnya. Beliau tidak perlu kepada pengawal untuk mengambil dan menyarung kasutnya. Beliau lakukan sendiri. Perbuatan ini sekali lagi menyerlahkan sikap rendah diri, sifat keabadian yang ada kepada baginda. Bahawa tiada timbang tara di antara raja dengan rakyat di sisi Tuhan.

Gambar inilah yang paling banyak dicuri dan ditagkan di wall Fb rakan-rakan facebooker.

Di kejauhan malam dan terus mengulik kesakitan saya dilimpahi rasa bangga dan bertuah. Bangga kerana Sultan negeri saya sangat hampir dengan rakyat dan sangat mengambil berat kehidupan rakyat. Bertuah juga kerana baginda bukan sahaja menjadi payung di dunia tetapi baginda juga menjadi payung di akhirat dengan teladan hidup yang ditunjukkan kini.

Doa, semoga Allah s.w.t. memberi kebekatan dan keselamatan kepada Tuanku dan istiqamah dengan apa yang ada hari ini. Kami bangga dan bertuah bernaungan iman di bawah Tuanku. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! [wm.kl.12:27 t/hari 03/04/12]  
 Kredit To:

Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan Haji


Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telahmemulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberangribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada KhamisMac 15 yang lalu.
"Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap sayamenanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalananmeskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria" kata Senad Hadzic 47tahun.
Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkatuntuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia padaDisember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12hingga 20 batu setiap hari.
Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur'an dibungkus dalam plastik untukmelindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.
Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkankebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkanEropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkahwalaupun tanah Syria sedang bergolak.
 

Apabila Mufti Besar Al-Azhar mengeluarkan fatwa wajib bunuh Bashar Al-Assad


Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.

"Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh," kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

"Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum."


Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad.

Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan "pengganas", yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria.

Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs. Pihak berkuasa Syria menuduh "geng pengganas" berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik.

Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari.

Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.

Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters.

"Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh," kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.

Pembunuhan

Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.


Credit 

Cool Hebat:Nak Bina Bangunan ini makan masa,Nak runtuhkan ambik masa 15 saat aje.

Bangunan Amway Arena diruntuhkan dalam masa satu siri letupan pada 2 hari lalu di Orlando.Bangunan yang berusia 23 tahun itu diruntuhkan antara 10 hingga 15 saat dengan menggunakan letupan.Ia mula dikosongkan sejak bangunan baru dibuka pada tahun 2010.








Sepatutnya laksana seluruh negara (negara Islam)


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

Sumber: Kosmo

==========Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

USA akan muflis tidak lama lagi

Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mencapai hadnya sebanyak US$14.3 Trilion (RM43.4 Trilion) dalam waktu terdekat. Negara itu dijangka mencapai had hutangnya antara 15 April hingga 31 Mei 2011. US dollar mungkin tidak wujud lagi selepas tarikh itu.

AS hanya mempunyai beberapa minggu sebelum negara itu kehabisan wang tunai untuk membayar semua bil perbelanjaannya. Mereka yang tidak sependapat dengan Presiden AS, Barack Obama telah membantah peningkatan had hutang kerana bimbang terpaksa mengurangkan perbelanjaan.

Anggaran jumlah penduduk AS sekarang ialah lebih 310juta orang. Sekiranya Hutang AS sekarang ialah USD 14.3 Trilion. Jadi, diibaratkan setiap penduduk negara itu berkongsi hutang sebanyak USD 46Ribu (RM139 Ribu).

Masih ingatkah lagi kita kepada Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008?

Krisis Kewangan Amerika Syarikat 2008 merujuk kepada keruntuhan ekonomi, perdagangan, gadai janji subprima perumahan di Amerika Syarikat yang semakin parah sejak 2007 dan berlarutan pada tahun 2008.

Bursa saham di seluruh dunia menjunam pada September 2008 apabila beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit perumahan . Bursa Saham Wall Street terus jatuh sehingga menyebabkan AS berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Pada 25 September 2008, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush memberi amaran bahawa banyak syarikat akan gulung tikar (bankrap), ramai pekerja akan menganggur. Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menggunakan wang cukai rakyat untuk menyelamatkan beberapa syarikat (bailout) agar tidak menjadi muflis. Kongres Amerika Syarikat setuju menyuntik dana 700 bilion untuk bailout tetapi masih tidak cukup dan paras terendah belum dicapai dan mungkin terus menjunam lagi. - Sumber Wikipedia.
Kita dapat lihat bagaimana Krisis Kewangan AS 2008 yang akhirnya sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Tetapi bagaimana pula dengan hutang AS yang semakin mencapai 'limit' sekarang? Apakah yang akan berlaku sekiranya AS muflis? Mungkinkah sistem wang kertas akan jatuh selepas ini untuk memberi laluan kepada Kerajaan dan Sistem Wang Digital yang berpusat di Israel? Bagaimana pula dengan kebangkitan sistem matawang Dinar dan Dirham di Timur? Apa kaitannya? Cuba korang bayangkan! Nak bukti lagi? Cuba google 'US Debt' sekarang.


P/s Nas: Kenapa pulak tetiba Nas cerita pasal ekonomi? Mimpi ke? Korang nak tau kenapa? Insya'Allah entri ini akan Nas sambungkan pula pada Part 2 iaitu Kejatuhan Sistem Wang Kertas Dan Kebangkitan Dinar dan Dirham. Sama-sama kita nantikan yea.. Keep watching!!
<  <   Sharing is caring..   (^_^)   >  >

SUmber