Saya bukan nak menceritakan aib orang yang dah mati tapi kisah ini  dipaparkan bertujuan untuk memberi pengajaran kepada seluruh umat Islam .  Hayati cerita ini dan baca sampai habis dan kalau ada komen tolong  komen .
Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).  Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang  bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun  1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek  yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama  Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang  berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’  telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya  adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri  daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun  1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.  Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam  bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka  sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu  kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran  Yahudi secara senyap-senyap.”
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah  Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi  Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),  beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan  ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah  ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan  agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau  telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan  pemikiran dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalamualakum kepada Marhaban Bikum  (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan  Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan  Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,  tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga  bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu  penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama  apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah.  Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di  Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British  mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk  telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun  1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah  kemenangan yang disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya  reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana  peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu  berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang  kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan di  kawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris  secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai  Ghalibuli.
Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera  di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris,  musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan  Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika  itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus.  Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya,  lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik.  Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan  tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris  untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris  meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan  kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula  huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun  1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang  sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa  Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi  orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai  tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang  ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada  waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu  untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut  ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini  terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan  oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila  tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di  jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian  dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita  Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam  tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di  perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu  Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan  memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang  genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk  mengelakkan belaiu daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba  memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan  telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga  kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris  dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila  gerakan beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan  pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan  selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak  Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh  menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa  Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor  sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api  peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara  kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya  dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula  memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa  Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang  Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi  aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui  sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak  tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran  Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari  negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan  Kementerian Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah  agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah  suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan  seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira  tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa  Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan  mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan  tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris  inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi  menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh  Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya  apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli  Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika  itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan  Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah  dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan  spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.
Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah  berkata, “Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai  wira pada saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam  episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam.  Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi  Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi  peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris  sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila  Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka  melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu  mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak  dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan  agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam  daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian  fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah  berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya  Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan  perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti  hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya  kepada Bahasa Turki.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan  budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu  peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam  sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras  untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar,  menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama.  Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H  (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia  pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah  Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak  tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam  kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.
Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh  bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai  punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki,  walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah  menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah  mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal  Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran  republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya  dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat,  gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan  berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya  beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha  mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar  sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai  jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah  pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari  Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh  Barat.
Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh  Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan  hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.
Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang  akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan  terpadam juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu  penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui  ajalnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan  yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya.  Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam,  menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan  sekular dengan semahu-mahunya.
Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha  Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya.  Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada  beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan  dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga  terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24  jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan  ais di dalam selimutuntuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, rasa panas tidak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan  dengan kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh  istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab  telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot  dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu  panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9  November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya  meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang  memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau  datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan  menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan  azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus  asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang  diberi nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung,  bumi sekali lagi tak menerimanya.Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke  satu bukit ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan,  ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan  kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk