Pages

Tuesday, November 8, 2011

Syeikh Misyari Rasyid Alafasy Qari Termasyur





 Siapakah Qari yang anda paling suka??
ini yang saya paling suka..>>>>

Beliau adalah Syeikh Misyari Rasyid Alafasy
Syeikh Misyari Rashid Alafasy dilahirkan pada 1976 di Kuwait.
Beliau merupakan qari yang terkenal di dunia.
Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan
.Beliau merupakan pakar dalam 10 jenis bacaan dan penterjemah al-Quran.
Beliau selalu muncul di media dan mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu al-Quran.mempunyai ramai peminat di dunia kerana pembacaan ayat al-Qurannya amat baik, menarik dan menyentuh hati.
Beliau belajar di Universiti Islam Madinah, Kolej al-Quran & Pengajian Islam.
Beliau belajar al-Quran melalui Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat. Selain itu, beliau juga pernah belajar al-Quran daripada Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad.

Antara surah-surah yang best yang dibaca oleh Syeikh Misyari ialah
   1.Surah Al-Fatihah
   2.An-Nas
   3.Al-Kahfi
   4.Surah Yusuf
   5.An-Naba'
   6.Al-Mulk
Dan banyak lagi,..kebanyakannya juz 30.

Dan Yang nie adalah yang paling best..saksikan>>>



Beliau juga menyanyikan nashed.Antara Nashed yang best ialah
  1.Nasheed Ramadhan
  2.Adfaita
  3.La illaha il Allah

NASHEED RAMADAN

Allah telah memandangnya sebagai hamba yang mulia dan dekat dengan Qur’an terlahir ditengah-tengah keluarga hafidzul qur’an, tapi Allah-pun akan lebih memandang mulia kepada hamba-hambaNya yang berusaha menghafal Qur’an padahal dia tidak lahir di tengah-tengah keluarga hafidzul dan bukan keluarga yang islami
yakinlah kita boleh menjadi hafidz/hafidzah ^^

Anda Golongan Yang Mana Ketika Solat????





Solat tapi tak tahu ape benda!
Kenapa aku solat tapi masih jahat?
Kenapa aku solat tapi masih buat maksiat??

Cuba korang ambik masa sekejap untuk check anda golongan yang mana ketika solat!!!

Ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.



* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis




Hikmat Ayat AL-Kursi mengikut Hadis
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di

tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat

memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap

sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan

Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap

sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa

membacanya ketika hendak tidur Allah SWT akan

memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat

fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang

yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,

pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar

rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat

kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan

mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,

Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan

dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi

Allah sehin gg a mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam

kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi

pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'

Subhanallah. ..