Pages

Wednesday, May 30, 2012

Bagaimana Manusia Mula Merokok

http://imgcdn.nrelate.com/image_cache/www.lamankongsi.com/c66b0d7160270742e47fa490dedde607_thumb_rokok.jpeg 

Antara soalan yang sering saya terfikirkan adalah siapa agaknya yang mula mengajar manusia hisap rokok sehinggakan tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini. Kalau dilihat sejarah rokok jenis biasa yang kebanyakan orang hisap sekarang ini, ia bermula daripada negara Amerika.
  • Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalamai keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi mustajab.
  • Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.
  • Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.
  • Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.
  • Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.
  • Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.
  • Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.
  • Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
 
Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh tok-tok bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih sophistikated sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Kita masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.

Teknik Nyamuk Memilih Darah Manusia


Dalam satu penyelidikan, ahli entomologi melakukan kajian untuk menentukan apakah serangga kecil ini memilih mangsanya atau hanya menghisap darah secara rawak.

Hasil dari kajian tersebut ternyata menunjukkan bahawa nyamuk memilih mangsa yang darahnya akan dihisap. Nyamuk memilih mangsanya berdasarkan bau manusia yang nikmat iaitu yang berbau masam dan berbau kolesterol.

"Nyamuk menggunakan bau untuk menganalisa seseorang yang menarik dan yang tidak menarik untuk menemukan darah mana yang lebih sedap bagi mereka," jelas Jerry Butler, pakar entimologi dari University of Florida.

Butler menjelaskan, nyamuk telah berevolusi dan bertahan hidup, bahkan dengan perkembangan yang pesat. Nyamuk memiliki kemampuan untuk memilih mangsa terbaik untuk dihisap darahnya, iaitu dengan indera bau yang tajam.

Manusia dapat menarik kedatangan nyamuk yang berada jauh dari mereka hanya dengan bau nafasnya. Setiap kali manusia menghembuskan nafas, karbon dioksida dan bau lainnya bercampur untuk menghasilkan signal yang bergerak melalui udara.

Signal-signal tersebut akan memberitahu nyamuk bahawa terdapat darah yang merupakan makanan lazat.

Menurut Butler, nyamuk terbang dengan pola zigzag. Kemudian koloni serangga kecil ini akan menemui pusat bau di udara dengan mengandalkan penglihatan dan sensor panas.

Dari kajian yang dilakukan Butler diketahui bahawa nyamuk sebenarnya memerlukan kolesterol dan vitamin B, tetapi serangga kecil itu tidak mampu menghasilkannya sendiri.

"Oleh kerana itu, nyamuk akan mencari mangsa yang kaya akan sumber-sumber tersebut. Bau-bau seperti bau masam adalah sangat menarik bagi nyamuk," jelas Butler.

Butler mengatakan, bahan-bahan yang digunakan untuk melembutkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi umpan yang kuat bagi nyamuk. Bahkan, bahan-bahan dalam kosmetik tertentu dikatakan sangat menarik bagi nyamuk.
sumber

Air Kencing Boleh Jadi Racun?

air kencing racung, bahaya air kencing, akibat air kencing, bahana air kencing, ai kencing ikan mati, ikan mati sebab air kencing, jangan kecing dalam air, air kencing punca ikan mati, ikan mati berpunca dari air kencing, dilarang kencing dalam air

HAMBURG: Air kencing perenang dikenal pasti punca kematian beratus-ratus ekor ikan di sebuah tasik di utara Jerman, kata jurucakap persatuan pemancing tempatan. 

Akhbar Korean Herald memetik jurucakap organisasi itu sebagai berkata unsur fosfat dalam air kencing manusia menjadi punca masalah di Tasik Eichbaum berdekatan Hamburg, Jerman.

“Perenang yang kencing dalam tasik itu menyebabkan unsur fosfat membantu peningkatan banyak rumpair. SEOrang perenang membuang air kecil sebanyak satu liter ketika berenang sehari yang menjadi racun kepada ikan.
“Sehingga kini 500 ekor ikan ditemui mati dan keadaan ini dijangka berterusan,” kata jurucakap Persatuan Pemancing Hamburg kepada akhbar Bild yang dipetik Time. 

Sesetengah pihak menyalahkan peluncur ais di atas kematian ikan itu kerana menjalankan aktiviti meluncur ais atas tasik beku ketika musim sejuk sedangkan pada ketika itu ikan sedang dalam proses rehat. 

Persatuan Pemancing sudah lama bertelagah dengan perenang di tasik itu jadi angka ikan yang mati itu mungkin terlalu tinggi, lapor The Local. 

Penduduk dilarang berada di tasik itu kerana tahap rumpair tinggi, tetapi Pihak Berkuasa Alam Sekitar dan Pembangunan Bandar (BSU) kini berusaha membuka semula tasik bagi perenang sebelum musim panas bermula. 
Bagi membantu menyelesaikan permasalahan itu, BSU meminta universiti tempatan menguji teori kematian ikan disebabkan air kencing itu, menurut The Local. 

BSU percaya kematian ikan berpunca daripada sebab biasa dan kegiatan luncur ais. – Agensi


Sumber

Beraninya Najib Bergambar di depan Rosmah...


Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.
PM Di perkenalkan Kumpulan U-Kiss
Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat,"
Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Penjaga Gol Paling Santai Dalam Sejarah Piala Dunia

inilah penjaga gol yang dinobatkan sebagai penjaga gol yang paling rilek santai selama
sejarah Piala Dunia, Vincent Enyeama, penjaga gol Nigeria.Selama pertandiangan antara Yunani vs Nigeria, Vincent Enyeama kelihatan santai sangat, bahkan kelihatan bosan, sekalipun gawangnya dalam ancaman pemain.


Hadoh,bosan weh main jadi penjaga gol

Kenapa bola tak sampai lagi nie?

Aku bakal pengganti Di Gea..Hahaha

Cool gila mamat nie

Kalau Khairul fahmi macam nie memang Cool lah

Respect lah dia nie.Agak agak dah berapa byk gol yang dia lepas?

boleh tahan lah mamat nie..Gila cool..Orang tengah main bola dia duk santai macam tak ada apa apa..Nie Jurulatih yang ajar ke atau dia memang dah mcm tu??

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebulum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


Sumber

Air Tangan Orang Yang Tak Solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. 

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? *Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. **Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. ★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. “Demi MASA! 

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”. ~Surah Al-’Asr.

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala

kesan tidur lampu menyala, akibat tidur keadaan lampu menyala, bahaya tidur keadaan lampu menyala, bahan tidur keadaan lampu menyala, awas, keburukan, kebaikan, lampur, terbuka, bayi, manusia, orang, akibat, tidur, tidak, berhati-hati, yang, dalam, tidur lena

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahu’alam
sumber

KELUCUAN BOLASEPAK MALAYSIA


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan jugak pengikut blog BudakLadang yang setia.Tadi Masa saya duk sibuk main internet,terbuka lah satu blog yang dikira otai jugak lah..Thanks to SpudinPunya. Saya dapat Artikel nie dari blog dia.Lepas nie boleh lah korang buka blog dia pula.

Balik pada topic kita,Saya ingin membuat satu highlights  hari ni, zaman bolasepak Malaysia daripada zaman peningkatan, hingga kejatuhan dan jugak zaman peningkatan semula (zaman ini). Jadi, saya bukan apa abang-abang akak-akak sekalian, bukan nak hina bukan nak memperkotak-katikkan Bolasepak Malaysia kerana, Saya adalah peminat fanatik Harimau Malaya. Cuma Saya ingin berkongsi cerita ini supaya dapat menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita bahawa, bolasepak adalah sukan nombor satu negara dan dunia dan orang pandang tinggi beb bolasepak ni ! Jadi, kita renungkan bersama macam mana nak tingkatkan bolasepak Malaysia ni ke tahap lebih TOP!



Malaysia ni abang akak sekalian, ada ramai pemain hebat contoh Safee Sali yang mana, pemain termahal buat masa ini iaitu dengan gaji lebih RM2,000,000 setahun, Khairul Fahmi yang mana keeper terbaik EastAsia dan jugak Asia Pasifik, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang mana telah menandatangani kontrak dengan pasukan Liga J (Japan) iaitu Ryukyu FC, Badrol Bakhtiar, seorang pemain muda Malaysia yang telah bermain di New Zealand (SP tak ingat nama beliau) dan ramai lagi pemain handalan lain yang berjaya membawa nama Malaysia selaku pasukan yang digeruni di AFF Suzuki dan jugak Sukan SEA. 


Malaysia adalah juara bertahan bagi kedua-dua acara itu dengan pemain handalan ini, tak mustahil bolasepak Malaysia akan terus gah ! Tapi, apa yang lucu ? Yang lucunya adalah, penyokong sendiri yang buat bolasepak Malaysia jadi lucu. APA tidaknya, kalau Malaysia menang, mula bersorak gembira siap doa, semayang hajat bagai tu apa kes ? Tapi, bila Malaysia kalah, korang dok kutuk-kutuk pasukan negara, booo sana, booo sini, laser sana, laser sini...OPPSSS! Terlepas sudah !!


Penyokong yang seharusnya memberi sinar harapan kepada pasukan negara bukan macam Malaysia vs China tahun 2006 kalau aku tak silap yang mana menyaksikan pasukan negara tumbang 5-0 di tangan China. Korang kutuk Malaysia punya team, apa jadah akak abang sekalian ? Takpela, ada lagi yang lucu, apabila Road Tour Manchester United, Chelsea dan Liverpool tahun 2010 kalau aku tak silap, yang mana, penyokong pakai baju team luar negara je, yang pakai baju Malaysia boleh bilang dengan jari ? Mana semangat penyokong Malaysia? Macam mana Malaysia nak menang kalau gitu penyokong buat kat pasukan negara.







Walaubagaimanapun, Malaysia tewas dalam semua perlawanan tersebut dengan Liverpool 6-3, Manchester United 3-2, dan Chelsea 1-0. Gol-gol cantik dihasilkal oleh pemain bintang negara iaitu Safee Sali dan jugak Safiq Rahim. 


jadi, silalah sokong pasukan negara lebih-lebih lagi kita dah nak dekat dengan AFF Suzuki 2012. . . Kalau tak silap aku, November ni. Jadi, support Malaysia dan doakan agar Harimau Malaya dapat bawak balik CUP AFF SUZUKI tu ke Malaysia dan menjadi juara bertahan.

Sumber