Pages

Tuesday, March 20, 2012

Kita Bersama Siapa Di Akhirat???

Allah menjadikan fitrah insan mempunyai perasaan kasih dan sayang. Perasaan ini ada pada setiap manusia yang normal. Kita sememangnya menyayangi ahli keluarga, saudara-mara, kawan yang rapat, sesiapa sahaja yang membuat kebaikan kepada kita.

Sebenarnya perasaan kasih dan cinta ini boleh membawa seseorang itu ke syurga atau ke neraka.

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hadis Nabi saw ini menjelaskan bahawa lelaki tersebut akan bersama Rasulullah saw di syurga lantaran kasih dan cintanya kepada Allah dan Rasul walaupun amal solehnya tidak seberapa.

Hadis ini juga memberi isyarat kepada kita agar berhati-hati memilih orang untuk dicintai, dipuja dan dinyatakan taat setia kerana ia boleh membawa kepada kebinasaan di akhirat.

Dalam hadis yang lain iaiti riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa dia berkata:
“Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapat baginda tentang seseorang yang mencintai suatu kaum namun dia tidak mampu menyamai (amalan saleh) mereka?” Maka Rasulullah saw menjawab, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang mukmin yang yakin dengan hari akhirat dan yakin dengan sabda Rasulullah saw kita hendaklah meletakkan rasa cinta dan kasih kita bertunjangkan kepada iman dan Islam. Dengan kata lain kita menyintai seseorang kerana agama dan takwanya kepada Allah.

Cinta dan benci hendaklah kerana Allah SWT. Kita mencintai seseorang kerana Allah juga mencintainya lantaran keimanan dan ketaatannya kepada Allah. Kita juga hendaklah membenci seseorang kerana Allah juga membencinya disebabkan perdurhakaannya kepada Allah.

Muhasabahlah diri kita masing-masing. Siapa orang yang kita sayangi? Adakah mereka golongan yang beriman, mentauhidkan Allah dan mengabdikan diri kepada Allah atau mereka golongan yang menyekutukan Allah dan mengingkariNya?

Amat malang sekali sekiranya terdapat orang Islam tetapi mengasihi dan memuja golongan yang memusuhi Allah iaitu individu yang menyembah selain dari Allah. Lebih malang lagi si muslim tersebut akan bersama-sama pujaannya (yang mati dalam syirik) di neraka kelak sebagaimana maksud hadis Nabi saw di atas.

Kita sepatutnya menyatakan kecintaan kepada golongan yang dicintai dan diredai oleh Allah iaitu Rasulullah saw, para sahabat, para tabi’in, para ulama dan sesiapa sahaja yang beriman dan beramal soleh. Mencintai golongan ini akan memberi kebaikan kepada kita iaitu dimasukkan ke dalam syurga disebabkan keimanan dan kesolehan mereka.

Sememangnya kita tidak akan mampu menandingi amalan-amalan mereka namun disebabkan rasa cinta kepada mereka Allah dengan kemurahanNya akan menempatkan kita bersama mereka. Subhanallah!

Semoga Allah mencampakkan benih kecintaan dalam hati-hati kita agar mencintai golongan yang dikasihi dan diredai oleh Allah SWT.

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda :

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

15 PESANAN RASULLULAH KEPADA SAIDINA ALI R.A

15 PESANAN RASULLULAH KEPADA SAIDINA ALI R.A

Saidina Ali r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "ertinya : "Jika umatku telah melakukan 15 perkara, maka pasti ditimpa bala ke atas mereka.

1- Jika kekuasaan itu dianggap keuntungan .


2- Amanah itu dianggap seperti ghanimah .


3- Zakat itu dianggap kerugian (cukai ) .


4- Orang lelaki tunduk pada isterinya.


5- Anak-anak menderhakai ibu-bapanya


6- Taat menurut pada kawannya .


7- Membenci ayahnya .


8- Bersuara keras ( menjerit-menjerit ) di dalam masjid .


9-Pemimpin sesuatu kaum itu orang yang rendah budinya .


10-Orang ditakuti kerana kejahatannya .


11- Berleluasa minuman Khamer ( arak ) .


12- Banyak pakaian sutera dipakai oleh kaum lelaki  .


13- Bertambah ramai artis-artis ( pelakon dan penyanyi ) wanita .


14- Berleluasa permainan muzik .


15- Umat hari ini mengutuk ( mengecil-mengecil dan menghina ) umat permulaan ( yakni di kalangan para sahabat , tabi'in dan para imam-imam mujtahid) .


Bila semua itu berlaku , Allah akan turunkan azab berupa angin merah, gempa atau runtuhan ( tanah dan bangunan) atau kemusnahan .              - ( HADIS RIWAYAT AT-TIRMIZI )


PETIKAN DARIPADA BUKU PENGEMBARAAN RASULLULAH KE ALAM GHAIB

Apa yang lelaki sembang time berkumpul

First before korang start baca apa yang bakal aku utarakan, aku just nak gtaw yang isi-isi dalam entry kali nyn adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, bukannya dari buku or blog orang lain so normallah kalau differ dari blog lain yang korang baca or jauh menyimpang dari fakta...





Disebabkan dah banyak entry aku cerita pasal perempuan sampai ada komen dalam one of my post gtaw yang ehh, banyaknyer entry pasal perempuan so kali nyh aku nak lari sikit dari perempuan dan post pasal lelaki pulak, untuk perempuan aku nak beritahu rahsia ini dan untuk lelaki korang leyh tengok betul ke tak, so kat bawah nyh aku listkan the most things yang lelaki akan sembang sesame mereka bila berkumpul...


#1-Perempuan yang baru mereka temui
OK, nyh serious betul, setiap perempuan yang baru mereka temui or berkenalan especially kalau perempuan tuh hot confirm kaum lelaki nyh akan bercerita pada member yang lain time bertemu, nway bukan nak berbangga or apa tapi just nak berkongsi perasaan suka dan meminta pandangan sesama rakan yang lain...tapi maybe adalah sikit riak tuh...heheh


#2-Teman wanita mereka
Yang kedua nyh wajib!!! Tipulah kalau lelaki berkumpul sesama sendiri mereka tak bercerita tentang perempuan, kalau ada gay lah tuh...memanglah bagi perempuan, bf mereka adalah privacy tapi bagi lelaki gf mereka adalah harta dan trofi yang patut mereka banggakan sebab tuhlah kaum lelaki suka bercerita tentang kaum perempuan nyh, kan ada pepatah menyebut kalau korang bercinta dengan lelaki nyh, korang juga akan bercinta dengan kawan-kawan dia jugak, lebih kurang macam tuhlah...


#3-Masa depan
Nyh lagi satu yang wajib! masa depan...rugilah kaum perempuan jika mempunyai teman lelaki yang tak pernah cakap pasal ini, tuh bermakna tiada masa depanlah bakal suami tuh..eeeheh, nway semua lelaki cakap pasal nyh lah..for a man, papepown dalam kehidupan ini, career comes first, women second:)


#4-Sukan
Tak kiralah, bola or hoki and sukan yang lain, lelaki nyh memang tak boleh dipisahkan dengan sukan, even yang kaki bangku pown akan cakap pasal bola, senang cakap, lelaki dan sukan macam perempuan dan fesyen


So for now, nyh jela yang aku dapat listkan, nway banyak lagi yang kami bincangkan tapi susahlah nak listkan semua kan, wat journal pulak japg..nway target aku nak listkan 3 jer tapi ada one of my twitter friend tanya bola tak cakap ke?? so aku listkanlah jugak yang ke4 walaupun dah lebih kouta:)

Doa ringkas selepas solat fardhu

Benda yang baik dikongsi bersama, itu jer pegangan aku selama menulis dalam blogger.com ini, kalau selalunyer korang mendengar benda-benda yang merepek dan cerita sedih aku ini tapi kali ini aku nak berkongsi dengan korang benda yang ketahuan oleh kita semua...

Doa selepas solat fardhu, berapa ramai yang mahu cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas selesainya solat?? termasuk aku?? so berdasarkan ilmu yang cetek lagi sikit dari air dihujung pen aku ingin berkongsi dengan korang doa ringkas selepas solat, mungkin korang rasa...alaahhh, takkan ada yang tak tahu doa ini kan??? tapi just peringatan bersama ;p




Sumber: Doa Harian

p/s: kalau ada salah dan silap tegurlah secepat yang mungkin, mudah-mudahan itu akan membawa kebaikan bersama

Petua dan doa amalan untuk kuatkan daya ingatan

 
Doa amalan untuk kuatkan ingatan?? firstly aku bukanlah ustaz mahupun penceramah agama bahkan lagi bukan pelajar jurusan agama namun niat aku hanya untuk menyebarkan amalam-amalan yang baik demi mengingatkan sesiapa yang terlupa pada nya termasuk diri aku sendiri, berdasarkan entry Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu yang menjadi top post aku dalam beberapa minggu ini walaupun dah lama aku publish entry tuh...


So kali ini aku nak post satu lagi entry berkaitan doa ini, iaitu doa amalan untuk kuatkan daya ingatan...memandangkan semua pelajar universiti termasuk aku dah start new sem baru-baru ini, apa salahnya kalau amalkan bacaan atau doa ini untuk mudah mengingati apa yang pensyarah kita ajarkan...












Nway tak lengkap rasanya kalau hanya berdoa, kini aku nak berkongsi dengan korang, petua dan amalan yang wajib dilakukan demi menjaga ingatan kita:



          #1-banyakkan membaca al-quran
          #2-peruntukkan masa tidur yang cukup
          #3-kawal tekanan dengan bijak
          #4-banyakkan bersenam
          #5-fokus pada sesuatu pekerjaan
          #6-banyakkan membaca


Harap-harap apa yang aku kongsikan ini dapat membawa kepada kejayaan kita bersama :)


Entry kali ini berdasarkan bahan bacaan di Laman Doa dan Amalan Pilihan


p/s: apa salahnya copy paste jika itu yang membawa kebaikan ;p