Jenama Croc's Haram Dipakai
6 Jul, 2010
Keputusan:
Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincangkan dan di bahaskan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian maka keputusannya adalah seperti berikut :
Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :
“ Semua selipar dan kasut berjenama Croc's yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah ( LILLAH ) لفظ الجلالة adalah haram penggunaannya.
Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang ; membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan”.
والله أعلم بالصواب