Pages

Wednesday, May 23, 2012

Kelebihan Tangan Kidal Dan Kelebihan Otak Kanan

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah  kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu  otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan  dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di  sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan)  menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan  sains.  Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai  kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan  kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal  lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg.  menggunakan tangan kanan. 


Rumusan  dari artikel ini :

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal. 

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.  mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut..huhu)

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

Diharap infor ini berguna buat anda semua.
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Ini.

Jam Hidrolik:Hydro Mechanical Horologists


HYT- the Hydro Mechanical Horologists ialah jam yang unik kerana ia menggunakan sistem hidrolik bagi menunjukkan waktu. Bendalir didalam tiub akan mengalir dan berfungsi sebagai hour hand dalam jam ini. pihak HYT mengatakan jam ini dapat berfungsi berterusan selama 65 jam sebelum perlu dikunci. Jam yang awesome ini berharga USD 45 000.


Sila Buka laman web http://www.hytwatches.com/ untuk tahu lebih lanjut


  Sumber

Dihadap Mahkamah Kerana Kencing Atas Laptop Apple MacBook...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyBtIyiLgZLlns3dGvHSR6b546R3QAG7E21QqBj8z94KR1USUcGWRg8iSnTIkSMhIu5hD1BO7wEs8uUUMHU6Qgsk-2XfqPjHm56FO5ArnBX2C4V74M0qPfEhcbKZ2Hej43L3czBW3J4PI/s1600/apple-macbook-air-laptop-colors.jpg

PENNSYLVANIA – Seorang budak sekolah berusia 11 tahun didakwa di mahkamah selepas dia membuang air kecil di atas 30 laptop Apple MacBook milik sekolah bernilai $36,000.
Ketika itu, laptop tersebut disimpan di dewan sekolah.

Guru sekolah yang menyedari perbuatan itu kemudiannya telah menghubungi polis.
Kesnya kini diserahkan kepada jabatan percubaan Juvana.
Sementara itu, polis memaklumkan, pihaknya tidak mengetahui kenapa budak terbabit bertindak demikian.
Dalam pada itu pakar teknologi maklumat (IT) memaklumkan, laptop tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Malah Apple juga enggan membaiki semula laptop berkenaan kerana ia telah terkena air kencing.
Menurut Apple, jika diperbaiki, ia bakal membangkitkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerjanya.

apa apa sajelah

Sumber

Ustaz Azhar Idrus

Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com
Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan
Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bersama lagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian website www.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.
Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz
Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.

p/s:Alhamdulillah,admin blog nie beruntung sebab duduk kat K.Terengganu dan Admin blog nie belajar di Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang,dekat dengan Kampung Ustaz dan Surau miliknya..

Petua Hilangkan Gatal-Gatal



Try it now..Insyaallah Akan sembuh

Tepung Sagu:


Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Daun Kunyit;

cari daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman - tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam,kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah!"

Gambir;

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.

Garam Kasar;

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.

Daun Rambutan:

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali. 
sumber:

10 Peperangan Amerika Syarikat yang Dimulakan Dengan Pembohongan

perang amerika syarikat, amerika syarikat penipu besar, amerika syarikat pembohong besar, cara amerika syarikat berperang, amerika syarikat buat penipuan, 10 peperangan amerika syarikat yang menipu, amerika syarikat suka menipu

Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.

Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

1. Perang Vietnam (1964-1975)




Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.


Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.


Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.


Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.


Kawasan semburan Agent Orange


Kecacatan genetik disebabkan Agent orange

2. Perang Grenada (1983)



Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.


Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.


Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata ‘Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita’.


Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3. Perang Panama (1989)



Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US


Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama.


Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).


Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4. Perang Iraq (1991)



Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).


Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.


Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq


Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk men
gekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.

Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5. Perang Somalia (1993)



Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.


Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.


Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 – 1995)



Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan ‘kem-kem penghapusan Serbia’.

Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.


Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.


Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).

7. Perang Yugoslavia (1999)



Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.


Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.


Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi 

sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.

Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.

8. Perang Afganistan (2001)



Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.


Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.


Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.


Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)



Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.


Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam.


Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.


Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.

10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)



Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan SEOrang diktator.


Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau SEOrang anti Semitik (anti yahudi).


Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.


Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.
sumber

Fixie:10 Fakta Mengenai Fixie


Jika anda perhatikan betul-betul di sekeliling taman perumahan anda, anda pasti pernah melihat sekumpulan remaja ataupun mungkin orang dewasa menunggang basikal yang berwarna-warni. Agak menarik melihatkan kepada bentuk dan warna yang pelbagai pada basikal ini. Tahukah anda nama basikal ini adalah fixie?



Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.

Dalam artikel kali ini Amir ingin berkongsi 20 fakta menarik berkenaan basikal fixie ini:
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.
     

Artis Wanita Yang Telah Berhijrah


senarai artis bertudung, senarai artis berhijrah, kisah artis berhijrah, kisah artiss bertudung, kisah Catriona Ross masuk islam, Catriona Ross berhijrah masuk islam, Catriona Ross minat islam, kisah Irma Hasmie berhijrah, peristiwa Irma Hasmie, kisah menarik Irma Hasmie berhijrah, Irma Hasmie mula bertudung, Irma Hasmie mula bertudung, Irma Hasmie mula berhijrah, Abby Abadi insaf, Abby Abadi bertudung, kisah Abby Abadi mula bertudung, kisah Abby Abadi  mula berhijrah, bagaimana Abby Abadi  bertudung berhijrah, Diana Amir mula insaf, Diana Amir bertudung, Diana Amir berhijrah, Diana Amir berhijrah bertudung, kisah menarik Diana Amir bertudung, ramai artis bertudung

1. Catriona Ross : 

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.

Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.

"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.

"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.

"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie : 

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah

Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.

“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.

“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi : 

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir : 

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada SEOrang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”

“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”

“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”

~ Alhamdulillah... ^_^ 
sumber