Maha suci Allah dari segala sekutu. Tempat manusia berserah dan berwala’   kepadaNya. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW diatas   rahmat yang dicurahkan baginda ke seluruh alam.
10 Sebab Mengapa Mat Rempit Masuk SYURGA
1. Bukankah Allah itu Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat. Mereka   berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan   berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga.
2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang.   Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali   istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin. Berdasarkan pengetahuan   penulis, peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan   hak, nyawa dan harta orang Islam.
3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk   pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang   Mat Rempit ialah, CILOK. Penulis kadang-kadang kesian melihatkan  ambulan  yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat  Rempit,  insya Allah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.
Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital   berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat   kejadian dengan sepantas kilat.
4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana   sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan   penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana   kedudukan masjid dan surau dengan tepat.
Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pakcik yang ditemui ditepi jalan untuk ke masjid.
5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga   tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan   surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain.  Motor-motor  ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang   berqiamullail. Mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat.   Bersungguh-sungguh meminta dari Allah dalam solat hajat. Khusyu’ dalam   berzikir dan beristighfar.
6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu   sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan   masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan   Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang   tidak sia-sia.
7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang   ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan   isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam.   Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah   yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat   Rempit ni.
8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah   sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti   yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan   kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.
Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain.
Mafhum Hadith ‘Sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya‘.
9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam   kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit   selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit   ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan   menangkap penjenayah itu.
Selain daripada itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu ’sense’   yang istimewa. (sixth sense lah ni). Mat Rempit dapat menghidu jenayah   dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi,   sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan   perhatian orang yang berniat jahat tadi.
10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati   kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini   semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika   mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.
Mat Rempit sedar bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Nyawanya boleh   ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu   mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha Esa
Dengan segala sikap, sifat dan perkara yang ditulis di atas, adalah   tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke syurga.
===================
p/s: Post ini dibuat sebagai response kepada masalah Mat Rempit yang   semakin menjadi-jadi. Namun penulis sangat yakin bahawa ada nilai   perubahan terhadap mereka yang bergelar REMPIT ini. Buktinya disini.
Disclaimer : Tulisan ini dbuat bersandarkan Al-Quran dan Sunnah serta   ilmu pengetahuan penulis. Ianya mungkin sahaja salah dan tidak   bertepatan dengan natural seorang Manusia. Namun disinilah tugas ANDA   sebagai harapan kepada Mat Rempit ini. Segala kritikan, komentar dan   teguran adalah amat dialu-alukan.
BANGKITLAH BANGSAKU HARAPAN ITU MASIH ADA