Pages

Tuesday, October 25, 2011

Surah Pendek TAPI Hebat





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan anda

DUNIA SEKARANG '' Ulama dikeji artis disanjung''


"Ulama dikeji artis disanjung" Ini adalah slogan masa kini..

Kenapa kita suka sangat nak sanjung artis?? 
Apa yang kita boleh kalau kita sanjung artist?? 
Boleh dosa ada lah.Kenapa kita tak nak sanjung ulama sedangkan ulama itu pewaris para nabi.Jadi jika ulama itu pewaris Nabi kenapa kita masih mahu sanjung artist..Kita hanya pandai cakap yang kita nie orang islam.Apa erti kita memeluk islam kalau artist kita sanjung dan ulama kita benci.Hormatilah para ulama dan orang yang berilmu..HORMATILAH MEREKA.
Macam mana nak hormat mereka?? 
Cara yang paling mudah ialah apabila kita berjumpa dengan ulama/orang yang berilmu,kita pergi dekat mereka dan kita hulurkan tangan kita untuk bersalaman dengan mereka.Ini adalah salah satu cara untuk menghormati mereka.INGAT!!Tidak rugi kita bersalaman dengan ulama dan kita cukup rugi jika kita bersalaman dengan artist..Jika kita bersalaman dengan ulama,akan gugur semua dosa dosa kecil kita,tapi kalau kita bersalaman dengan atrist apa yang akan gugur???adakah dosa-dosa kita akan gugur sekiranya kita bersalaman dengan artist????Korang fikir-fikir lah sendiri.
 

Rasulullah S.A.W Bersabda :

Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (Warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah.)

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah An-Nahl : 43)


Rasulullah s.a.w. bersabda : Maksudnya,
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami. - (Riwayat Ahmad).

Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.