Pages

Sunday, March 18, 2012

Bahaya Minuman Berkarbonat


Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard. 

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.

Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara 1986 dan 2008.

Dr, de Koning bagaimanapun berkata, kajiannya tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat."Air masak, kopi dan teh tanpa gula adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak. Namun, tidak pasti pula sama ada jus buah adalah pengganti terbaik kerana kami tidak melakukan ujian mengenainya," tambahnya.
sumber

9 Binaan Tangga Yang Pelik Di Dunia

Selalunya tangga yang biasa kita lihat adalah biasa sahaja.Ada yang berbentuk tegak dan berpusar. Tangga ini biasanya tempat yang mempunyai ketinggian seperti di bukit, bangunan tinggi dan sebagainya. Tanpa tangga, pasti ia menyukarkan kita sampai ke destinasi yang dituju.


Jom kita lihat bagaimana rupa 9 tangga yang pelik di dunia:

1. Tangga Muzium Vatican , Itali



2. Tangga Spiral , Australia



3. Tangga di Queen's House, England



4. Tangga di Loretto Chapel, USA



5. Tangga Kedai Buku Lello, Portugal



6. Tangga Seramik San Francisco, USA



7. Tangga 'Umschreibung', Bangunan KPMG, Munich, Jerman


8. Tangga Longchamps Store, New York, USA



9. Tangga Jambatan Gantung, Traversinertobel, Switzerland 


(Gambar) Polis Malaysia Punca Jalan Raya Sesak?

POLIS MALAYSIA VS POLIS LUAR NEGARA ??
polis trafik malaysia punca jalan raya sesak
P/s::this is about consistency to handle a problem and a smartest way to overcome a jammed


source-facebook-

PowerTrekk Pengecas bateri berkuasa air untuk telefon bimbit













PRODUCT INFO

PowerTrekk is a portable fuel cell charger for use by outdoor enthusiasts who spend time away from the electricity grid. PowerTrekk provides instant power anywhere to electronic equipment such as mobile phones, digital cameras and GPS devices.
PowerTrekk is a 2-in-1 solution that is both a portable battery pack and fuel cell. The portable battery pack can be operated on its own as a ready source of power or storage buffer for the fuel cell. The fuel cell enables instant charging from a deflated battery state without ever needing a wall charge


Laporan Kosmo : 



BARCELONA, Sepanyol - Sebuah firma Sweden, MyFC mengeluarkan pengecas bateri berkuasa air yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit seperti iPhone di luar rumah.
Pengecas itu menukarkan air menjadi tenaga elektrik.
Ia yang dikenali sebagai FC PowerTrekk amat berguna kepada pengembara, pekerja bantuan dan anggota tentera.
Ketua Eksekutif MyFC, Bjorn Westerholm berkata, pengecas itu boleh menggunakan air laut dan air tawar

Petua Hitamkan Rambut Beruban

Anda mengalami masalah rambut beruban?
Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.

Gambar Hiasan Petua Hitamkan Rambut Beruban
Untuk menghitamkan rambut berubat, cubalah petua menggunakan daun kari ini.

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:

1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. 
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.

Selamat mencuba.

Petua Hilangkan Bau Mulut

Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.


Gambar Hiasan Petua Hilangkan Bau Mulut
1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3) Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6) Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Khasiat Buah Pisang


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

 Tekanan 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

 PMS 
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

 Anemia 
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

 Tekanan Darah Tinggi 
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

 Kuasa Minda 
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

 Penghadaman 
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

 Keletihan 
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

 Panas Jantung 
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

 Demam Pagi 
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

 Gigitan Nyamuk 
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

 Saraf 
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

 Obesiti dan Tekanan Kerja 
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

 Ulser 
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

 Kawalan Suhu 
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

 Seasonal Affective Disorder (SAD) 
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

 Ketagihan Rokok & Tembakau 
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

 Stress 
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

 Strok 
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

 Lain-lain Penyakit Kulit 
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

---------------------------------------------

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta



BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman.

Video Terengganu 6-3 sabah


Terengganu mempamerkan permainan kelas tersendiri apabila membelasah Sabah 6-3 pada aksi Liga Super semalam yang turut menyaksikan penyerang import skuad Penyu, Francis Forkey Doe meledak hatrik pertamanya musim ini.

Turun selaku tuan rumah pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu jelas bertenaga apabila meledak tiga gol awal pada babak per- tama hanya dalam tempoh 13 minit.

Namun, semangat juang Sabah yang dihimpit sorakan padu penyokong tuan rumah tetap terserlah apabila berjaya memberi tekanan kepada Terengganu, terutamanya pada awal babak kedua.

Pada aksi semalam, Ashaari Shamsuddin terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat Terengganu pada minit keempat menerusi satu sepakan sudut yang dilakukan Ismail Faruqi.

Lima minit kemudian, tuan rumah terus mengganas, kali ini menerusi rembatan kencang Doe selepas bijak menyambar hantaran Mazlizam Muhamad dari luar kotak penalti.

Pada minit ke-13, penyerang import dari Liberia itu terus menemui sentuhan pemusnahnya untuk gol ketiga Terengganu yang juga gol kedua peribadinya pada perlawanan tersebut.

Pasukan pelawat yang tersentak dengan tiga gol awal tuan rumah kembali mengatur rentak dan berjaya memperoleh gol pertama menerusi bekas pemain kebangsaan, Zainizam Marjan pada minit ke-33.

Namun, Abdul Manaf Mamat kembali melebarkan kedudukan dengan gol keempat Terengganu pada minit ke-42 sebelum bintang import Sabah, Brandan Gan meletakkan skuad Badak itu kembali bernyawa dengan gol kedua seminit sebelum babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Sabah terus mengasak kubu pertahanan tuan rumah dan berjaya merapatkan defisit gol kepada 3-4 menerusi jaringan Rozaimi Abd. Rahman pada minit ke-64.

Tertekan dengan asakan Sabah, Mat Zan kembali meniup semangat juang anak-anak buahnya untuk menambah gol dan hasilnya, Doe berjaya melengkapkan hatriknya pada perlawanan itu dengan gol kelima Terengganu pada minit ke-77.

Jaringan itu jelas menghilangkan semangat melawan Sabah apabila giliran Joseph Kalang Tie pula meletakkan namanya dalam senarai penjaring menerusi gol keenam Terengganu pada minit ke-79.

Dengan kemenangan besar yang dicatat semalam, Terengganu kini memiliki moral tinggi menjelang aksi penting Piala AFC menentang kelab Hong Kong, Kitchee FC Selasa ini.

Video Terengganu 6-3 Sabah Liga Super 17 Mac 2012


Aneh! Laut berubah Jadi Hijau Seperti Padang Bola

Sebuah fenomena alam yang jarang terjadi ditemukan di pantai china. Rumput laut (Seaweeds) ini menutupi laut yang ada di sekitar pantai china ini. Selain menguntungkan para nelayan china untuk mengambil rumput laut ini secara gratis, rumput laut di sana di jual dengan harga yang cukup mahal . Tidak hairan rumput laut yang sedang ber invansi tersebut di ambil oleh orang orang yang tinggal dekat pantai itu. lihat bagaimana laut biru menjadi rumput hijau.