Pages

Saturday, March 17, 2012

Petanda Besar Kiamat! Apakah Persediaan Kita?


Penaklukan Baitulmuqaddis.


Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.


- Sahih Bukhari
-Sudah Berlaku

Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”


-Sahih Muslim
-Sudah Berlaku..

Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?”Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”

- Ibnu Majah
-Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”

- Riwayat Nasai.
-Masjid Kristal adalah salah satunya.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”

- Riwayat Ahmad dan Hakim.
- ada anak tidak mengaku ada mak/bapak kerana malu…
-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”


- Riwayat Ahmad
-ulama’ kini kian pupus di muka bumi Allah…
-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”

- Riwayat Thabrani

-George Bush, Ariel Sharon & di Malaysia pun ada..
-Jelas memang sudah berlaku

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”


- Riwayat Ahmad
-Jiran sesama islam tidak bertegur sapa…
-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”

- Riwayat Thabrani
- Memang sudah ada

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”

- Sahih Muslim
- Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang.
Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”

- Riwayat Ahmad
- tengok kes peperangan Iraq
-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

3 Peringkat Manusia Yang Mampu Memerintah Jin


Ini bermakna, manusia dan jin yang beribadah kepada Allah SWT, akan mendapatkan balasan pahala daripada Allah dan yang mengerjakan larangan-Nya juga akan mendapatkan balasan yang setimpal. 

Dalam surah ar-Rahman ada sejumlah pernyataan Allah SWT yang berulang kali mengenai kalimah ‘kamu berdua mendustakan’ (tukazziban). Yang dimaksudkan di sini ialah jin dan manusia. 

Oleh itu, dari manakah mereka mengetahui semua perintah itu, dan bagaimana mereka mentaatinya? Adakah dalam kalangan jin juga mempunyai rasul? Namun, al-Quran menyebutkan jin dan manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT. 

Di dalam al-Quran disebutkan setiap umat atau zaman ada seorang rasul diutus kepada mereka untuk menyeru serta mengajak manusia pada jalan kebenaran. Firman Allah bermaksud: “Setiap umat mempunyai rasul. Apabila datang rasul mereka, diberikan keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikit pun) tidak dianiaya.” (Surah Yunus, ayat 47). 

Menurut sebahagian pendapat ulama, tidak ada jin diutus menjadi nabi dan rasul. Nabi dan rasul hanya berasal daripada golongan manusia. Setiap nabi dan rasul itu berkewajipan menyampaikan seruannya kepada umat manusia dan golongan jin. Justeru, ada jin beriman dan ada pula tidak beriman. Yang beriman disebut sebagai jin Islam manakala yang ingkar atau jahat berasal daripada golongan jin kafir. 
Al-Quran memberitahu bahawa Allah SWT menghadapkan serombongan jin kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendengarkan bacaan al-Quran. Mereka mendengarnya dengan penuh tekun. Apabila pembacaan selesai, mereka kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan. 

Rombongan jin ini mengatakan kepada kaumnya bahawa mereka mendengar al-Quran, kitab yang diturunkan selepas Musa AS, yang membenarkan kitab sebelumnya (rujuk surah al-Ahqaf, ayat 29-32). 

Ibnu Masud menyatakan, dirinya ikut menyaksikan malam turunnya ayat jin ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Aku didatangi pendakwah dalam kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya, dan aku bacakan al-Quran kepada mereka. Peristiwa itu terjadi di Masjid Jin, Makkah, dekat kawasan makam Ma’la sekarang ini. 

Berkaitan hubungan manusia dan jin, al-Quran merekodkan kisah seorang manusia yang pernah memerintah jin pada zaman Nabi Sulaiman AS. Pada masa itu, sebahagian jin dengan izin Allah diperintahkan bekerja untuk Nabi Sulaiman. 

Mereka membuat apa saja dikehendaki Nabi Sulaiman, seperti membuat gedung yang tinggi, patung, piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada diatas tungku (rujuk surah Saba', ayat 12-13). 

Peristiwa Nabi Sulaiman memberikan tugas kepada kaum jin menunjukkan jin mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan. 

Ibnu Taimiyyah membahagi manusia yang mampu memerintah jin kepada tiga peringkat. Pertama, memerintah jin sesuai dengan yang diperintahkan Allah, yakni beribadah hanya kepada-Nya. Siapa yang melakukan ini, ia termasuk wali Allah yang paling utama. 

Kedua, memanfaatkan jin untuk tujuan mubah (bukan yang dilarang bukan pula yang dianjurkan agama) sambil memerintah melaksanakan kewajipan dan menghindari larangan Allah. Orang seperti ini bagaikan raja. Kalaupun ia termasuk wali Allah, peringkatnya di bawah peringkat pertama. 

Ketiga, menggunakan jin untuk hal dilarang Allah dan Rasul, seperti syirik serta membunuh. Manusia yang termasuk kategori ini menurut Ibnu Taimiyyah sebenarnya tertipu oleh tipu daya syaitan. 

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi, ulama al-Azhar kontemporari, berpendapat Allah SWT dengan kudrat-Nya mampu menjadikan jenis makhluk yang rendah memperalat dan mengatasi makhluk yang berkedudukan tinggi. 

Jin yang baik, mungkin bersikap baik seperti manusia. Namun ada hadis membandingkan sifat baik jin itu menyamai sikap manusia paling jahat. 

Menurut asy-Sya’rawi, jin tidak mungkin rela diperalat oleh sesiapapun. Dengan demikian, boleh dikatakan bahawa tidak ada jin yang ditundukkan atau diperalat manusia, kecuali yang jahat. Ini bermakna, mereka yang berdamping dengan jin hanya menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Lama kelamaan, manusia yang berdamping dengan jin itu akan berada di bawah pengaruh jin.

11 fakta mengenai Neraka yang perlu Kita Tahu


Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang penuh dengan azab dan siksaan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah SWT. Ia merupakan salah satu tempat atau destinasi terakhir umat manusia sebagai balasan atas apa yang dikerjakan semasa masih bernyawa di muka bumi.

Dipetik dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku (Allah SWT). Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu : 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Ulasan :-
**Pembalasan bukan sahaja akan diterima di akhirat kelak, bahkan bagi sesetengah manusia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan semasa masih hidup di alam fana ini.

**Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat atau generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan

Sepuluh Golongan Jenazah Tidak Reput dan Busuk


“Jenazah Misteri”membuatkan Tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar. 

Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.


“Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.”

“Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”

“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. 

Renungan

Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk

Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :
1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama’

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)

Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)

Cara Kurangkan Sakit Ketika Dicabut Nyawa


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
  • Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
  • Selawat ke atas Nabi
  • Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
  • Dusta
  • Khianat
  • Mengadu domba
  • Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?". 

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir


Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam untuk menegakkan "kalimah" (hukum hakam Islam) Allah SWT di negara yang ditadbirnya walaupun negara itu mempunyai pelbagai penganut agama yang berbeza. Dalam konteks negara Malaysia, bukan menjadi masalah untuk "hukum hudud" dilaksanakan. 

Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka. Banyak cerdik pandai Islam telah dilahirkan. Alasan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerana majmuknya Malaysia ini, adalah satu alasan orang yang cetek ilmu agamanya dan mungkin juga orang itu walaupun beragama Islam seperti di dalam kad pengenalan, tetapi tiada "roh" Islam dalam qalbunya. Lebih parah andainya pemimpin itu langsung tidak ada niat untuk mencuba melaksanakan undang-undang Islam "sepenuhnya" pada mana-mana kesempatan. Rasulullah SAW sudah menunjukan contoh bagaimana hukum hakam Islam dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang majmuk, tanpa mengabaikan hak dan keperluan orang bukan Islam secara adil dan berpatutan.

Berikut adalah penerangan mengenai hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir : 

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:


"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Fakta Penubuhan Tentera Singapura


Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen
Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong
yang sekarang in Menteri Kanan. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada
hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.

Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan.
Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal
mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan terperinci.

Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap (Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar The Mexicans, membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa…

Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya 
diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

Dalam bukunya, “From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000,” yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu.

Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka ‘Mexican’, menurut Lee
Kuan Yew. Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan. Bidang kerjasama, menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki.

Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.

Dikelilingi Orang Islam

Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee.
“Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura” menurut Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez.
Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di
Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad.

“Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura.

Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata.
Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.


Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk
melantik Major General Rehavam Ze’evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura.

Ze’evi (digelar”Gandhi” )melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi” ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, “sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, “Gandhi” mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa.

Ze’evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku “Brown Book,” berkaitan doktrin peperangan, kemudian buku “Blue Book,” mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan.

Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel. Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura, menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro.

Sahabat sekelian, kata Rabin, Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri.

Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain.
Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.
Menurut Golan.Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk
menubuhkan tentera.

Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua, bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.Golan mengulas. Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif.

Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1 tengahari. Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata, Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini? Saya
panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku.

Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda!. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah
dilatih.

Penganggur Bukannya Tentera

Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel,
setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat.

“Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura, katanya. Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran.

Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur, kata Lee.

Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British.

Kata Golan, Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ? Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah
diterima Lee.

Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakki berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melaksanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.

Kejutan Kereta Kebal

Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. Bot tesebut dibuat dari kayu yang baik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai, kata Golan.

Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah. Kolonel bersara Asher Dar berkata, Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehud Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.

Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan
hilang keyakinan, kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera
Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal. ( Sedihnya… realiti… )

Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat. Ianya mempunyai kesan dramatik, Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel
oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.

Asas Tentera Udara

Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.

Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru
berpandu, Tzivoni memberitahu. British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain. Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm
telah dibeli.

Uzi dan Lagu Kawad Israel

Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi
untuk jarak dekat sahaja.

Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat
senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 – 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne’am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding
bebas untuk mengambil keputusan, menurut Yehuda Golan.

Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.’ Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal, tulis Lee.

Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri, menurut Golan. Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.
Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.

Buku Panduan Pertempuran Hutan

Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan: Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak
tahu apa-apa perang di hutan. Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu, menurut Golan. Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajar bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura.

Perbezaan Para Sahabat Dengan Kita


Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak.
Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT…

1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat pun bersepah-sepah.
2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya. Tapi kita…? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat… Soalan matematik siang tadi… Ingat nak main Call of Duty…
3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.
4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?
5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW. Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis dalam kehidupan sehari-harian. Artis tu pakai itu-ini, kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?
6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?
7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana…
8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia tersingkir.
9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina?
10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. “Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan”.