SEORANG pekerja memegang seekor anak kambing yang berjaya diklonkan di Universiti Sher-i-Kashmir di Alastang, India kelmarin
Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.
Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.
Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.
Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.
Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. - Agensi