Pages

Monday, January 9, 2012

Haram Bertudung Sanggul Tinggi







Ingatan kepada semua wanita yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita bertudung tetapi seolah bertelanjang bugil dan wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh :



Hadith Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :


"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim). 
Dan, masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya pula. Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. 
Kenapa disanggulkan rambut tersebut ? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Jikalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang lain (bukan mahram), maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Apabila haram ianya adalah berdosa juga walaupun bertudung.
Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. 
Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik ala-ala cun.
Bersanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. 
Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari trend terkini wanita bertudung mengikut pelbagai berfesyen. Ada yang bersanggul tinggi, ada yang nampak batang leher, ada yang pulak dah macam paderi, ada yang pulak macam nak terjerut batang leher dan semakin hari semakin macam-macam fesyen tersebut. 
Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang bugil sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Nauzubillah...

Andai Dosa Aku 20,000 Kali Sehari




Ibnu al-Jauzi menghikayatkan dalam kitab Mawa’iz,bahawa suatu hari, seorang ulama tabi’in yang bernama Taubah bin al-Muallim sedang muhasabah dirinya. 

Ia menghitung lama hidupnya di dunia, ternyata usianya telah mencapai 59 tahun. Ia lalu menghitung dalam bilangan hari, ternyata ia telah melalui 21,500 hari. Ia lalu berteriak sambli berkata, “Duhai celakanya diriku! Aku akan menemui Allah dengan membawa 21,500 dosa (jika satu hari berdosa satu kali). Bagaimana jika ternyata aku berdosa setiap hari sebanyak 20,000 dosa?!” Ia lalu pengsan dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Lalu ada suara yang berkata, “Duhai, itu adalah satu lompatan ke syurga firdaus!”

Abu Darda’ ra, seorang sahabat Nabi SAW berkata,“Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti apabila aku berdiri untuk dihisab nanti adalah jika dipersoalkan : “Engkau telah memiliki ilmu, lalu apa yang telah engkau lakukan untuk ilmumu itu?”

Seorang sahabat Nabi SAW yang lain bernama Ka’ab bin Malik, ia berkata, “Andai seseorang memiliki amalan ibadah tujuh puluh orang nabi, nescaya pada hari itupun ia tetap khuatir tidak akan selamat.”

Hassan al-Basri ra berkata, “Aku pernah menjumpai sekelompok manusia yang andaikan mereka telah menginfakkan sebilangan pasir ini (di jalan Allah), mereka tetap takut tidak akan selamat daripada kengerian hari itu.”

Kongsikan, semoga bermanfaat. InsyaAllah.

SubhanAllah. Tanda Kiamat Kecil Sudah Lengkap Sempurna







Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. 

Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. 

Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda. 
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)
Keterangan :
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah :-
1~ Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2~ Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3~ Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4~ Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5~ Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6~ Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7~ Gempa bumi di Timur.
8~ Gempa bumi di Barat.
9~ Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10~ Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

2012 Menurut Al Quran







Apakah anda masih dihantui oleh ramalan tentang 2012? Ramalan suku Maya bahawa 21 Disember 2012 merupakan akhir dari waktu dunia yang di sebutkan sebagai hari kiamat, memang menakutkan manusia.

Pengarah Hollywood, Roland Emmerich, dengan berani menggambarkan apa yang kemungkinan terjadi pada tahun 2012 dalam movie dengan tajuk yang sama, iaitu ‘2012’. Hasilnya sangat luar biasa, cerita itu meletup dan masuk dalam list box office. 

Tapi tahu tak anda kalau ada pula pengkaji yang meyakini dimana Al Quran juga terdapat penjelasan tentang apa yang berkemungkinan berlaku pada tahun 2012 iaitu tahun ini?. MasyaAllah.


Ikuti lagi penjelasan di bawah ini….
" Ali Adam, kelulusan dari University of Technology, Iraq, dan guru Bahasa Inggeris, Bournemouth University, yang mendedahkan dalam buku bertajuk ‘al-Quran pada tahun 2012′. Dengan menggunakan teknik matematik, Adam percaya bahawa kitab suci Islam pun menjelaskan apa yang akan berlaku pada tahun 2012, apabila tiba masanya, dan berapa kali ia akan berlaku.

Buat pengatahuan korang, selama ini para penyelidik telah mengetahui dimana Al Qur’an yang ditulis dalam bahasa Arab memiliki bentuk dan struktur huruf-huruf yang sangat teratur, sehingga kitab yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad Saw ini bukan hanya memiliki keselarasan dan keteraturan dalam makna-makna dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalam setiap ayatnya, tapi juga memiliki keselarasan dan keteraturan dalam jumlah kata dan pengulangan huruf-hurufnya.

Keluarbiasaan Kitabullah ini membuat para ahli numerologi tergoda untuk mengetahui ape sebenarnye di balik keselarasan dan keteraturan tersebut. Setelah melakukan penelitian, seorang dari mereka, yakni ‘Abd ad-Da’im al-Kahil, dalam buku berjudul “Misteri Nombor 7 dalam Mukjizat Matematik Al Qur’an” mengungkap, ayat-ayat, surah-surah, kata-kata, dan huruf-huruf dalam Al Qur’an diatur Allah SWT dengan sistem yang berunsurkan pada Nombor 7. Ini menjelaskan, dan bahkan selaras dengan kenyataan bahwa dalam seminggu ada 7 hari; bumi dan langit terdiri dari 7 lapis; umat Islam yang menunaikan ibadah haji melakukan 7 kali putaran sa’i , 7 putaran thawaf, dan 7 kali melempar jumrah; ada 7 golongan yang dinaungi Allah pada Hari Kiamat; ada 7 larangan Allah bagi manusia; ada 7 sifat perosak; dan sebagainya.

Selama melakukan penyelidikan, Adam membahagikan Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 6.236 ayat, dalam dua bahagian, iaitu surah pembukaan dan surah Pautan. Surah Pembukaan adalah surah al-Fatihah yang oleh Allah SWT pun disebut sebagai Ummul Quran (induk Al-Quran), sedang Surah Pautan adalah surah-surah lain, seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, dan lain-lain. (nak describe camner eh… surah pesanan or surah mesej dari Allah ataupon surah-surah lain)

Surah al-Fatihah, menurut Adam, merupakan petunjuk untuk mengungkap pesan-pesan Allah SWT yang terkandung dalam 113 surah lainnya (Surah pautan). Petunjuk ini terkandung pada ayatnya yang berjumlah 7, kata-katanya yang berjumlah 29, dan huruf-hurufnya yang berjumlah 139 (korang lihat Surah Al Fatihah dan korang tengok). Jumlah ayat, kata dan huruf surah al-Fatihah ini merupakan nombor perdana.

“Jadi kata kunci atau kod untuk menyingkap pesan-pesan dalam Al Qur’an adalah bilangan no perdana,” kata Adam.

Ia lalu mengkaji surah-surah pautan, dan perhatiannya tertumpu pada surah ar-Rahman yang merupakan surah ke-55. Dalam surah ini terdapat ayat yang diulang hingga 31 kali yang bermaksud:

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ayat-ayat yang diulang tersebut berada pada ayat ke-13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75, dan 77 (silakan baca surah ar-Rahman). Jika semua angka-angka itu dijumlahkan, maka jumlahnyer adalah 1433 yang jika dikaji dengan teknik primalogi (bahagian dari teknik numerical), maka angka 1433 dapat dijumlahkan menjadi 1+4+3+3 = 11 (nombor perdana).

Adam mengaku, dirinya bingung untuk mentafsir makan nombor 1433 tersebut sebelum akhirnya menyedari bahawa kita sekarang hidup dalam 1432 H (2011 Masihi) dan tahun depan kita akan hidup di 1433 H (2012 Masihi). Keyakinan Adam makin kuat apabila 1433 merujuk pada tahun hijrah, kerana ketika ia memadankan antara jumlah perkataan dalam surah ar-Rahman dengan bilangan hari pada tahun 2012, keduanya sama, iaitu jumlah kata dalam surah ar-Rahman sebanyak 355 perkataan, dan jumlah hari pada 2012 sebanyak 355 hari, bukan 356 hari (cube korang kira kat kelendar 2012).

Tak hanya itu penemuan Adam. Karena ayat “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” diulang sehingga 31 kali, ia percaya pada 2012 akan ada 31 kejadian/peristiwa dahyat yang akan menggoncang kehidupan manusia di bumi, tapi bukan kiamat.

Bahkan kerana dalam Al Qur’an ayat yang diulang tersebut terdiri dari empat kata, maka ia juga percaya bahwa setiap kejadian/peristiwa itu akan berlangsung selama empat hari.
"



Jangan kita terpedaya kerana mitos di atas kerana boleh mengakibatkan terpesongnya akidah sebagai umat islam.

Tiada sesiapa yang akan mengetahui bilanya akan berlaku “KIAMAT” atau mempercayai tarikh keramat “KIAMAT” akan berlaku seperti yang digembar-gemburkan sehingga saat ini. 

Sebagai umat Allah SWT, pendirian dan akidah kita mengenai “KIAMAT” amat jelas, seperti yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran, bermaksud : 

“ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Hari Kiamat : Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) Hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) dilangit dan dibumi ia tidak datang kepada kamu melainkan secaramengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah : Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah SWT, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” Surah Al-Araf, ayat 187.

Hukum Main Alat Muzik Gitar oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man





Ingat lagi bila Ustaz Azhar Idrus bermain gitar pada malam sambutan tahun baru 2012 yang lepas? Apakah hukum bermain alat muzik seperti gitar dan seruling?

Ikuti video ulasan dan jawapan tentang hukum bermain alat muzik seperti gitar dan seruling dari Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.








Hukum bermain alat muzik ni panas selepas Ustaz Azhar Idrus dilihat bermain gitar bersama-sama Zizan Raja Lawak pada malam sambutan tahun baru 2012 yang lepas. Sampaikan ada blogger yang jahil ni mengutuk keras tindakan Ustaz Azhar Idrus tersebut dan menggelar beliau sebagai Agen Yahudi. Nauzubillah.


Di harap penjelasan Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man tentang hukum bermain alat muzik seperti gitar, seruling dan lain-lain alatan terjawab dan jelas.
 
p/s: klau dh jahil tu baik snyap, klau ilmu x ckup di dade tu tnye laa yg lbih alim lg spye x tmbul ftnah :(