Boleh share untuk perkongsian bersama. Dan kalau nak buat surat minta
restu kahwin kepada ibu bapa pun boleh. Pun boleh (^_^). Semoga
bermanfaat!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.
Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak
dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat
untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon
saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada
sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan
lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta
redha
dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila
ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang
dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu
semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama.
Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan
sebarang maksiat kepada ALLAH.
Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka
anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula
berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram
di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang
baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.
Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah
boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam
menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam
masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan
serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang
menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan
perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang,
Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan
tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan
antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam
masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk
menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80%
mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah
berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka
ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka
bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi,
orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu
study adalah tidak tepat.
Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh
belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan
elok, kalau ibu bapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun
boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam.
Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat
(macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan
telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di
tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah
bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi
tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka
calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak
boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan
memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti.
Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana
nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga
perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat
syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin
untuk tempoh tertentu.
Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina
Aisyah ketika Aisyah berumur 6 tahun dan berumah tangga dengannya pada
umur Aisyah mencecah 9 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah
batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 9 tahun, iaitu 3 tahun
selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak
kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan
perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan
perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon
dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi
hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar
berdua-duaan dengannya adalah halal.
Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang
belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan
telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar
berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak
dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk
bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu
nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan
mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk
mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai
suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia
setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai
dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan
ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini
tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara
kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah
tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah,
takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya
terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak
dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut
menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti
redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang
jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan
ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini
kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau
tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib
nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara
seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib
cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya
waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar
dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu
tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada
yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak
harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja
juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya
waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada
ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di
tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap,
anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih
dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang
fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan
pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping
mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan
cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib
akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak
dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH
dan Rasul.
Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas
dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu
Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu
ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib
nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu
untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib
membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun
seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib
membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam
tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan
untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat
membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib
tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib
katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk
kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak
setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau
ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi
seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi
Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat
keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan
ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab
ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia
dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.
Puteramu,
Ajib