Pages

Thursday, April 12, 2012

Makanan berkhasiat kegemaran Rasulullah s.a.w


Nabi Muhammad adalah contoh terbaik ummat. Selawat dan salam padamu ya Rasulullah.. Mari kita belajar sunnah Rasulullah dalam bab memilih makanan yang berkhasiat

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (segala jenis) –  Wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Sekarang dah jadi trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk dengan gelojoh. Jika tidak, mudah mendapat sakit pada hati.

Lukisan untuk sebuah pemandangan


Berikut ada beberapa keping gambar untuk tatapan semua. CIri-ciri gambar adalah seperti di atas. Malah ada yang lebih menarik dari yang di atas..Sebuah hasil seni lukisan pensil diolah dari sebuah pemandangan.. Mari Mari Mariiii… :)









Hoho.. stylo kan ‘lukisan saya’.. Terima kasih memuji.. hehe

Manusia paling busuk di dunia

Berapa lama anda boleh tak mandi  jika bekerja di dalam suhu panas hampir 50darjah Celcius setiap hari?? Habis kuat pun 10 jam la kan siap bau hangit lagi. Tapi brader atas ni dengan slamber tak nak mandi selama 37 tahun!! What the fishhhhh!!!!!

Kallash Singh telah dinobatkan orang paling berbau busuk di dunia selepas dia mengaku enggan mandi selama 37 tahun. Mr Singh ini telah berhenti mandi dan membersihkan dirinya sejak dari 1974 selepas dia kahwin. Di sebaliknya perkara ini, sebenarnya dia dikhabarkan akan mendapat anak lelaki sekiranya melakukan semua ini.
Tetapi semua tidak menjadi selepas dia dikurniakan dengan 7 orang anak PEREMPUAN. Isterinya cuba menyuruhnya untuk mandi kerana dia perlu bekerja di bawah panas yang mencecah 47 celcius setiap hari. Isteri dan anak mereka pernah cuba menolaknya ke dalam sungai tetapi dia sempat lari. Kini orang kampung suka mengejek dan mempermainkannya. Singh memberitahu yang dia akan jadi begitu sehingga dia dikurniakan anak lelaki. Giler TRUE !!
 

Amir Bukan Nak BUkak Aib seseorang..Ini cuma untuk pengetahuan Bloggers semua

Kenapa tangan kebas?


Selalu rasa kebas- kebas tangan? Risau kebas ini mengganggu kerja dan kesihatan anda? OK, kebas tangan biasanya disebabkan daripada kerosakan atau penyakit saraf di jari, tangan, pergelangan tangan, lengan atau di leher. Kerosakan kepada saraf di jari contohnya  mungkin akibat kemalangan atau trauma saraf di tangan. 

Apabila dibandingkan dengan RSI (kecederaan ketegangan berulang-ulang), kemalangan di tempat kerja  seperti pecah jari dan rosak saraf adalah lebih mudah untuk di diagnosis sebagai punca kebas tangan ini.
Kecederaan dan ketegangan yang berulang-ulang kepada jari anda yang boleh menyebabkan kerosakan saraf tindakan seperti menaip komputer, mengendalikan jentera yang bergetar  dan juga masalah nak taip SMS. Keradangan tendon, sarung tendon dan ligamen jari dan ibu jari boleh dirawat dengan rawatan sinar inframerah (infrared).
Penyakit yang menyebabkan kebas-kebas seperti ini ialah Carpal Tunnel Syndrome, White Finger Disease, Multiple Scleroisis, Diabetic Neuropathy, Peripheral Vascular Disease, Raynaud’s Disease dan Lupus.
Siapa yang selalu kebas jari?
Kebas jari adalah sangat biasa semasa mengandung. Ada wanita yang mengalami pengekalan cecair yang boleh menyebabkan bengkak pada sendi, lutut dan pergelangan tangan. Apabila pergelangan tangan mengembang, terdapat tekanan ke atas saraf median yang boleh mengurangkan peredaran darah ke jari.
Beratus-ratus ribu orang yang mengalami Carpal Tunnel Syndrome juga mengadu kebas di jari mereka.
Kira-kira 1 juta orang di Amerika Syarikat mengalami keadaan yang dipanggil Lupus. (Lupus adalah penyakit auto imun yang sukar untuk didiagnosis dan jari kebas sebagai hanya salah satu faktor).
Orang dengan Multiple Scleroisis sering mengadu tentang jari kebas. Sesetengah pelanggan telah berjaya kembalikan sensitiviti yang normal kepada jari dengan memakai sarung tangan terapi secara tetap.
Bagaimana mengurangkan kebas jari?
Perkara yang baik tentang inframerah!. Kajian telah menunjukkan bahawa sinar inframerah dari sarung tangan khas sebenarnya membantu untuk memulihkan kepekaan kembali kepada sel-sel tisu dan tidak aktif. Apa yang anda perlu lakukan adalah memakai sarung tangan secara tetap untuk mendapatkan manfaat tenaga penyembuhan semula jadi ke dalam jari dan hujung jari anda. Jumpa pakar dan tanya maklumat sarung tangan ini dengan lebih lanjut.

Kawasan paling tercemar di dunia



Disenaraikan 11 tempat yang harus dielak daripada melancong. Jika benar-benar perlu pergi, pastikan bawa topeng gas untuk perlindungan pernafasan dan kelengkapan keselamatan agar tubuh anda bebas pencemaran. Tempat paling tercemar dan paling tidak mesra alam, merosakkan bumi !

1. Karachay, Rusia
Sejak 1951, tasik Karachay yang dahulunya indah bertukar menjadi tapak utama pembuangan sisa radiasi tinggi dari industri pemprosesan dan simpanan radioaktif yang berdekatan. Lawatan yang lebih daripada sejam boleh membawa kepada maut, kerana tahap radiasi yang amat tinggi.


2. Linfen, China
Linfen adalah salah satu daripada bandar yang paling tercemar di Bumi. Jika anda sidai pakaian yang baru basuh di Linfen, nasib anda malang kerana pakaian itu akan bertukar kepada warna hitam sebelum sempat kering, Linfen terletak di tengah-tengah daerah arang batu China dan lepak-lepak sehari di bandar ini adalah bersamaan dengan merokok tiga pek rokok. Lebih tiga juta orang terjejas setiap hari oleh pencemaran.

3. Los Angeles, Amerika Syarikat
Menurut American Lung Association, LA adalah bandar yang paling tercemar ozonnya di Amerika Syarikat, stratosfera mempunyai jumlah ozon semulajadi yang besar, tetapi sebabkan permukaan bumi, ia menjadi pencemaran udara. Tahap ozon yang tinggi di udara akan merosakkan paru-paru anda secara ketara dan Lembaga Sumber Udara California meramalkan bahawa lebih daripada 18,000 penduduk LA mengalami kematian pramatang setiap tahun akibat pencemaran udara ini.

4. Delta Niger, Nigeria
Kira-kira antara 1.2 hingga 1.7 juta tan minyak telah tumpah ke delta ini sejak 50 tahun yang lalu. Kebocoran minyak ini adalah hasil daripada penyelenggaraan buruk paip serta sabotaj. Delta Niger adalah tanah lembap yang ketiga terbesar di dunia dan tumpahan minyak telah menyebabkan kerosakan besar kepada kawasan hutan paya laut dan hidupan liar.

5. London, United Kingdom
Lalu lintas trafik, industri dan agrikultur adalah sumber utama pencemaran London dan kawasan berhampiran. United Kingdom mengeluarkan nitrogen oksida yang paling besar di dunia, secara langsung menjejaskan 1.5 juta orang. Pakar-pakar berkata bahawa penduduk London telah mengurangkan jangka hayat mereka dengan 9 tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Setiap tahun 50,000 orang mati lebih awal disebabkan pencemaran bandar ini.

6. Dzerzhinsk, Rusia
Antara 1930 dan 1998 lebih daripada 300,000 tan bahan kimia telah dibuang di sini. Beratus-ratus ribu orang telah dikesan menghidap penyakit berbahaya  contohnya saraf gas Sarin dan VX. Bahan kimia yang ditinggalkan semasa Perang Dingin apabila Dzerzhinsk berfungsi sebagai tapak pengeluaran utama bagi senjata kimia. Pada tahun 2003, 260% lebih ramai orang meninggal dunia di Dzerzhinsk daripada orang yang dilahirkan.

7. Phoenix-Mesa-Scottsdale, Amerika Syarikat
Dipanggil sebagai tempat paling teruk 2010 di Amerika Syarikat, rantau ini telah dicemari oleh enjin diesel, loji janakuasa dan tapak pembinaan, pencemaran zarah halus, campuran habuk, jelaga dan aerosol.


8.  Sungai Citarum, Indonesia
Sungai yang paling tercemar di dunia melalui Jawa barat di Indonesia. 5 juta orang tinggal di sepanjang persisiran sungai. Bank Pembangunan Asia telah menyumbang sebanyak $500 juta untuk membersihkan sungai ini.

9. La Oroya, Peru
Pada tahun 2007, La Oroya telah dicatatkan oleh Institut Blacksmith sebagai tempat yang paling tercemar di dunia. Sejak tahun 1992, perlombongan dan loji peleburan di kawasan tersebut telah menyebabkan pencemaran teruk plumbum, zink, tembaga dan pencemaran sulfur dioksida. Menurut majalah Time, 99% daripada kanak-kanak di La Oroya mempunyai tahap darah yang melebihi had yang boleh diterima.

10. Chernobyl, Ukraine
Pada 26 Ogos 1986, loji janakuasa nuklear di Chernobyl meletup dan musnah, membawa kepada pembebasan 100 kali radiasi lebih ke atmosfera berbanding radiasi ketika pengeboman nuklear  Hiroshima dan Nagasaki. Lebih kurang 19 batu radius sekitar kawasan ini tidak selamat untuk didiami hingga sekarang.

Siapa Yang Ada Lighter Boleh Cuba nie: Seni Kreatif Lighter


Kepada para pengguna tegar pemetik api (lighter), jangan buang lighter yang sudah tidak pakai. Anda mungkin boleh manfaatkan lighter yang sudah habis gas atau tidak digunakan ini untuk mencipta sesuatu yang di luar imaginasi manusia lain. Ini adalah satu contoh yang sangat kreatif dan hebat!










Komen Lah sedikit sebanyak walaupun satu ayat

Chef kacak buat sushi paling mahal di dunia


Makanan favourite di Jepun ini telah lama mendapat tempat di mulut orang seluruh dunia. Di hidangkan dengan variasi citarasa pelbagai pilihan, sushi sememangnya makanan yang ringkas dan fresh tanpa minyak berlebihan dan sesuai untuk semua lapisan umur. Terbaru seorang chef kacak dan terkenal di Filipina telah membuat semula rekod dunia milik dirinya sendiri sebelum ini dengan mencipta sushi paling mahal.
 Chef Angelito Araneta Jr. telah membuat semula sushi paling mahal di dunia ini dengan dihiasi beberapa aksesori eksklusif seperti berlian Afrika dan mutiara. Bukan senang makan sushi dapat berlian dan mutiara kan. Awesome habis!



Araneta telah diiktiraf  Guinness World Records pada 2010 sebagai pencipta sushi paling mahal di dunia sebelum ini. Kelihatannya beliau seorang pencipta sushi sejati, kalau orang Melayu dah lama nama kena cop Mat Sushi. Hihi..


5 potong sushi ini dijual dengan harga RM 6057.10. Hmmm boleh beli motor baru sebiji dah harga tu.. hehe.


Mungkin ada yang membeli tapi bukan kerana kesedapannya, tapi kerana nilai eksotik dan rekod dunia milik sushi ini. Ada sesiapa sudi nak belanja saya? :)

Gempa Bumi Melanda Aceh Turut Dirasai di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda semua sihat? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat daripada bencana alam yang berlaku di Indonesia petang tadi.



Gempa bumi melanda Aceh Indonesia? Seperti yang dilaporkan di dalam TV3 dan Astro Awani, gempa bumi berkekuatan 8.9 Scala Richter telah berlaku di Indonesia yang berpusat di Aceh pada 4.38 petang 11 April 2012. Amaran Tsunami telah dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Malaysia juga turut merasai gegarannya di beberapa tempat seperti di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Penduduk kawasan berkenaan telah melaporkan di Facebok/Twitter masing-masing bahawa mereka merasai sedikit gegaran akibat daripada gempa bumi di Aceh. Adakah anda turut merasai gegaran tesebut?

Lanjutan daripada gempa bumi yang berlaku di Aceh ini, perairan pantai di Malaysia akan turut terkena tempias Tsunami seperti yang tersebar di fanpage-fanpage terkenmal di Facebook. Ikuti petikan status di bawah:
Initial tsunami wave prediction arrival times:
1. Georgetown -09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson -02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore -07:51am 12th April 2012 MY Time
Diharapkan anda yang berada di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas bersedia dan jauhkan diri anda dari pantai untuk mengelak daripada dibadai oleh ombak Tsunami.

Setelah berjalan-jalan di beberapa buah blog untuk mencari informasi mengenai panduan cara untuk berhadapan dengan Tsunami, akhirnya jumpa juga. Jom lihat apa yang boleh anda lakukan jika Tsunami melanda kawasan anda [sumber dari mynewshub]
  • Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
  • Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
  • Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
  • Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
  • Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
  • Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
  • Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
  • Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Apa yang aku harap semoga penduduk-penduduk Aceh dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan yang selamat hendaknya. Semoga Allah melindungi mereka. Amin