Pages

Saturday, June 30, 2012

Mengapa Kita Menguap Apabila Mengantuk?

menguap
Menguap Memang Seronok

Sebenarnya, sehingga kini belum ada jawapan tepat mengapa manusia atau binatang menguap. Apa yang kita ketahui sekadar bahawa manusia atau binatang menguap kerana letih atau bosan. Tetapi tidak ada bukti kuat yang mendukung tanggapan ini.

Namun ada penjelasan yang lebih masuk akal tentang hal ini. Kita menguap kerana kandungan oksigen dalam paru-paru kita sudah berkurang. Kajian menunjukkan bahawa pada saat kita bernafas secara normal, kita tidak menggunakan paru-paru secara sepenuhnya.

Di dalam paru-paru ada organ yang dinamakan alveoli, atau kantung udara. Alveoli ini berfungsi untuk mengalirkan oksigen ke dalam darah dan menyedut karbon dioksida untuk kemudian dikeluarkan.

binatang menguap
Binatang juga menguap

Jika alveoli tidak mendapatkan udara segar, ia akan kempis dan paru-paru agak mengeras. Otak kemudian segera menghantar isyarat untuk mengarahkan mulut menguap dan menarik udara (oksigen).


Sebab bagaimana janin dalam kandungan menguap juga masih belum diketahui

Tetapi aspek-aspek tertentu dari menguap tetap merupakan misteri. Janin di dalam rahim, contohnya, juga menguap. Namum belum diketahui apakah sememangnya janin menarik oksigen melalui paru-parunya. 

Menguap juga adalah merupakan sejenis gejala sklerosis dengan sebab-sebab yang belum diketahui.
sumber

Rahsia Gerakan Michael Jackson Didedahkan

moon walk


Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui Google Patents.

Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Oh, sekarang barulah admin tahu macam mana MJ melakukan gerakan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.


Cara Yang Betul Untuk Buang Pacat Dari Anggota Badan

cara, tips, pacat, buang, badan, hisap darah, gigit, halus

GIGITAN pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar. Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana daun kering dan tumbuhan terutama di lantai hutan.

Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan. Di kawasan tertentu, anda akan dapat lihat hidupan ini bergerak ke arah badan manusia selepas beberapa ketika. Pacat darat sangat halus tetapi boleh membesar sehingga 10 kali daripada saiz asal selepas menghisap darah.

Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak. Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah.

Namun, untuk mereka yang memiliki kulit putih gebu atau manja (sensitif), gigitan pacat turut memberi kesan apabila meninggalkan kesan parut yang ketara.


Cara betul untuk alih pacat 


  • Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
  • Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
  • Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
  • Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
  • Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
  • Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
sumber

Friday, June 29, 2012

Amerika Syarikat Haramkan Penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1


SAN FRANCISCO : Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple. Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad. Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet. 


Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini. Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu. Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran. Hakim sebelum ini menafikan rayuan Apple bagi memohon injunksi ke atas tablet Galaxy dan telefon pintarnya tetapi meminta mahkamah persekutuan untuk menimbang semula permintaan Apple.

Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati?


Fakta Ringkas:

* Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat (yang kini dijajah makhluk paling laknat, Israel).


* Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

* Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

* Disebabkan kedudukannya yang rendah itu, air Laut Mati tidak dapat mengalir ke mana-mana. Sebab itu ia dipanggil Laut mati. Tambahan pula, setiap hari sekitar 7 juta tan air Laut Mati menguap ke udara, menjadikan air laut ini bertambah masin.


* Airnya mempunyai kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 9 kali lebih masin dari laut biasa!

* Bandingkan pula dengan kadar garam di dalam tubuh kita yang hanya 1-2%. Maka tak hairanlah kita akan terapung ketika berenang di Laut Mati.
sumber

Cara Bezakan Ais Dari Air Mentah Dan Air Masak


Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak :


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar




Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Thursday, June 28, 2012

Rahsia Zat Didalam Ais


Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Wednesday, June 27, 2012

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?


Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.
sumber

Kenapa Air Rebusan Maggi Wajib Dibuang?

Maggi

Mi Segera menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

"Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera," ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

"Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang," tegas dr Patricia.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. "Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain," tegasnya.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.
Sumber

Husni Mubarak Kritikal Setelah Dengar Mursi Menang Pilihan raya Mesir

Hosni Mubarak Kritikal

Kesihatan Bekas Presiden Hosni Mubarak tiba-tiba memburuk setelah ia mendengar berita Muhammad Mursi menjadi Presiden Mesir, sebuah sumber mengatakan kepada Al-Masry Al-Youm.

Tidak hanya Mubarak, anak-anaknya iaitu, Alaa dan Gamal, yang berada di penjara juga dilaporkan terkejut dengan berita itu. Begitu pula simbol rakan dari rejim sebelumnya dipenjara dengan putera Mubarak.

Mubarak, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas penglibatannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan, dilarang menonton sidang akhbar pengumuman KPU Mesir. Tetapi ketika ia bertanya kepada doktor dan mendapatkan maklumat bahawa Mursi memenangi kerusi Presiden Mesir, tekanan darahnya langsung naik sementara detak jantungnya menjadi tidak teratur.

Mubarak dilaporkan berkata kepada doktor bahawa dia terkejut para Islamik memegang jawatan Presiden AS, khususnya Ikhwan.

Mursi telah mengatakan ia akan memproses hukuman terhadap Mubarak, kedua-dua anaknya, dan simbol-simbo rejimnya. Anak-anak Mubarak sedang menghadapi tuduhan memanipulasikan bursa saham, dan atas tuduhan rasuah yang lain.

Tuesday, June 26, 2012

5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak

fakta penting, satay, makan, dengan timun, bahaya, keburukan, karbon, pembakaran, kesan, penyebab barah, kelebihan timun, udang, vitamin c, shampoo, mee segera, bawang goreng segera

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen itu? ( Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah ). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
sumber

8 Sebab Perlu Makan Bawang Putih

khasiat, kelebihan, kebaikan, makan bawang putih, sebab, kenapa, risiko, membantu, penyakit, tubuh, sihat
Sesetengah Orang Tak Suka Makan Bawang Putih

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus


Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 
sumber

Kenapa Tahi Burung Kerap Jatuh Atas Kereta Merah?

LL

SELEPAS membaca hasil tinjauan ini, anda dinasihatkan jangan berdiri berhampiran dengan kereta berwarna merah kerana bimbang akan terkena percikan tahi burung yang jatuh dari langit.

Satu kajian yang dibuat di lima bandar-bandar terkemuka mendapati 18% kereta berwarna merah ditimpa oleh tahi burung diikuti oleh kereta biru (14%), hitam (11%), dan putih (7%).

Anda digalakkan untuk mewarnai kereta anda dengan warna hijau kerana tinjauan ini mendapati hanya 1% kereta berwarna hijau ditimpa oleh tahi burung.

Kajian itu turut menyatakan bahawa pelbagai teori dinyatakan di banyak laman sesawang sosial dan permotoran, bagi menjawab persoalan mengapa burung lebih cenderung berak di atas kereta berwarna merah dan bukan kereta warna lain. Segelintir pemandu berpendapat ia kerana warna merah menggambarkan bahaya.

Keburukan Makan Dengan Sudu

wuduk
Makan Guna Tangan Sunnah Nabi

 Pada satu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh Residen British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garpu, beliau dengan selamba meyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya.

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seseorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Berasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu, wanita tersebut lantas bertanya : "kenapa anda makan dengan tangan? bukankankah menggunakan sudu dan garpu itu lebih bersih dan lebih sopan?"

m-fork-and-spoon_9482
Berhenti Menggunakan Sudu
  
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain," saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada 3 sebab :
  1. Saya tahu tangan saya lebih bersih daripada sudu dan garpu kerana saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain, sudu dan garpu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
  2. Saya yakin tangan saya lebih bersih, kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya, tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garpu itu ramai yang pernah menggunakannya.
  3. Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang." 
 Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Seandainya sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan, tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.


*Sebuah kisah yang berlaku di akhir abad ke-19.kisah mengenai seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh pegawai tinggi British yang berkhdmat di Selangor pd masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off oleh Emily Innes.

Mengapa haram makan roti canai ?


Tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ni? haa, kenapa haram pula? meh baca ni,dipetik dari facebook seorang teman 

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,

“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam

Monday, June 25, 2012

Chong Wei Hilang Status No 1 Dunia

gambar, lee chong wei, kalah, hilang, gagal, status nombor 1 dunia, johan, badminton, indonesia, minggu lepas, BAM, kenny goh, rekod, pemain, lin dan

PETALING JAYA - Kehilangan status pemain nombor satu dunia milik Datuk Lee Chong Wei telah dijangkakan berikutan kegagalannya menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia minggu lepas.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh hari ini berkata selain itu Chong Wei tidak dapat menamatkan aksi pada pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, bulan lepas.

Bagaimanapun, katanya kedudukan jaguh negara itu tidak menggugat kedudukan pemain pilihan pada Sukan Olimpik London 2012, bulan depan.

Pengundian acara Sukan Olimpik telahpun dijalankan oleh pihak penganjur berdasarkan kepada ranking dunia pada 3 Mei lepas, katanya ketika ditemui pemberita pada perasmian premis Mesuma Sdn Bhd (Mesuma) di sini hari ini.

Mesuma adalah penaja pakaian sukan rasmi kepada kontinjen Malaysia ke beberapa temasya sukan termasuk Sukan Olimpik sejak enam tahun lepas.

Mengikut ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain China, Lin Dan merampas semula status pemain nombor satu dunia daripada Chong Wei dengan mengumpul 93,313.4114 mata.

Manakala Chong Wei jatuh ke tangga kedua dengan 91,898.7300 mata. Tempat ketiga dan keempat dikuasai dua pemain China iaitu Cheng Long dan Chen Jin, masing-masing mengumpul 82,460.3161 dan 71,292.9100 mata.

Untuk rekod, Chong Wei memegang kedudukan pertama ranking dunia selama tiga tahun 11 bulan bermula 20 Ogos, 2008 iaitu empat hari selepas beliau tewas kepada Lin Dan pada perlawanan akhir pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

Sementara itu, Lin Dan masih menjadi pemain perseorangan yang paling lama menduduki tangga teratas ranking dunia BWF iaitu selama empat tahun enam bulan sejak Februari, 2004. - Bernama

Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Mulai 3 Julai 2012

Ustaz Azhar Idrus Di Astro Oasis Mulai 3 Julai 2012

Salam. Seperti mana yang dimaklumkan di laman sosial dan blog-blog, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS (Channel 106) mulai 3 Julai 2012 ini melaui slot kuliahnya yang bertajuk Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.

Jangan lupa sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Aminnn. Facebook Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Mati Akibat Tidak Tidur Selama 11 hari demi Euro

Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.

Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.


Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.


Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah.
 sumber

Pemain-pemain Muslim di EURO 2012

Beberapa pemain bolasepak terkemuka yang sedang beraksi dalam pertandingan bolasepak piala EURO 2012, yang sedang berlangsung kini, adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam.

pemain bola sepak, senarai, muslim, islam, adakah, siapa, antara, perancis, abidal, karim benzema, german, mesut ozil, gambar, belanda, ibrahim afellay, barat
Belanda - Ibrahim Afellay 

Dilahirkan pada 2 April 1986 Ibrahim Afellay (gambar kanan) adalah pemain bola sepak profesional Belanda yang bermain untuk FC Barcelona sebagai pemain tengah menyerang atau pemain sayap.

Beliau digambarkan sebagai seorang pemain yang kuat dan dinamik dengan kemahiran bola yang hebat dan keupayaan untuk mempercepatkan tindakan di atas padang.

Beliau telah bermain untuk pasukan belia kebangsaan Belanda dan kini sebahagian daripada pasukan kebangsaan kanan Belanda, yang dia mewakili di UEFA Euro 2008 dan Piala Dunia FIFA 2010, yang kedua yang menyaksikan mereka sampai akhir.

Sebelum ini beliau bermain dan kapten PSV Eindhoven dengan dia memenangi empat gelaran kebangsaan dan di mana beliau telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik muda di Belanda (2007).

pemain bola sepak, senarai, muslim, islam, adakah, siapa, antara, perancis, abidal, karim benzema, german, mesut ozil, gambar, belanda, ibrahim afellay, barat
German - Mesut Ozil

Dilahirkan pada 15 Oktober 1988 Mesut Ozil (gambar kiri) adalah seorang pemain bola sepak Jerman, yang bermain untuk Spanish La Liga kelab Real Madrid dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman.

Ozil telah menjadi pemain pasukan belia kebangsaan German sejak tahun 2006, dan pemain pasukan kebangsaan Jerman sejak 2009.

Beliau mendapat perhatian antarabangsa semasa Piala Dunia FIFA 2010 dan telah dicalonkan untuk Anugerah Bola Emas, yang dianugerahkan kepada pemain terbaik kejohanan.

Ozil disanjungi kerana kemahiran beliau dan penambahbaikan sebagai pemain tengah serangan. Gaya dan cukup pengetahuan untuk menyediakan membantu untuk rakan sepasukan beliau telah berbanding Real Madrid legenda Zinedine Zidane.

pemain bola sepak, senarai, muslim, islam, adakah, siapa, antara, perancis, abidal, karim benzema, german, mesut ozil, gambar, belanda, ibrahim afellay, barat
Perancis - Karim Benzema

Pada 2011, beliau menduduki tempat pertama dalam membantu dalam La Liga dengan 17, dan pertama dalam pertandingan utama Eropah.
Karim Benzema dilahirkan pada 19 Disember 1987) adalah seorang pemain bola sepak Perancis antarabangsa yang bermain untuk kelab Sepanyol, Real Madrid di La Liga.

Beliau terutamanya bermain sebagai Penyerang yang berpengaruh boleh melanjutkan untuk sayap dan dikenali untuk kebolehan Teknikal, gaya berkuasa permainan, dan berkeupayaan melakukan jaringan besar-besaran. Dia digambarkan sebagai "Penyerang berbakat besar" yang "kuat dan berkuasa" dan "finisher yang kuat dari dalam kotak".

Benzema (Gambar kanan) dilahirkan di bandar Lyon, dan bermula Kerjaya bolasepak dengan kelab tempatan Bron Terraillon. Pada tahun 1996, beliau menyertai kelab terbesar di bandar Olympique Lyonnais dan, kemudiannya, datang melalui Akademi belia kelab itu.

Untuk persembahan, beliau telah dinamakan PemainTerbaik oleh Kesatuan Kebangsaan pemain Profesional (UNFP) yang juga penjaring terbanyak Liga dan Anugerah Bravo oleh Itali majalah Guerin Sportivo.

Benzema adalah Pemain pasukanBelia antarabangsa Perancis dan pernah mewakili negara bermula dari peringkat bawah-17. Sebelum bermain untuk pasukan senior, beliau membuat kemunculan antarabangsa pada bulan Mac 2007 dalam perlawanan persahabatan Menentang Austria. Pada penampilan sulung beliau, beliau telah menjaringkan gol antarabangsa pertama dalam kemenangan 1-0. Benzema telah mewakili Perancis pada dua kejohanan utama antarabangsa: edisi EURO 2008 dan

pemain bola sepak, senarai, muslim, islam, adakah, siapa, antara, perancis, abidal, karim benzema, german, mesut ozil, gambar, belanda, ibrahim afellay, barat
Perancis - Éric Sylvain Abidal 

Dilahirkan 11 September 1979 Éric Sylvain Abidal (gambar kanan) adalah seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pemain pertahanan kiri atau pusat.

Dalam kerjayanya, beliau bermain untuk pasukan terutamanya untuk Lyon dan Barcelona, dan pernah memenangi 22 gelaran utama bagi kedua-dua pasukan, termasuk dua Juara-Juara trofi Liga dengan kedua.

Mewakili Perancis dalam perlawanan antarabangsa sejak 2000-an, Abidal mewakili negara dalam dua Piala Dunia - menduduki tempat kedua pada tahun 2006 dan Euro 2008.

Beliau sepatutnya beraksi bersama-sama skuad Peracis dalam Euro 2012 tetapi direhatkan kerana menjalani pembedahan hati.

Lain-lain pemain yang beragama Islam adalah pemain Perancis Frank Ribery
sumber