Pages

Thursday, June 7, 2012

Jadual Euro 2012 | Perlawanan Waktu Malaysia

Euro 2012 | Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan EURO 2012 - Kehangatan Euro 2012 semakin terasa dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 8 Jun yang membabitkan tuan rumah bersama iaitu Poland bertemu Greece.Berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine.       
                                                           
                        
Jadual Kumpulan A – EURO 2012
 
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE 
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH 
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA 
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH 
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA 
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND 
Jadual Kumpulan B – EURO 2012 
 
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK 
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL 
13 Jun - 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN 
17 Jun - 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun - 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN
Jadual Kumpulan C – EURO 2012 
 
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI 
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA 
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND 
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA 
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL 
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND 
Jadual Kumpulan D – EURO 2012 
 
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND 
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN 
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND 
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS 
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE 
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS
 
p/s:print lah dan letak kat TV 

Babi dan Anjing Sering masuk surau

surau dimasuki anjing babi
Penduduk Sungai Temetong di Pahang resah untuk solat berjemaah apabila anjing dan babi sentiasa masuk ke dalam surau di tempat mereka.

“Anjing dan babi pernah masuk ke dalam surau ketika penduduk sedang solat berjemaah hingga menyebabkan jemaah kurang selesa,” kata Tok Batin Sungai Temetong, Jalil Badrillah. Beliau berkata, anjing dan babi kerap berkeliaran menyebabkan tempat beribadah itu tercemar hingga menyukarkan penduduk melakukan solat berjemaah.

Penduduk Sungai Temetong memohon pihak berkaitan membina pagar surau ini.
Sehubungan itu katanya, pihak berkenaan diharap dapat menyegerakan pembinaan tembok batu, atau pagar surau tersebut untuk mengatasi masalah terbabit. “Surau ini dibina sejak lebih 10 tahun lalu, dan digunakan seramai 400 penduduk Orang Asli beragama Islam untuk menjalankan aktiviti keagamaan.
“Keadaan pagar yang rosak menyebabkan haiwan seperti anjing dan babi kerap berkeliaran, malah pernah masuk ke dalam surau ketika jemaah sedang bersolat,” katanya.

Jalil berkata, pemasangan pagar dawai pernah dilakukan beberapa tahun lalu, namun pagar tersebut dirosakkan haiwan berkeliaran. Di samping itu katanya, pihak berwajib diharap dapat melakukan pengubahsuaian pada surau itu dengan menjadikannya satu tingkat sahaja.
“Kini kebanyakan penduduk mencecah usia emas dan tidak mampu lagi menggunakan tangga. Sehubungan itu, saya harap pihak berwajib dapat membina tembok batu dan dalam masa sama melakukan pengubahsuaian pada surau ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, pihaknya akan cuba memohon peruntukan untuk membaik pulih dan membina pagar surau Kampung Temetong. “Kita akan cuba menyegerakan pembinaan pagar untuk memberi keselesaan kepada penduduk dalam melakukan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan lain.
“Kita juga akan mengkaji kos diperlukan untuk membina pagar besi di kawasan itu berserta beberapa masalah sampingan lain,” katanya. – 
melayukini.net

100 Plus Diboikot Gara-Gara PM?

boikot 100 plus
Boikot 100 Plus ? Minuman isotonik yang popular di Malaysia iaitu 100 Plus telah menerima kritikan pedas daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan apabila memaparkan wajah PM Malaysia, Najib Tun Razak di tin minuman mereka.
Belum dapat dipastikan mengenai gambar Najib di tin minuman tersebut samada dilakukan secara sukarela oleh pihak pengurusan 100 Plus, atau mendapat arahan dari pihak tertentu atau menerima kontrak tertentu bagi tujuan menaikkan imej Najib.
Walau apa sekalipun jawapannya, yang pasti rakyat sudah mempersoalkan langkah tersebut dan bertindak untuk memboikot minuman 100 Plus. ( dipetik dari laporan blog greenboc )
 
Manakala facebook page 100 Plus Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan status gambar DS Najib di tin minuman mereka :
facebook 100 plus