Sultan Muhammad al-Fatih
Muhammad II juga dikenali  dengan Muhammad al-Fatih  atau “si Penakluk”  dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan    meninggal dunia pada 3 Mei  1481 di Hünkârcay?r?, berdekatan Gebze.    Baginda adalah Sultan yang  memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa    singkat iaitu dari tahun 1444  ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke    1481. Baginda menakluk  Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa    kepada kehancuran Empayar  Byzantine. 
Biografi
Muhammad  II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan    Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan  Murad II  (1404–51)  ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah  dari Hum.  Muhammad  al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan  kekuatan  dalaman  dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam  bidang   ketenteraan, sains, matematik dan  menguasai enam bahasa (bahasa Turki,   Greek, Hebrew,  Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun.   Seorang pemimpin  yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan   Salahuddin  Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan    Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain    Jalut menentang tentera Mongol). Malah  sifat-sifat baginda dan   tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:
| “ | Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. | 
Baginda  menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama   30 tahun  (1451 ? 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan   panglima  tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan.   Baginda  mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah    berpendapat Baginda mangkat diracun. 
Pendidikan
Baginda  menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam   bidang  keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari    keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan    pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang    kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula,    Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur    dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi    dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda ,    Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke  Pulau   Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun  memangku   jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang  menangani   tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa    bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli    Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir    hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja    Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan    kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan    selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople
Selama  2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota    Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.    Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu    serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang    strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina    peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom    300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah    Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat    Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan    Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh    Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal    yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak    Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila    diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi    ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja    menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan    dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat    150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan    laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 
Misi Menawan Konstantinople
Hari  Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed   bersama  gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil   Pasha dan  Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari   berbagai  penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu   pasukan  dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad   II  mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan    penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus    menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor,    Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa. Kota dengan   benteng  10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar   benteng pun  dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui   pasukan altileri  harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan   laut Marmara  pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa  pimpinan  Giustiniani  dan dari arah timur armada laut harus masuk ke  selat  sempit Golden Horn  yang sudah dilindungi dengan rantai besar  hingga  kapal perang ukuran  kecil pun tidak dapat melepasi.  Berhari-hari hingga  berminggu-minggu  benteng Byzantium masih utuh,  kalaupun runtuh dengan  adanya  celahan-celahan, pasukan Constantine  mampu mempertahankan celah  tersebut  dan dengan cepat menumpuk kembali  hingga tertutup. Usaha lain  pun  dicuba dengan menggali terowongan di  bawah benteng, cukup  menimbulkan  kepanikan kota, namun juga gagal.  Hingga akhirnya sebuah  idea yang  terdengar bodoh dilakukan hanya dalam  semalam. Salah satu  pertahanan  yang agak lemah adalah melalui selat  Golden Horn yang sudah  dirantai.  Ide tersebut akhirnya dilakukan,  iaitu memindahkan  kapal-kapal melalui  darat untuk menghindari rantai  penghalang, hanya  dalam semalam dan 70-an  kapal dapat memasuki wilayah  selat Golden Horn.
Keajaiban Tentera Othmaniyyah
Sultan  Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk   membawa  kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak   pernah  terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya.   Beliau  telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya    membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan    darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan    luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke   Galata  melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu!    Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan  manusia   hingga ke hari ini. Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople    dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung    Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh    berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera    Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam    bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah    Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal    ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan,    melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.    Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi    Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin    kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal    mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau  sendiri   pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah  bahkan   tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople  hingga ke   titisan darah yang terakhir.
Serangan Besar-besaran Mujahidin
Dengan  kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap,   Sultan  Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke   benteng  terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan   sebuah  kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang   lain  lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota    Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung    Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir    “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople    telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota    berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur    dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam    masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka    dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera    salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople    menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke    pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan    bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera    ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong    itu. 
Usaha Damai Terakhir 
Sultan  Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir.    Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW,    mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah    tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar    utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman.    Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang    dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah    kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke  penamat.   Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas  menghantar   maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana  Sultan   mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan  tetapi   Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir  hayatnya demi   takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”.  Apabila jawapan   Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah…  tidak lama lagi   akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada  takhta atau   keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang  strategi   seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya  keputusan   dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople  sebagaimana  yang  telah disusun. 
Konstantinopel Menjadi Islambul
Setelah  ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang   bererti  “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi   Istanbul  seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu   kota  khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat   peradaban  Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian    dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni    Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan    tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun    gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan  gedung-gedung   sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan  peradaban   masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang  mengganti nama   Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya).  Kini nama   tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa  Kamal Ataturk   menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat  sebagai perwira,   tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat?
