Salam.Tadi masa duk sibuk main internet,sy terbuka lah satu laman web yang memang cukup popular dah sy rase..Thanks To
PETUA SEHARIAN..Sy dapat Tip nie dari laman web nie lah..Check It out
Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja, terutama pelajar atau individu
yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak
kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik,
usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan
masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca
artikel di blog, cari info dsb.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan
pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan
mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang
mata kita akan terasa pedih sikit.
2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit
mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih.
Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain
bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu
rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil
kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni
leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:-
a. Pergi ke luar rumah,
lihat satu objek berdekatan anda, kemudian
beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi,
sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek
yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik
bosan atau naik menyampah ¦jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam
proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada
awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman
mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe..
b.
Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c.
Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yg kaya dengan vitamin A & C. susu,
sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot
& anggur) dsb.
5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di
internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda
hehe, faham-faham sendirilah ye.