Pages

Wednesday, May 30, 2012

KELUCUAN BOLASEPAK MALAYSIA


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan jugak pengikut blog BudakLadang yang setia.Tadi Masa saya duk sibuk main internet,terbuka lah satu blog yang dikira otai jugak lah..Thanks to SpudinPunya. Saya dapat Artikel nie dari blog dia.Lepas nie boleh lah korang buka blog dia pula.

Balik pada topic kita,Saya ingin membuat satu highlights  hari ni, zaman bolasepak Malaysia daripada zaman peningkatan, hingga kejatuhan dan jugak zaman peningkatan semula (zaman ini). Jadi, saya bukan apa abang-abang akak-akak sekalian, bukan nak hina bukan nak memperkotak-katikkan Bolasepak Malaysia kerana, Saya adalah peminat fanatik Harimau Malaya. Cuma Saya ingin berkongsi cerita ini supaya dapat menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita bahawa, bolasepak adalah sukan nombor satu negara dan dunia dan orang pandang tinggi beb bolasepak ni ! Jadi, kita renungkan bersama macam mana nak tingkatkan bolasepak Malaysia ni ke tahap lebih TOP!



Malaysia ni abang akak sekalian, ada ramai pemain hebat contoh Safee Sali yang mana, pemain termahal buat masa ini iaitu dengan gaji lebih RM2,000,000 setahun, Khairul Fahmi yang mana keeper terbaik EastAsia dan jugak Asia Pasifik, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang mana telah menandatangani kontrak dengan pasukan Liga J (Japan) iaitu Ryukyu FC, Badrol Bakhtiar, seorang pemain muda Malaysia yang telah bermain di New Zealand (SP tak ingat nama beliau) dan ramai lagi pemain handalan lain yang berjaya membawa nama Malaysia selaku pasukan yang digeruni di AFF Suzuki dan jugak Sukan SEA. 


Malaysia adalah juara bertahan bagi kedua-dua acara itu dengan pemain handalan ini, tak mustahil bolasepak Malaysia akan terus gah ! Tapi, apa yang lucu ? Yang lucunya adalah, penyokong sendiri yang buat bolasepak Malaysia jadi lucu. APA tidaknya, kalau Malaysia menang, mula bersorak gembira siap doa, semayang hajat bagai tu apa kes ? Tapi, bila Malaysia kalah, korang dok kutuk-kutuk pasukan negara, booo sana, booo sini, laser sana, laser sini...OPPSSS! Terlepas sudah !!


Penyokong yang seharusnya memberi sinar harapan kepada pasukan negara bukan macam Malaysia vs China tahun 2006 kalau aku tak silap yang mana menyaksikan pasukan negara tumbang 5-0 di tangan China. Korang kutuk Malaysia punya team, apa jadah akak abang sekalian ? Takpela, ada lagi yang lucu, apabila Road Tour Manchester United, Chelsea dan Liverpool tahun 2010 kalau aku tak silap, yang mana, penyokong pakai baju team luar negara je, yang pakai baju Malaysia boleh bilang dengan jari ? Mana semangat penyokong Malaysia? Macam mana Malaysia nak menang kalau gitu penyokong buat kat pasukan negara.







Walaubagaimanapun, Malaysia tewas dalam semua perlawanan tersebut dengan Liverpool 6-3, Manchester United 3-2, dan Chelsea 1-0. Gol-gol cantik dihasilkal oleh pemain bintang negara iaitu Safee Sali dan jugak Safiq Rahim. 


jadi, silalah sokong pasukan negara lebih-lebih lagi kita dah nak dekat dengan AFF Suzuki 2012. . . Kalau tak silap aku, November ni. Jadi, support Malaysia dan doakan agar Harimau Malaya dapat bawak balik CUP AFF SUZUKI tu ke Malaysia dan menjadi juara bertahan.

Sumber