KOTA
BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar
Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup
aurat di sini malam kelmarin.
Penolong
Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa
berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak
menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Jelas
beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada
golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar
ini tanpa mengira waktu.
"Operasi
itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita
beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan
Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.
Mereka
yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala,
memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang
ketat.
Sumber: Kosmo
==========Sesiapa yg nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...