Inilah Biasa Terjadi |
Biasanya kita korek telinga untuk memastikan kebersihan telinga. Tetapi sedarkah anda, mengorek telinga hanya akan menjejaskan kesihatan telinga sekaligusmengundang risiko kehilangan deria pendengaran. Mungkin ada yang menganggap mengeluarkan tahi telinga dengan putik kapas dikira selamat. Itu belum lagi yang ada menggunakan benda keras seperti besi,kunci dan pin. Tak kiralah guna benda lembut atau keras, semua tak perlu sama sekali.
Sebab apa tak perlu? Ini kerana tahi telinga sebenarnya bertindak sebagai pelindung daripada debu kotoran atau masukan serangga. Jangan bimbang kalau tak bersihkan telinga kerana tahi telinga akan keluar dengan sendiri secara sedikit demi sedikit. Bersihkan tahi telinga apabila ia keluar dan ia sudah memadai.
Kita biasa tengok ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal atau kulit telinga akan terluka.
Mungkin sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Biar apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.
Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, tapi kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.