Pages

Tuesday, June 19, 2012

Punca Sebenar Forkey Doe Hilang Terjawab

terjawab, sebab, punca Forkey Doe hilang tanpa berita, bodoh, mat zan, pasukan terengganu, skuad kebangsaan, masalah disiplin, langgar kod etika, kelab masing, pemain, liberia, buruk, jurulatih, sekat, bekas, rugi

Belum pun reda isunya bersama pasukan Terengganu, Francis Forkey Doe nampaknya mencetus huru hara baru, kali ini membawa kepada impak lebih besar dalam kariernya apabila digugurkan dari skuad kebangsaan Liberia dek kerana masalah disiplin berpanjangan.

Pemain itu telah diarah meninggalkan kem pasukan kebangsaan dan pulang ke kelab masing-masing berkuatkuasa serta merta minggu lalu bersama-sama dua pemain lain, Anthony Laffor dan Dioh Williams selepas melanggar kod etika pemain yang seharusnya dipatuhi semua pemain (baca sini).

Persatuan Bolasepak Liberia (LFA) dilaporkan telah meminta tiga pemain itu yang beraksi pada perlawanan menentang Angola pada 10 Jun 2012, memanfaatkan tiket pulang yang telah disediakan dan kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan tiket kesemua mereka dibatalkan dalam tempoh 24 jam.

Ini MUNGKIN menjawab persoalan Peter Butler, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dan para peminat bolasepak tempatan mengenai kehilangan pemain itu – masalah disiplin, attitude buruk, tidak serius, dan tidak komited.

Dalam satu kenyataan, LFA menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh bersabar dengan Forkey Doe yang berterusan menunjukkan kelakuan/attitude buruk seperti lewat hadir ke sessi latihan selain memboikot kem pasukan kebangsaan.

Jurulatih Liberia, Kaetu Smith, berkata Forkey Doe dan lima pemain lain sudahpun dikenakan denda US$1,000 terdahulu pada 4 Jun lalu (tarikh dia sepatutnya melapor diri di kem Terengganu), sejurus pasukan itu tiba dari Dakar, Senegal, di mana Dioh dan Forkey Doe tiba di kem pasukan pada jam 12 malam manakala Laffor tidak langsung kelihatan sebelum melapor diri 3 hari kemudian.

Lebih mengejutkan, Forkey Doe bersama-sama Laffor dan Dioh turut dikatakan telah bertindak mempertikai keputusan LFA dengan mempersoal mengapa badan induk itu tidak pernah menyekat bekas pemain seperti George Weah dan James Debbah.

Kemuncak kepada kesabaran LFA bagaimanapun tidak lagi dapat dibendung, apabila perilaku buruk berterusan Forkey Doe dan rakannya menyaksikan Liberia terlepas penerbangan (Ghana-Namibia), seterusnya menyaksikan LFA menanggung kerugian US$20,000 untuk tambahan satu malam di Ghana.

Forkey Doe sebelum ini pernah digugurkan dari skuad kebangsaan pada 2010 sehari sebelum perlawanan pembuka tirai kelayakan Piala Negara Afrika 2012, oleh jurulatih ketika itu.