Wang kertas baru yang diedarkan sejak
16 Julai lalu kini dipersoalkan
pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia
mudah lusuh dan
gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.
Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa
bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan
warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi
dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.
Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi
ciri-ciri
keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap
pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka,
benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda
pandang telus dan petak kilat berwarna.
Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa
ciri kualiti tidak
diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.
GB