SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam. |
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.
“Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi
yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan
gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina,
selain ada yang dikelilingi tiga wanita.