Pages

Friday, January 13, 2012

6 Cara Mustajab Untuk Menyedut Rezeki Yang Halal






1. Banyakkan istighfar. Firman Allah Taala:


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (١٢) سورة نوح
Ertinya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian),Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
 
2. Sempurnakan taqwa kita. Firman Allah Taala:
﴿ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (٢) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ ﴾ سورة الطلاق
Ertinya: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
 
3. Sebenar-benar tawakal. Hadith SAW:
عن عمر رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا.
[رواه الترمذي]
Ertinya: Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sepertimana rezeki burung. Pagi hari ia (burung) lapar dan petang hari telah kenyang.
 
4. Sentiasa pergi haji dan umrah yakni berselang-seli. Tahun ini pergi haji, tahun depan pergi umrah, tahun tulat pergi haji, tahun tubing pergi umrah dan begitulah seterusnya. Hadith SAW:
وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
تابعوا بين الحج والعمرة فإنهما ينفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكير خبث الحديد والذهب والفضة، وليس للحجة المبرورة ثواب إلا الجنة.
[رواه أحمد والترمذي]
Ertinya: Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, sepertimana nyalaan api tukang besi menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tiada balasan bagi haji mabrur kecuali syurga.

5. Menjaga, menyambung dan mengeratkan Silaturahim dan membesarkan ‘connection’. Hadith SAW:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:
من سره أن يبسط له في رزقه أو ينسأ له في أثره فليصل رحمه.
[رواه البخاري]
Ertinya: Barangsiapa ingin dipermudahkan rezekinya atau panjang umurnya maka sambungkan tali silaturrahim.
 
6. Infaq atau bersedekah di jalan Allah, membayar zakat sebenarnya menambah rezeki kita. Firman Allah Taala:
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (٣٩) سورة سباء
Ertinya: Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.