Menurut laman web Skyscanner.com seperti yang dilaporkan Courier Mail, terdapat 5 bandar di dunia yang mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, bandar-bandar tersebut masih lagi menjadi destinasi pilihan dan tumpuan masyarakat dunia.
1. Cancun, Mexico
1. Cancun, Mexico
Cancun terkenal dalam kalangan pelancong asing kerana keindahan pantainya. Selain itu, Cancun juga popular kerana baunya yang kurang menyenangkan. Kononnya, bau itu datang dari parit bawah tanah yang terletak dalam kawasan hotel-hotel mewah.
2. Venice, Itali
3. Rotorua, New Zealand
Rotorua terkenal dengan kolam air panas semulajadinya. Namun, para pelancong mungkin akan terganggu dengan bau seakan-akan telur busuk yang berpunca daripada pembebasan gas hydrogen sulphide. Tidak hairanlah kenapa tempat ini juga dipanggil "Kota Sulphur".
4. St. Helen Auckland, Durham
Tempat ini mungkin bukan pilihan yang tepat sekiranya anda mahukan destinasi pelancongan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Ini kerana terdapat ladang bawang yang sangat luas di tempat ini. Beberapa pengunjung mendakwa mereka tidak sanggup membuka tingkap bilik kerana bau bawang dari ladang tersebut sangat kuat.
5. Cote-'or, Perancis
Udara di daerah selatan Perancis ini kurang menyenangkan dan bau itu berpunca dari kilang mmbuat keju The Epoisses de Bourgogne. Keju tersebut memang terkenal memiliki bau yang busuk sehingga ia dilarang dibawa dalam pengangkutan awam.
sumber