Pages

Tuesday, February 7, 2012

Sayangkah aku kepada Rasulullah? Muhasabah Diri - Salam Maulidur Rasul

Sempena Maulidur Rasul kali ini, mari bersama kita nilai dan muhasabah diri kita, adakah kita betul menyayangi baginda Rasulullah SallahualaihiWasallam ataupun hanya sekadar mengenali diri baginda?


Jawapan biasa daripada mulut manusia , Ya, Aku sayang Rasulullah, Aku cinta Rasulullah, tapi adakah amalan aku cukup untuk membuktikan aku seperti apa yang mulut aku bercakap.


Tidak perlu untuk menilai diri orang lain, cukup dengan menilai diri kita sendiri. Selama ini pernahkah kita cuba mengenali Rasulullah dengan dekat, ataupun hanya sekadar memenuhi keperluan subjek di dalam peperiksaan?






Selama ini pernahkah kita cuba menyayangi Rasullullah sepertimana baginda menyayangi umatnya? Pernah tidak kita lupakan nabi? Contoh yang agak biasa, pernah tidak kita lupa atau MALAS untuk berselawat ketikamana nama nabi Muhammad SallahualaihiWasallam diucapkan oleh member-member mahupun ketika mendengar mana-mana ceramah? Pernah. Itu sudah cukup untuk membuktikan sayang kita hanya di mulut.


'Celakalah orang yang tidak berselawat ke atas Rasulullah apabila disebutkan namanya'

Kita LUPA yang Rasulullah amat menyayangi kita. Nama-nama seperti Wayne Rooney, SNSD, Albert Einstein dan artis-artis Malaysia lebih lekat di hati kita berbanding nama nabi kita, Muhammad SallahualaihiWasallam. 

'Rasulullah menangis memikirkan siapa yang akan menjaga umatnya apabila baginda tiada di dunia ini' Mulianya dirimu Ya Rasullullah.  . Ramai yang menghina nabi di zamannya, tapi baginda tetap menyayangi umatnya tanpa membezakan kasih sayangnya. 

'Hinanya diriku Ya Allah'

Ingatan kepada Rasulullah bukan sekadar pada Maulidur Rasul, tetapi setiap saat kita berada di dunia. Bersama kita muhasabah diri .

'AKu kata Aku sayang Rasullullah, tapi aku tetap mengingkari perintahnya. Rasulullah melarang aku membuat maksiat, tetapi itu kegemaranku'. Munafikkah aku?

- Berpegang tangan antara bukan muhrim, membuka aurat itu haram tetapi itulah benda paling biasa di waktu ini. Semuanya umat Muhammad dan mengaku Islam, tetapi dimana dasar Islam yang cuba ditonjolkan sedangkan benda yang sekecil itu tidak pernah cuba untuk dijaga dan dipertahankan -

Kita terlalu manja. Kita lupa dan lalai.Kita membuat kecelakaan di bumi ini. Kita sayangkan maksiat. Tapi kita bangga dan lantang menyuarakan yang kita ini seorang Islam. MasyaAllah.