Pages

Tuesday, February 7, 2012

Korea Vs Perempuan / Virus Korea

Korea adalah satu fenomena yang tak berapa nak baru di Malaysia. Aku pun tak tahu bila fenomena ni wujud, tahun ini? tahun lepas? 2 tahun lepas? Korang sebagai perempuanlah jawabkan.

Apa yang aku tengok, korea ni lebih menjurus kepada perempuan, walaupun ada sebilangan lelaki yang turut sama meminati korea. Apa yang ada pada korea takde pada aku yang kacak ini? Itu lagi persoalan yang 'wajib' dijawab oleh golongan perempuan. (hairan)

Secara keseluruhan , ikhlas dan jujur nya, tiada masalah sebesar kuman pun meminati korea ni, tetapi akan jadi masalah bila binatang-bintang korea ini diagung-agungkan ibarat tokek yang kononnya harga boleh mencecah ratusan ribu. Perempuan-perempuan ini bagaikan dirasuk dan meracau-racau apabila melihat artis korea yang mereka kenal. "Ahhh, kacaknya mamat tu, auuww! " kata mereka. Lalu dibalas oleh kawan sebelah " tula, geram nak picit-picit pipi dia". Oh Man.

Kegilaan perempuan terhadap bintang korea ini bagaikan penyakit berjangkit. Bila sorang-sorang perempuan minat korea, maka perempuan-perempuan di sekelilingnya secara automatiknya akan turut sama minat. Pendapat  aku satu je, faktor penarik perempuan terhadap korea ini ialah HANDSOME dan PUTIH serta MATA SEPET tambah STYLE RAMBUT. Itu je.




Lantaran itu, jejaka-jejaka di Malaysia ini turut sama mencuba nasib dengan menggayakan fesyen korea. Tapi, malangnya, tak semua melayu itu putih, tak semua melayu itu mata sepet, tak semua melayu itu hensem. Maka, ada yang berjaya, dan ada juga yang berjaya gagal dengan jayanya.

Nama-nama korea seperti ( korang listkan, aku tak tau ) dah jadi macam satu virus kepada perempuan-perempuan di Malaysia. Habis poster dilekatkan di bilik, tak cukup dengan tu, laptop dihiasi dengan muka-muka mamat korea tadi. Berpuluh-puluh folder khas disediakan untuk menyimpan gambar , beratus gigabyte dipenuhi dengan cerita-cerita korea yang penuh jiwang dan sweet.

Tapi, disamping minat korea tu, hero-hero dalam Islam jangan dilupakan. Memanglah tak pernah melihat wajah-wajah mereka, tetapi kerana merekalah kita hidup senang dalam Islam sekarang. Kalau orang tanya, siapa itu Ibnu abbas, Anas b Malik, Muaz Ibn Jabal, agak-agak boleh jawab tak? Kisah mereka ternyata lebih menarik berbanding cerita Fullhouse mahupun My Gf Is Gumiho. Jangan terlalu mengagungkan korean sehingga sirah-sirah kita tidak pedulikan mahupun lupakan.

Bertapak di bumi nyata, buka mata, buka hidung, kenali diri.