Pages

Tuesday, February 7, 2012

Betul Ke Miskin Itu Lebih Indah Berbanding Kaya?


Orang kata, kekayaan bukanlah segalanya, tetapi kebahagiaan itu lebih penting. Tetapi, betul ke? Atau ni hanya cakap-cakap orang kaya yang sememangnya sudah cukup makan sehari-sehari. Apa pula kata orang miskin? Semestinya hidup lebih bahagia dengan kekayaan kerana waktu sekarang, tanpa wang ringgit, kita dipandang hina. Atau mungkin sedikitpun tak dipandang.

Orang kaya sering diancam perompak, penyamun, penyangak tetapi orang miskin juga sama keadaannya, dikejar dek ceti, along, tuan rumah. Kitaran hidupnya lebih kurang sama, tetapi lebihnya si kaya, mampu menggaji security untuk menjaga harta yang bertimbun, si miskin pula sibuk melarikan diri.

Miskin bukanlah bermaksud tidak mampu beli blackberry, sony experia mahupun iphone5 yang bakal keluar tak lama lagi, tetapi miskin yang tidak mampu untuk makan nasi walau sehari sekali. Tak perlu lihat ke luar negara untuk melihat fakir miskin, di Malaysia sendiri, beribu-ribu orang tiada rumah, yang hanya mampu tidur di bawah-bawah jambatan berselimutkan surat khabar berita harian edisi mingguan.

Jadi, betul ke miskin itu lebih indah berbanding kaya?