Pages

Tuesday, June 5, 2012

Tingkatkan Traffic Anda Dengan Meta Tag

Cara Pasang Meta Tag


 
Entri ini adalah lanjutan daripada entri bertajuk Tips SEO : Jana Traffic Melalui Isu Semasa. Ramai yang bertanyakan apa itu meta tag dan bagaimana mahu memasangnya di blog? Meta tag ini sangat penting dalam SEO dan cara pasang meta tag ini sangat mudah dilakukan.

DEFINISI  
Meta tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia mengandungi maklumat tentang blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag tidak mempengaruhi appearance blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog itu. 

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN META TAG
Meta tag ini tidak di pasang secara automatik dalam blog. Oleh itu anda sendiri yang harus  memasangnya untuk menikmati pelbagai manfaat dan kegunaan dari meta tag ini. Meta tag  berfungsi untuk mengambarkan tentang keseluruhan content di dalam blog. Ia sangat penting supaya dapat memudahkan blog anda untuk di-crawl atau di analisis oleh enjin pencarian.

Sebab itu anda haruslah meletakkan keyword yang sangat sesuai dalam meta tag ini supaya blog anda dapat di optimakan pada enjin pencarian. Keyword ialah kata kunci yang banyak dikatakan pada entri blog anda. Pendek cerita, meta tag penting di pasang supaya blog anda akan jadi mesra SEO dan senang untuk spider meng-index blog. Bila blog anda untuk untuk di index oleh enjin pencarian, maka lagi mudah untuk blog anda muncul di enjin pencarian.

CARA PASANG META TAG
Sebelum pasang meta tag, blog anda haruslah dioptimakan terlebih dahulu supaya mesra enjin pencarian. Saya sarankan supaya menggunakan peng-optimaan SEO Genarasi Baru. Berikut adalah langkah-langkahnya :

Langkah 1
Pada dashboard blogger, klik design > Edit HTML > Tick pada 'Expand Widget Template' > tekan CTRL+F > taip dan cari kod di bawah
<title><data:blog.title/></title>
Kalau tak jumpa, taip kod 
<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah 2
Pada kod tadi, highlight, padam dan gantikan dengan kod dibawah :
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
Langkah 3
 Save Template. Siap!

Eh! belum siap lagi! huhu.. kali ini, baru kita akan pasang meta tag.. kesian korang, penat buat tutorial ni.. hehe.. takpe, learning is fun rite?

Ok ikuti step by step macamana nak pasang meta tag kat bawah :

Langkah 1
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna
<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2011 NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 2
Pada dashboard klik design > Edit HTML > tick pada Expand Widget Template dan cari kod di bawah 
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Langkah 3
Copy and paste kod yang dah diedit tadi dibawah kod di atas. Ha?? tak faham! di bawah kod di atas? haha! Lihat contoh!




Langkah 4 
Save Template. Siap!

perhatian : anda juga boleh guna meta tag generator. Hanya isikan form dan dapatkan kod dia. Lepas tu tampal kt Edit HTML blog anda. Dapatkan disini.


Tahniah, anda berjaya melakukannya! Kalau tak faham, beritahu di bahagian komen ya :)
Mengoptimum SEO versi generasi baru telah di sumbangkan oleh Kak Sya. Terima kasih kak!.

Sumber :

Petrol Mana Yang Paling Jimat?


Sejak awal tahun 2011, banyak syarikat petrol mula mengumumkan formula baru yang dapat menjimatkan minyak, ada yang syiling-syiling ikut kereta, ada yang jimat sampai 1 liter, ada yang pergi lebih jauh, macam-macam. Masing-masing keluarkan nama baru bagi formula petrol yang baru. Semua tuh marketing, siapa-siapa pun boleh buat. Persoalannya sejimat mana petrol baru nih? Secara peribadi saya takkan percaya iklan-iklan kat TV tuh selagi saya tak alami sendiri. Bukan iklan petrol saja, semua iklan jugak.

Atas niat ingin tahu, sejak bulan Mac 2011, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!
Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City
Di bawah saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:
Syarikat PetrolBacaan 1 (KM)Bacaan 2 (KM)Bacaan 3 (KM)Purata

Petronas
363366345358

Shell
346339315333

Esso-Mobil
363385348365

Caltex
362357355358

BHPetrol
333338334335
Jadual di atas menunjukkan Esso Mobil paling menjimatkan secara purata, tetapi berdasarkan setiap bacaan, boleh dikatakan Petronas dan Caltex juga tidak jauh beza penjimatannya.
Kekurangan dalam kajian ini:
1. Kajian ini mungkin kurang tepat, contohnya pemanduan yang kerap untuk jarak dekat menggunakan kadar minyak yang berbeza dengan pemanduan untuk jarak jauh. Gaya pemanduan juga merupakan faktor kadar penggunaan minyak yang rendah atau sebaliknya.
2. Kajian ini juga kurang tepat kerana hanya 3 bacaan diambil.
3. Campuran petrol berlainan jenis juga boleh menyebabkan ralat bacaan pada kadar penggunaan minyak.
4. Lain kereta mungkin lain kompatibiliti petrol.
Bagi menjawab apakah betul formula baru menjimatkan, secara peribadi saya katakan ‘Ya’, kerana saya pernah gunakan petrol Petronas sebelum formula baru diumumkan, dan dengan RM50, saya dapat memandu sejauh hanya 319km.
Kajian ini adalah berdasarkan kajian peribadi saya, tiada niat nak memburuk-burukkan mana-mana syarikat petrol, apa pun pilihan di tangan anda!

Sumber

Monday, June 4, 2012

Transformasi Messi – pemain bola sepak terbaik dunia

LIONEL Messi, seorang remaja bertubuh kurus yang pernah diketepikan River Plate pada 2000 meskipun dianggap oleh salah seorang jurulatih remaja itu sebagai gabungan antara Omar Sivori dan Diego Maradona, mencatat rekod sebagai penjaring terbanyak di Barcelona dengan 234 gol pada usia 24 tahun semalam.
Keyakinan Barca untuk membimbing pemain muda dari Rosario itu untuk skuad utama mereka dan menjadikannya pemain terbaik dunia mendapat balasan setimpal, ketika River kesal kerana tidak menerima pemain itu sebelum ini.
Messi sudah pun menjulang 18 gelaran dalam lapan musim bersama skuad utama Barca iaitu tiga Liga Juara-Juara, lima La Liga, satu Piala Raja Sepanyol, dua Piala Super Eropah, lima Piala Super Sepanyol dan dua Piala Kelab Dunia.
Tiga gelaran Pemain Tahunan Dunia berturut-turut mungkin akan menjadi empat tahun ini, meskipun Mac belum berakhir.
Kelab Catalan itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini dan akan beraksi di final Piala Raja Sepanyol menentang Athletic Bilbao, Mei ini meskipun mereka ketinggalan lima mata di belakang Real Madrid dalam saingan La Liga dan masih berbaki 10 perlawanan.
Messi sekali lagi berada di kemuncak prestasinya semalam dan menjaringkan hatrik untuk kemenangan Barcelona ke atas Granada, 5-3 di Nou Camp, sekali gus memadamkan rekod Cesar Rodriguez sebagai penjaring terbanyak kelab itu sepanjang zaman.
Penyerang berbisa itu yang kini menjaringkan 34 gol liga dan 54 dalam semua kejohanan musim ini memerlukan 314 perlawanan untuk memecahkan rekod ini manakala Rodriguez menjaringkan 232 gol dalam 354 perlawanan rasmi.
“Dia (Messi) berada di kedudukan terbaik dalam sejarah kerana dia menang banyak gelaran penting, menang tiga anugerah Ballon d’Or dan akan memenangi lebih banyak lagi dengan kehebatannya itu,” Johan Cruyff dipetik sebagai berkata dalam majalah terkini Barca.
“Messi adalah pemain terbaik dunia setakat ini,” kata bekas pemain Belanda yang memenangi kejohanan di Eropah sebagai pemain dan jurulatih serta tiga anugerah Pemain Dunia.
“Dia sukar ditandingi, dia berada di tahap berbeza.”
Begitupun memenangi hati peminat di negara sendiri masih menjadi misi sukar buat Messi berbanding di kelabnya di mana dia sering dipersoalkan mengenai kegagalannya melakukan jaringan.
Messi menempuhi tempoh 30 bulan dari Mac 2009 hingga Oktober 2001 dan gagal menemui sebarang jaringan buat Argentina dalam perlawanan antarabangsa tetapi yang sering dipersalahkan adalah jurulatih kebangsaan yang gagal membentuk pasukan hebat untuk menyokongnya.
Begitupun Messi kini semakin menghampiri rekod legenda Argentina sebelum ini, Alfredo di Stefano, pemenang Piala Eropah bersama Real Madrid lima kali dan pemenang Ballon d’Or pada akhir 1950-an dan 1960-an, dalam Liga Juara-Juara.
Pemain hebat dari Amerika Selatan sering menyerlah dalam kejohanan elit di Eropah dan Messi mempamerkan kehebatannya dengan menjadi pemain pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara sewaktu membelasah Bayer Leverkusen 7-1, bulan ini.
Hakikatnya, Messi menguasai sepenuhnya gerakan penyudah, memilih masa sesuai untuk menewaskan penjaga gol atau menyungkit melepasi pertahanan, mengelirukan mereka sedang dia melakukannya dengan begitu mudah.
Kemahiran itu dipelajari daripada pemain lebih besar dan tua daripadanya di Rosario, Argentina sebelum rawatan hormon di Barcelona membuatkan badannya sedikit berisi tetapi tegap.
“Ketika dia berlatih bersama pasukan utama, dia masih terlalu muda dan saya sedar dia memang berbeza dan suatu masa nanti dia akan menjadi bintang hebat,” kata Ronaldinho, seorang lagi pemenang Ballon d’Or, memberitahu majalah Barca.
“Jika dia teruskan cara permainannya, dia boleh menjadi pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.”
sumber: hmetro.com.my

Formula Mengubati Mulut Celupar Dari Rasulullah S.A.W




Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?


Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.


Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.


Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.


Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan,“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”


Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.


Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.


Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’


Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.


Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.


Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.


Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.




SUMBER

Tiada Tandatangan Jika Pakai Jersi Barca – Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, pemain handalan Real Madrid, dikhabarkan menolak permintaan gadis kecil berusia 10 tahun hanya kerana gadis itu mengenakan jersi Barcelona. Gadis kecil itu meminta tandatangan Ronaldo sewaktu sesi latihan khas pasukan Portugal menjelang Piala Eropah 2012.
Pemain sayap Portugal itu menolak dari memberi tandatangan kepada gadis kecil yang datang ke kem latihan Portugal dengan memakai jersi Barcelona.
Bapa gadis itu, Robert Filipe berkata, anaknya ke Obidos kerana mempunyai sesi latihan. Sebaliknya dibatalkan apabila pasukan Portugal sedang melakukan persiapan Piala Eropah 2012.
Lantas, gadis cilik itu memanfaatkan kesempatan untuk melihat sesi latihan itu secara langsung.
“Ketika saya datang menjemputnya, saya tidak mendapati tidak lihat raut kebahagiaan dan keceriaan sebaliknya bersedih.
“Ketika saya tanya apa yang terjadi, dia mengatakan; ‘Cristiano tidak memberi tandatangan kerana saya mengenakan jersey Barcelona’,” kata Filipe.
Filipe mengaku dirinya tidak boleh berbuat apa-apa. Jersi Barcelona itu merupakan hadiah dari isterinya yang baru pulang dari Barcelona. Jika isterinya pergi ke Madrid, pasti akan membelikan jersi Real Madrid untuk anak mereka, tambah Filipe.

Sunday, June 3, 2012

Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?



Assalamualaikum…Salam 1 Ummah… Hari ni saya share Takzirah tuk tatapan bersama… jom kita renung2kan bersama….
Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Pabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyailidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”
p/s Dalam kehidupan seharian, kita memang tidak dapat lari dari perkara tersebut, mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata2 kesat… harap2 selepas membaca artikel ini semoga kita lebih mendapat kesedaran menjauhi perkara2 yg tidak baik. So, marilah kita ‘jaga’ lidah kita supaya hanya berkata yang baik kerana kata-kata yang baik merupaknan satu sedekah.

Lagu Sesame Street Jadi Alat Seksaan

Lagu Sesame Street Jadi Alat Seksaan

WASHINGTON – Ia mungkin kedengaran pelik kerana lagu berunsur pengajaran kepadakanak-kanak dalam siri terkenal, Sesame Street didakwa telah digunakan sebagai ‘alat seksaan’ terhadap tahanan di penjara Teluk Guantanamo di Cuba.
Agensi berita, Al Jazeera membuat pendedahan itu menerusi dokumentari susulan daripada dakwaan yang menyatakan lagu berentak rock dan heavy metal pernah dimainkan tanpa henti di penjara tentera tersebut pada 2008.
Laporan itu mendedahkan lagu Sesame Street telah disalah guna untuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang diamalkan di penjara tersebut.
Tahanan dipaksa untuk mendengar beberapa lagu menyakitkan telinga termasuk lagu tema Sesame Street hasil ciptaan komposer Christopher Cerf sepanjang hari tanpa henti.
“Saya tidak setuju dengan idea menggunakan lagu dipasang terlalu kuat untuk sesi soal siasat supaya mereka membuka mulut kerana ia memberi kesan kesakitan jangka panjang terhadap tahanan,” menurut Cerf.

Difahamkan, dokumen Garis Panduan Kaedah Soal Siasat milik Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan penggunaan lagu bingit selama 18 jam sehari untuk memperoleh maklumat daripada tahanan adalah dibenarkan.
Dalam kenyataan lain, pegawai tentera di Guantanamo tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan laporan itu, sebaliknya hanya memberi ulasan kaedah tersebut kononnya tidak lagi digunakan pada masa ini.


Sumber