Pages

Tuesday, June 5, 2012

Petrol Mana Yang Paling Jimat?


Sejak awal tahun 2011, banyak syarikat petrol mula mengumumkan formula baru yang dapat menjimatkan minyak, ada yang syiling-syiling ikut kereta, ada yang jimat sampai 1 liter, ada yang pergi lebih jauh, macam-macam. Masing-masing keluarkan nama baru bagi formula petrol yang baru. Semua tuh marketing, siapa-siapa pun boleh buat. Persoalannya sejimat mana petrol baru nih? Secara peribadi saya takkan percaya iklan-iklan kat TV tuh selagi saya tak alami sendiri. Bukan iklan petrol saja, semua iklan jugak.

Atas niat ingin tahu, sejak bulan Mac 2011, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!
Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City
Di bawah saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:
Syarikat PetrolBacaan 1 (KM)Bacaan 2 (KM)Bacaan 3 (KM)Purata

Petronas
363366345358

Shell
346339315333

Esso-Mobil
363385348365

Caltex
362357355358

BHPetrol
333338334335
Jadual di atas menunjukkan Esso Mobil paling menjimatkan secara purata, tetapi berdasarkan setiap bacaan, boleh dikatakan Petronas dan Caltex juga tidak jauh beza penjimatannya.
Kekurangan dalam kajian ini:
1. Kajian ini mungkin kurang tepat, contohnya pemanduan yang kerap untuk jarak dekat menggunakan kadar minyak yang berbeza dengan pemanduan untuk jarak jauh. Gaya pemanduan juga merupakan faktor kadar penggunaan minyak yang rendah atau sebaliknya.
2. Kajian ini juga kurang tepat kerana hanya 3 bacaan diambil.
3. Campuran petrol berlainan jenis juga boleh menyebabkan ralat bacaan pada kadar penggunaan minyak.
4. Lain kereta mungkin lain kompatibiliti petrol.
Bagi menjawab apakah betul formula baru menjimatkan, secara peribadi saya katakan ‘Ya’, kerana saya pernah gunakan petrol Petronas sebelum formula baru diumumkan, dan dengan RM50, saya dapat memandu sejauh hanya 319km.
Kajian ini adalah berdasarkan kajian peribadi saya, tiada niat nak memburuk-burukkan mana-mana syarikat petrol, apa pun pilihan di tangan anda!

Sumber