Cara Pasang Meta Tag |
Entri ini adalah lanjutan daripada entri bertajuk Tips SEO : Jana Traffic Melalui Isu Semasa. Ramai yang bertanyakan apa itu meta tag dan bagaimana mahu memasangnya di blog? Meta tag ini sangat penting dalam SEO dan cara pasang meta tag ini sangat mudah dilakukan.
DEFINISI
Meta tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia mengandungi maklumat tentang blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag tidak mempengaruhi appearance blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog itu.
KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN META TAG
Meta tag ini tidak di pasang secara automatik dalam blog. Oleh itu anda sendiri yang harus memasangnya untuk menikmati pelbagai manfaat dan kegunaan dari meta tag ini. Meta tag berfungsi untuk mengambarkan tentang keseluruhan content di dalam blog. Ia sangat penting supaya dapat memudahkan blog anda untuk di-crawl atau di analisis oleh enjin pencarian.
Sebab itu anda haruslah meletakkan keyword yang sangat sesuai dalam meta tag ini supaya blog anda dapat di optimakan pada enjin pencarian. Keyword ialah kata kunci yang banyak dikatakan pada entri blog anda. Pendek cerita, meta tag penting di pasang supaya blog anda akan jadi mesra SEO dan senang untuk spider meng-index blog. Bila blog anda untuk untuk di index oleh enjin pencarian, maka lagi mudah untuk blog anda muncul di enjin pencarian.
CARA PASANG META TAG
Sebelum pasang meta tag, blog anda haruslah dioptimakan terlebih dahulu supaya mesra enjin pencarian. Saya sarankan supaya menggunakan peng-optimaan SEO Genarasi Baru. Berikut adalah langkah-langkahnya :
Langkah 1
Pada dashboard blogger, klik design > Edit HTML > Tick pada 'Expand Widget Template' > tekan CTRL+F > taip dan cari kod di bawah
<title><data:blog.title/></title>
Kalau tak jumpa, taip kod
<title><data:blog.pageTitle/></title>
Langkah 2
Pada kod tadi, highlight, padam dan gantikan dengan kod dibawah :
<b:if cond='data:blog.pageType == "index"'>Langkah 3
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
Save Template. Siap!
Eh! belum siap lagi! huhu.. kali ini, baru kita akan pasang meta tag.. kesian korang, penat buat tutorial ni.. hehe.. takpe, learning is fun rite?
Ok ikuti step by step macamana nak pasang meta tag kat bawah :
Langkah 1
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna
<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2011 NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 2
Pada dashboard klik design > Edit HTML > tick pada Expand Widget Template dan cari kod di bawah
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Langkah 3
Copy and paste kod yang dah diedit tadi dibawah kod di atas. Ha?? tak faham! di bawah kod di atas? haha! Lihat contoh!
Langkah 4
Save Template. Siap!
perhatian : anda juga boleh guna meta tag generator. Hanya isikan form dan dapatkan kod dia. Lepas tu tampal kt Edit HTML blog anda. Dapatkan disini.
Tahniah, anda berjaya melakukannya! Kalau tak faham, beritahu di bahagian komen ya :)
Mengoptimum SEO versi generasi baru telah di sumbangkan oleh Kak Sya. Terima kasih kak!.
Sumber :