Pages

Monday, June 4, 2012

Tiada Tandatangan Jika Pakai Jersi Barca – Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, pemain handalan Real Madrid, dikhabarkan menolak permintaan gadis kecil berusia 10 tahun hanya kerana gadis itu mengenakan jersi Barcelona. Gadis kecil itu meminta tandatangan Ronaldo sewaktu sesi latihan khas pasukan Portugal menjelang Piala Eropah 2012.
Pemain sayap Portugal itu menolak dari memberi tandatangan kepada gadis kecil yang datang ke kem latihan Portugal dengan memakai jersi Barcelona.
Bapa gadis itu, Robert Filipe berkata, anaknya ke Obidos kerana mempunyai sesi latihan. Sebaliknya dibatalkan apabila pasukan Portugal sedang melakukan persiapan Piala Eropah 2012.
Lantas, gadis cilik itu memanfaatkan kesempatan untuk melihat sesi latihan itu secara langsung.
“Ketika saya datang menjemputnya, saya tidak mendapati tidak lihat raut kebahagiaan dan keceriaan sebaliknya bersedih.
“Ketika saya tanya apa yang terjadi, dia mengatakan; ‘Cristiano tidak memberi tandatangan kerana saya mengenakan jersey Barcelona’,” kata Filipe.
Filipe mengaku dirinya tidak boleh berbuat apa-apa. Jersi Barcelona itu merupakan hadiah dari isterinya yang baru pulang dari Barcelona. Jika isterinya pergi ke Madrid, pasti akan membelikan jersi Real Madrid untuk anak mereka, tambah Filipe.