Pages

Saturday, April 28, 2012

Gambar Terkini Himpunan BERSIH 3.0


Sumber: Malaysiakini

Updated: 


4.55pm - JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk. 

4.45pm - 
Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm - Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.
4.10pm -  Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm -  Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.