.
Ayam dengan kulit telanjang diciptakan dengan perkawinan
silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak
berbulu.
Idea di belakang pembangunan ayam telanjang ini bertujuan menghasilkan
spesis ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di
negara-negara beriklimpanas, dengan kata lain ayam yang akan
menjimatkan kos penyelenggaraan ayam proses.
Dan tentu saja, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum
diolah, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.
Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu
ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan
pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu
ini lebih buruk.
Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bugil ini dengan mengatakan,
“Ini bukan ayam rekayasa genetika, itu berasal dari keturunan alam yang
karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya
untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia
tidak memiliki bulu.”
Para saintis juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana
tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya,
sehingga ayam akanmemfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan
daging sehingga ayam bolehlebih gemuk.
Berita tentang ayam berbulu pertama kali munculpada tahun
2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya
keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr
Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.