1. Bersihkan dataran merdeka, taman klcc atau apa saja jenis tempat daripada couple yang memadu asmara.
2. Bersihkan longkang dan tong sampah daripada menjadi tempat pembuangan bayi.
3. Bersihkan kelab malam dan sarang pelacuran daripada terus beroperasi.
4. Bersihkan kaca TV daripada rancangan hiburan yang melalaikan seperti Mentor, Idola Kecil, Pilih Kasih.
5. Bersihkan majalah, surat khabar dan blog-blog yang menjaja gosip dan gambar artis-artis seksi.
6. Bersihkan pilihan raya yang kotor dan tidak telus.
7. Bersihkan menteri-menteri daripada rasuah dan skandal seks.
8. Bersihkan isteri-isteri menteri yang tidak menutup aurat.
9. Bersihkan menteri-menteri yang boros berbelanja dan pecah amanah.
10. Bersihkan perut daripada memakan hasil daripada sumber yang haram.
11. Bersihkan rumah orang tua-tua daripada dihuni ibu-bapa yang diabaikan anak mereka.
12. Bersihkan mulut daripada mencarut, mengumpat dan memfitnah.
13. Bersihkan kemaluan daripada melakukan zina.
14. Bersihkan mata daripada melihat perkara lucah dan maksiat.
15. Bersihkan kaki daripada melangkah ke clubbing, sarang pelacuran, tempat perjudian dan tempat maksiat yang lain.
16. Bersihkan telinga daripada mendengar perkara tidak baik.
17. Bersihkan tangan daripada mencuri dan mengambil harta orang lain.
Sebenarnya masih banyak lagi kemungkaran jika nak disenaraikan. Ingat! Bersih bukannya menyokong Ambiga. Kuasa Rakyat tiada siapa mampu halang.
Senang cerita, bersihkanlah hati dan jiwa. Secara automatiknya, kita dapat bersihkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil dan besar.
Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya. Di dalam ucapanku cahaya. Jadikanlah pada pendengaranku cahaya. Jadikanlah pada penglihatanku cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya. Dari bawahku cahaya. Ya Allah.. Berikanlah kepadaku cahaya, dan jadikan aku cahaya. (HR. Muslim dan Abu Dawud)