Pages

Monday, March 19, 2012

Hukum Rahsia Status Adik Angkat


Memelihara dan menjaga anak angkat diharuskan dalam Islam. Bagaimanapun, Islam menghendaki supaya keturunan anak itu dijaga supaya keturunan tidak bercelaru. 

Islam melarang anak angkat dibinkan dengan ayah angkat. Allah berfirman yang bermaksud: “...Dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang itu hanyalah perkataan kamu di mulutmu sahaja. 

Dan Allah menerangkan yang benar dan Dialah yang memimpin ke jalan yang betul. Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber ‘bin’ kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai ‘maula-maula’ (saudara yang seagama) kamu. 

Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab (34) ayat 4-5). 

Anak itu hendaklah dinasabkan kepada ibu bapa asal atau Abdullah sekiranya bukan Islam. Oleh itu, hubungan anak angkat dan anak kandung dapat dijaga dalam keluarga. 

Begitu juga dengan hukum pewarisan nanti. Anak angkat perlu mengetahui taraf mereka yang sebenar supaya tidak timbul perselisihan pada masa akan datang. 

Bagaimanapun, perlu diterangkan dengan sebaik mungkin supaya tidak timbul masalah. Perbuatan ayah pula perlu diserahkan kepada Allah sahaja. 

Mungkin dia tidak mengetahui hukum dalam Islam atau ada sebab lain untuk berbuat demikian. Ayat al-Quran menunjukkan ia dimaafkan apabila berlaku kesilapan atau kekeliruan. 
sumber