Soalan
Adik perempuan saya mempunyai kawan sebilik yang bukan islam.Saya ada bertanya kepada beberapa orang ustaz berkenaan masalah aurat perempuan Islam dengan Perempuan bukan Islam.Ada Ustaz yang mengatakan aurat antara perempuan Islam dan bukan Islam Haram seperti mana auratnya kepada lelaki.Adik saya sudah cuba meminta ditukarkan bilik,namun gagal.Ini mengundang masalah terutamanya yang melibatkan dosa pahala.Ada ustaz lain pula mengatakan tidak mengapa,asalkan kita SIQQOH(yakin).Apakah hukum yang sebenarnya?
Jawapan
Aurat perempuan Islam di hadapan wanita bukan Islam yang tinggal serumah ialah seluruh tubuhnya melainkan kaki,jari sampai ke lengan dan kepalanya.Harus membuka kakinya dan tangan sampai ke lengan dan rambutnya sewaktu berada di dalam rumah
Berpakaian seperti berseluar pendek ataupun berkemban (tidak menutup aurat) adalah haram
Ini adalah pendapat satu golongan daripada sarjana fikah