Pages

Friday, March 23, 2012

Hukum bersedekah dengan wang haram

 

Soalan

Ustaz,apakah hukumnya duit yang diambil secara rasuah dibelanjakan kepada kawan-kawan?Apa pula hukumnya orang yang makan daripada duit rasuah kawan yang belanja itu??

Apa hukumnya duit rasuah itu diberi sedekah kepada golongan miskin dan memerlukan??

Jawapan

Hukum mengambil duit secara rasuah adalah haram menurut ijmak sarjana Islam.Nabi Muhammad berkata dalam sebuah hadis yang bermaksud:
          "Yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah itu dalam api neraka"

Haram berbelanja atau menjamu kawan-kawan dengan wang itu.Orang yang mengetahui sumber wang itu adalah haram ,maka haram memakan makanan yang dibelanjakan oleh kawannya itu.

Bagi orang yang tidak menegtahui sumber wang itu adalah adalah haram,mereka tidak berdosa sekirannya memakan makanan itu.

Walau bagaimanapun ,agama menyuruh kita berhati-hati dengan makanan yang haram dengan cuba mengenali orang yang mahu menjamu makanan ataupun pemberian yang dibeli daripada wang yang haram.

Bersedekah dengan wang haram pula tidak mendapat pahala daripada Allah kerana nabi berkata dalam sebuah hadis yang direkodkan Imam Tirmizi bermaksud ,

 "Allah tidak menerima sedekah daripada wang yang Haram"