Pages

Thursday, February 9, 2012

Bagaimana Mahu Menawan Kemarahan....?




Assalamu Alaikum saudara2ku sekalian,


Di bawah ini adalah artikel lama aku yang teringin sangat aku naikkan semula untuk tatapan kita bersama, semoga ada manafaatnya, insyaAllah....

Dengan Nama Allah SWT....
Suatu ketika aku telah ditanya oleh seseorang tentang bagaimanakah hendak menahan emosi kemarahan yang bagkit dalam dirinya. Sebenarnya sudah ramai yang bertanya hal sedemikian, dan setiap kali ditanya, aku telah pun memberi beberapa tips bagaimana hendak menawan kemarahan yang telah menguasai diri kita ini. Namun tidak ramai yang berjaya dalam mempraktikkannya. Kenapa boleh terjadi demikian?
Sebenarnya bukanlah sesuatu hal yang mudah untuk kita 'menawan' kemarahan yang sedang membara dalam diri kita ini. Ianya sangat sulit melakukannya apatah lagi ketika didalam keadaan marah itu sedang menguasai diri kita. Ketika ada orang yang sedang mempermain2kan kita, menghina kita dan memperbodoh2kan diri kita. Kemarahan amat mudah bangkit apabila maruah diri kita tercabar, pangkat dan darjat kita diinjak2 orang. Ia juga terus membara apabila buah fikiran kita tidak mendapat perhatian..

Apabila kita marah, emosi jadi tidak terkawal, otak tidak berkerja dengan baik, tindakan kita jadi tidak keruan, anggota tubuh jadi tidak seimbang, tangan bergementaran siap untuk dihayunkan kemuka, darah mengalir naik terus ke ubun2, sumpah seranah sudah berada di hujung lidah untuk dilontarkan pada mereka yang berkenaan.

Marah itu umpama Api yang menyala. Ia bakal merebak dan terus membara kemerata2, apa saja yang ia sentuh, atau apa saja yang menghalang kemarakannya, akan dijilat dan dimamahnya sehingga tiada sisa lagi yang ditinggalkannya.. Ia kian besar dan terus membesar sehingga tidak dapat dikawal lagi. Begitulah api kemarahan yang terbit dalam diri kita ini, ia mudah merebak dari seorang ke seseorang yang lain, jika tidak dihapuskan segera, ia mampu menghancurkan dunia ini..


Namun demikian, aku bukanlah bermaksud hendak menghapuskan kemarahan, tetapi aku hendak 'menawan'nya saja. Apabila kita bisa menawan kemarahan, kita sudah pasti dapat mengendalikannya agar ia tidak mendatangkan keburukan pada manusia dan dunia ini. Api jika ia kecil, sangatlah berguna...


"Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat mereda, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat mereda" (H.R. Ahmad). Dalam riwayat Abu Hurairah dikatakan "Orang yang kuat bukanlah yang kuat dalam bergusti, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah" (H.R. Malik).


Baiklah. Aku rasa cukuplah setakat itu huraian tentang apa yang dimaksudkan kemarahan itu. Sekarang ini adalah cara2 untuk kita hendak mengawalnya,


Pertama; Hendaklah membaca Ta'awwudz. Rasulullah saaw bersabda "Ada kalimat kalau diucapkan nescaya akan hilang kemarahan seseorang, yaitu "A'uudzu billahmina-syaithaani-r-rajiim" yang ertinya "Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk" (H.R. Bukhari Muslim).


Kedua; hendaklah berwuduk. Rasulullah bersabda "Kemarahan itu dari syaitan, sedangkan syaitan tercipta dari api, api hanya dapat dipadam dengan air, maka kalau kalian marah maka berwuduklah" (H.R. Abud Dawud).


Ketiga; Hendaklah kamu duduk. Dalam sebuah hadis dikatakan "Kalau kalian marah maka duduklah, kalau tidak hilang juga maka bertiduranlah" (H.R. Abu Dawud).


Keempat; Hendaklah kamu diam. Dalam sebuah hadis dikatakan "Ajarilah (orang lain), mudahkanlah, jangan mempersulit masalah, kalau kalian marah maka diamlah" (H.R. Ahmad).


dan yang kelima; Hendaklah kamu bersujud, ertinya bersholat sunnah paling kurang dua rakaat. Dalam sebuah hadis dikatakan "Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Tidakkah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah dilehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah ia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud)." (H.R. Tirmidzi)


Demikianlah halnya yang dapat aku sampaikan dalam posting aku kali ini. Moga2 ada manafaatnya buat kita semua.




Wallahu a'lam..


Maha Suci Allah SWT......!!

Wednesday, February 8, 2012

Bertudung VS Free Hair

Bertudung VS Free Hair

Pernahkah kita dengar orang cakap macam ni,
"Walaupun saya tak pakai tudung tapi hati saya baik, ".
ataupun cakap macam ni,
" Alah pakai tudung pun belum tentu baik. Tengoklah berkepit dengan jantan bukan muhrim, ".

Sebenarnya banyak orang memperkatakan atau membuat perbandingan antara perempuan yang pakai tudung dengan yang free hair.
Sebenarnya bagi aku siapalah kita untuk menjatuhkan menghukum atau mengadili seseorang.
Disini aku ingin kongsi sebuah artikel yang aku rujuk dari Genta Rasa.com. Laman sesawang milik Ustaz Pahrol Juoi. Sungguh menarik penjelasan ustaz dalam artikel itu. Jom ikuti dialog dibawah yang aku petik dari laman sesawang ustaz.

Anak Muda: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik.
                       Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang 
                      lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat.
Ustaz: Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?
Anak Muda: Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.
Ustaz: Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?
Anak Muda: Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak
                       bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.
Ustaz: Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?
Anak Muda: Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut….
Ustaz: Itu sahaja?
Anak Muda: Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?


Ustaz: Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika 
             diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan 
             menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia 
             suatu yang objektif dan mutlak.
Anak Muda: Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!.
Ustaz:  akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan 
             Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.
Anak Muda: Jadi akal kita untuk apa?.
Ustaz: Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana 
             melaksanakannya dalam kehidupan. 
Anak Muda: Ertinya akal kita terikat?
Ustaz: Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat 
            berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.

Anak Muda: Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?
Ustaz: Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara 
            yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, 
            wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.
Anak Muda: Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? 
                       Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?
Ustaz: Separuh betul. 
             Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di 
             sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut 
             yang lain. Dia tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub 
             dalam Al Quran.
Anak Muda: Tetapi dia jujur, amanah…
Ustaz: Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan 
             manusia. Menutup aurat perintah Allah, namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, 
             insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.
Anak Muda: Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?

Ustaz: Masih merujuk kepada Al Hadis.
Anak Muda: Hadis yang mana?
Ustaz: Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah 
            memberi  minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia 
            mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.
Anak Muda: Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?

Ustaz: Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat 
            baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh 
            menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita 
            solehah.
Anak Muda: Maksud ustaz?
Ustaz: Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup 
             aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.
Anak Muda: Oh, begitu. Kenapa ya?
Ustaz: Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi 
            baik.
Anak Muda: Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan 
                       perangainya buruk? 
Ustaz: Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa 
            yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.
Anak Muda: Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar 
                       tuntutan fesyen dan trend? 
Ustaz: Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau 
           tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik 
           atau tidak. Soal hati hak Allah… 
Anak Muda: Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…
Ustaz: Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu 
            memakai pakaian wanita solehah.
Anak Muda: Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya 
                       tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian 
                      berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.
Ustaz: Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya 
            perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. 
            Sebaliknya, yang menutup aurat…secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika 
           kualiti hatinya semakin merosot.
Anak Muda: Siapa wanita yang paling baik?
Ustaz: Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.
Anak Muda: Bagaimana pakaian mereka?
Ustaz: Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik.
Anak Muda: Wanita yang baik mesti menutup aurat?
Ustaz: Ya.
Anak Muda: Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?
Ustaz: Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana 
             mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya 
             untuk menutup aurat.
Anak Muda: Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?
Ustaz: Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.
Anak Muda: Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? 
                       Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit. 
Ustaz: Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup 
             aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu 
             sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika 
             disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. 
             Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!
Anak Muda: Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?
Ustaz: Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan 
             luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka 
             sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak 
             diatasi  akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat! 

Anak Muda  itu tersenyum.

Anak Muda: Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…

Ustaz berkata dalam hatinya, " Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"


Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh ustaz. Disimpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

Tuesday, February 7, 2012

Punca Kita Malas Nak Solat

Solat merupakan satu kewajipan bagi muslim. Tetapi, ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam bersolat. Solat dah jadi macam perkara yang diambil mudah oleh orang ramai. Ada mood nak buat, buat, bila malas, ahh lantaklah.


Beberapa punca telah dikesan menggunakan kepala otak dan juga pemerhatian harian |Skuad Pencarian Sebab Munasabab|

1) Mak bapak tak prihatin

- salah satu sebab, yang mana mak bapak tak mengambil berat tentang perihal solat anak-anak di waktu kecil. Anak-anak cuma tahu pasal hal-hal agama melalui pelajaran di sekolah. Sehinggalah bila tiba usia matang, solat bagaikan satu perkara asing dan susah hendak dibuat.

2) Terpengaruh dengan kawan

- salah pilih member. Yang tu satu masalah , yang menjadi lagi bermasalah bila perangai member yang malas solat pun diikuti. Yela, dah sama-sama keluar lepak, shoping sakan, solat tinggal jelah.

3) Trend

- ikut perkembangan masa. Kononnya sekarang ni trend orang tak solat, kita pun sama ikut tak solat. Ada ke?

4) Muslim pada nama

- menjadi seorang muslim kerana keturunan. Yela, sebab atok-nenek dahulunya Islam. Bangganya menjadi seorang muslim, tetapi ciri-ciri Islam langsung tiada.

5) Penat bekerja

- sakan bekerja, tetapi solat ditinggalkan. Terlalu melebihkan dunia sehingga lupakan ukhrawi. OT 5jam sehari, solat 5minit pun tak mampu.


6) Sikap pemimpin

- pemimpin yang terlalu mengejar keduniaan,  rakyat disuap kemewahan, sehingga lupa untuk berbicara tentang soal akhirat.Cuba kira berapa kali hal solat disentuh oleh pemimpin dunia? 

7) Hiburan yang melampau

- kemajuan teknologi. Pelbagai benda dicipta untuk keseronokan dunia. Panggung Wayang, Theme Park,TV dan lain-lain lagi. Solat menjadi perkara ke-100 dalam perkara yang hendak dibuat di dalam sehari.

8) Makan

- hidup untuk makan. Terlalu banyak makan sehingga menimbulkan malas solat. Lebih-lebih lagi sekarang ni puasa. Masuk je waktu berbuka, 18 jenis makanan dari 18 bazar ramadhan berbeza terhidang. Maghrib? Tidurlah gamaknya.

9) Tidur

- tidur dah macam beruang koala berhibernasi. Kalau dah tidur 18jam sehari, solat melambung ke sana sini lah jawabnya.

10) Tak takut mati

- tak tahu bila mati. Tu yang kadangkala jadi sebab malas solat. Kalau tahu esok mati, agak-agak malam ni tak tidur malam kaver solat yang terlepas campur dengan solat sunat.

Jika Esok Hari Terakhirku

Jika esok hari terakhirku, 

sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti


Jika esok hari terakhirku,

maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku


Jika esok hari terakhirku,

mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu


Jika esok hari terakhirku, 

akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku


Jika esok hari terakhirku,

ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu




Jika esok hari terakhirku, 

tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku


Jika esok hari terakhirku,

nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu


Jika esok hari terakhirku,

mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi


Jika esok hari terakhirku,

akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku


Jika esok hari terakhirku, 

tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi, hanyalah

Jika esok hari terakhirku.

Betul Ke Miskin Itu Lebih Indah Berbanding Kaya?


Orang kata, kekayaan bukanlah segalanya, tetapi kebahagiaan itu lebih penting. Tetapi, betul ke? Atau ni hanya cakap-cakap orang kaya yang sememangnya sudah cukup makan sehari-sehari. Apa pula kata orang miskin? Semestinya hidup lebih bahagia dengan kekayaan kerana waktu sekarang, tanpa wang ringgit, kita dipandang hina. Atau mungkin sedikitpun tak dipandang.

Orang kaya sering diancam perompak, penyamun, penyangak tetapi orang miskin juga sama keadaannya, dikejar dek ceti, along, tuan rumah. Kitaran hidupnya lebih kurang sama, tetapi lebihnya si kaya, mampu menggaji security untuk menjaga harta yang bertimbun, si miskin pula sibuk melarikan diri.

Miskin bukanlah bermaksud tidak mampu beli blackberry, sony experia mahupun iphone5 yang bakal keluar tak lama lagi, tetapi miskin yang tidak mampu untuk makan nasi walau sehari sekali. Tak perlu lihat ke luar negara untuk melihat fakir miskin, di Malaysia sendiri, beribu-ribu orang tiada rumah, yang hanya mampu tidur di bawah-bawah jambatan berselimutkan surat khabar berita harian edisi mingguan.

Jadi, betul ke miskin itu lebih indah berbanding kaya?

Facebook Menjadi Mangsa.

Mengikut pemerhatian dalam jangka masa panjang, rata-rata pemilik facebook suka sangat-sangat meluahkan perasaan hingga menyebab jiran-jiran tetangga facebook menyampah dan sakit hati.
Antara luahan perasaan yang selalu diupdate di facebook :
1) Sedih
- Bila je sedih, facebook tempat luah perasaan. Nampak takde masalah pun kan? Tapi, bilamana orang komen tanya kenapa sedih, boleh pulak si updater facebook reply, biar dia sorang je tanggung, itu masalah dia. Apahal lu minah? HAHA. Dah taknak kongsi, takyah update kat facebook, tak pasal2 dari kesian jadi mangsa kutukan. 
2) Couple
- Bagi pasangan bercinta yang kononnya romantik, facebook tempat perkongsian rasa kasihnya mereka dengan kawan-kawan. Kononnya nak bagi satu dunia tau yang mereka ni bercinta. Oh sweet sangat. I love you, you love you, i love yours. Walhal kat fon , boleh je nak buat benda-benda tu. Tapi, bila dah gaduh, maki2 FB , WTF? HAHA. Kejap je tu, 2-3 hari pastu elok balik, smbung jadi mat minah bunga.
3) Mandi/berak/kencing/tidur
- Semua benda nak post, memang tak salah pun, aku pun tak kisah, tapi jadi kisahnya, bila selang 2-3 minit, ada je updatenya. Ko update, ko like, pastu ko komen, dan aku gelak. HAHA.

Tangisan Rasulullah SAW Menggetarkan Arasy

 

Assalamualaikum.
Sekarang aku mintak kamu semua, pejam mata 5 saat, bace Bismillah, mengucap, bersyukur Alhadulillah sebab hari ni sihat lagi dapat pegang mouse, tengok skrin untuk bace blog aku.

Ok, mari kita mulakan.
“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,”jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya,sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!”kata orang Arab badwi itu.
“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. “
Sumber Sirah Nabawiy
Sumber : Syachranie's Blog
So, sebagai umat Islam, janganlah kite rase terlambat untuk bertaubat. Jangan kate aku banyak dosa. Dosa zina, bunuh, berjudi dan bahkan dosa raja segala kejahatan yakni minum arak juga akan diampunkab oleh Maha Mulia Allah. Rahmat-Nya mengatasi segala…
Assalamualaikum