Pages

Thursday, May 17, 2012

Wanita Pulang Dari Angkasa Lepas Pilih Islam



  • Share
Wanita Pulang Dari Angkasa Lepas Pilih Islam
Sunita Williams
HEBUH di dunia maya atau internet, ramai memperkatakan, ‘Sunita Williams’ masuk Islam setelah melihat kota Mekah & Madinah dari bulan atau angkasa lepas? Benarkah?
Banyak berita melalui emai dilengkapi foto Mekah dan Madinah dari luar angkasa, ditemui. Samada benar atau tidak masih belum jelas lagi. Tetapi beginilah beritanya…
Satu: Sebuah kenyatan..
[As-salmu'alaikum!
An important message to all Muslim brothers and sisters : Sunita Williams (First Indian woman who went on a space journey few months back) accepted "ISLAM" Masha Allah, bcoz when they were on the moon, they saw towards EARTH, the entire EARTH looked dark, but 2 places on the EARTH GLITERED & looked like SPARKS (Roshni). They were shocked to see that and saw them with the help of telescope and came to know that those two places were "MAKKAH" and "MADINAH" Masya Allah !. Then they decided that after reaching to earth they'll accept "ISLAM". Thats y they reached safely following this glitering light. So be proud to a muslim and forward it to all like fire. Allah Hafiz...!
(Sebuah pesan penting untuk seluruh saudara muslim dam muslimah : Sunita Williams (Wanita Indian Pertama yang pergi ke luar angkasa untuk beberapa bulan telah kembali) menerima "ISLAM " kerana ketika mereka ke bulan, mereka melihat ke bumi, dan nampak semua wajah bumi kelihatan sangat gelap (hitam), tetapi ada 2 tempat di bumi yang bersinar dan terlihat seperti berkilauan.
Mereka kagum melihat hal itu, mereka ingin melihat lebih jelas dengan batuan teleskop dan mengetahui bahawa kedua tempat tersebut adalah Mekah & Madinah. Mereka memutuskan setelah mereka tiba di bumi mereka akan menerima Islam. Itulah alasan kenapa mereka dapat kembali ke bumi dengan selamat, kerana mengikuti arah sinar dari tempat tersebut. Maka berbanggalah menjadi seorang muslim.]
Dua:
Sebuah postingan seorang penulis berjudul “Kesaksian Sunita Williams: Mekah dan Madinah Nampak Terang Dari Luar Angkasa”. Dilengkapi foto kota Makkah dan Madinah dari luar angakasa. Berikut kutipannya..
Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu Mekah dan Madinah. Sunita William, seorang astronaut pertama India yang pada 2 Julai 2007 berada di angkasa luar, mengatakan bahawa dari atas seluruh permukaan bumi diselimuti kegelapan, namun betapa terkejutnya ketika dengan bantuan teleskop ada 2 tempat yang sangat berbeda, iaitu Mekah dan Madinah. Kedua tempat itu nampak terang dibandingkan dengan tempat-tempat lainnya dibelahan bumi. Masa Allah, Allah Maha Besar.
Tiga: Foto Kota Madinah kota Makkah
Foto Dari Kota Madinah
(Sebelah kiri adalah kota Madinah dan kanan adalah kota Mekah, Saudi Arabia)

Empat:
Selain itu, fenomena lain yang ditangkap adalah ketika gelombang suara dari bumi tidak mampu merembat luar angkasa, dan ternyata dapat menangkap suara Adzan. Apakah ini suatu keanehan, atau merupakan suatu jalan dari Allah SWT untuk menunjukkan sudut-sudut kebenaran kepada ahli astronomi atau atronout itu?. Dikhabarkan setelah peristiwa ini, Sunita Williams secara spontan memeluk agama Islam. Allahu Akbar.
Sunita Williams
Sunita Williams sendiri adalah seorang astronot kelahiran Ohio pada 19 September 1965 dari orang tua berketurunan India-Slovenia. Berkahwin dengan Michael J. William, seorang Polis Federal di Oregon, USA. Sebagai astronot pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita: Berada diluar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan di luar angkasa (29 jam, 17 minit).

Wednesday, May 16, 2012

Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali

ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak berulang kali tanpa mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan. 

SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap kepada pembeli.

Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak tepu yang berbahaya kepada kesihatan.

Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.

“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia dicampur dengan minyak masak baharu.

“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.

Kepala Pelakon Yatt Haryati Melekat Di Sejadah Ketika Sujud


Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mahu tak mahu, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. 
sumber

Misteri Air Berbau Busuk Terbongkar

anggota bomba dan penyelamat menurunkan mayat lelaki yang ditemui dalam tangki air di Taman Sri Titingan, Tawau kelmarin.

TAWAU – Misteri air berbau busuk yang membelenggu penduduk di Taman Sri Titingan dekat sini sejak seminggu lalu terbongkar dengan penemuan satu mayat lelaki di dalam sebuah tangki air di taman itu kelmarin.

Mayat lelaki yang mereput itu ditemui oleh pekerja penyelenggara tangki air di taman itu ketika mereka melakukan kerja-kerja pembersihan tangki pada pukul 8.30 pagi.

Difahamkan, ketika ditemui, mayat itu dalam keadaan bogel dan terapung selepas dipercayai sudah mati sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 34, berkata, dia mencurigai kebersihan air di tangki rumahnya selepas terhidu air itu berbau busuk sejak beberapa hari lalu.

Sejak hari itu, katanya, dia langsung tidak menggunakan air tangki di rumahnya dan sanggup membeli air yang dibeli dari kedai.

“Dalam tempoh itu, kami memaklumkan masalah air busuk kepada pihak pengurusan air sebelum pekerja-pekerjanya menemui mayat di dalam salah sebuah daripada sembilan buah tangki air di taman itu,” kata Osman ketika ditemui di sini.
sumber

Najib Disambut Laungan 'Bersih' Di London


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di 
atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di lamanYoutube. 

Rayuan Najib itu disambut oleh SEOrang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya. 

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib. 

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.



Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada warga Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London, adalah mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.

“Rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan itu. Kita telah 
membuktikannya. Anda tidak perlu mengadakan demonstrasi jalanan di Malaysia kerana jika diadakan juga, tidak dapat tidak akan timbul masalah, akan berlaku pertelagahan," katanya jelas merujuk kepada demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur bulan lepas.

Najib berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menyokong kerajaan atau pembangkang tetapi "anda harus melakukannya mengikut lunas undang-undang yang ada". 

“Jika anda tidak hiraukan peraturan undang-undang, akan berlaku anarki dalam negara. Tidak harus berlaku anarki di negara kita. Kita boleh terima pertentangan pendapat dam pandangan tapi saya tidak akan hormati jika anda melanggar undang-undang negara. Itulah satu-satunya perlindungan yang kita ada untuk masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa telah terbukti sejumlah 100,000 orang boleh berkumpul di sebuah stadium, dan melakukannya dengan begitu aman sekali, merujuk jelas kepada perhimpunan besar-besaran yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei. 

“Itulah caranya yang betul. Jika Bersih mahu mengadakan perjumpaan, kita boleh berikan mereka stadium yang sama, dan kita akan pastikan keamanan dan keselamatannya. Tiada siapa yang akan dicederakan dan itulah cara yang sebenarnya bagi kita sebagai sebuah negara yang matang. Kita percayakan demokrasi, tetapi demokrasi dengan tangungjawab."

Bernama melaporkan ada dua tiga orang yang berbuat bising dalam kalangan audien itu, membuatkan perdana menteri berkata "ini bukan adab orang Malaysia dan tidak sopan untuk mengganggu", bagaimanapun hadirin yang lain amat tekun mendengar ucapan beliau. 

“Saya bangga semua rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang dan menghormati orang lain sebab itu anda harus bersuara. Anda harus bersuara terhadap mereka yang menyalahguna kedudukan mereka. {Jika) anda kumpulan minoriti, jangan paksakan pandangan anda terhadap kumpulan majoriti," tegas beliau.

Katanya beliau percaya jauh lebih baik ialah untuk bertindak bijak, mematuhi undang-undang dan bila tiba masanya, akan ada peluang untuk membuat keputusan sebagai warga Malaysia.

Najib, yang memberitahu audien mengenai pelbagai perubahan signifikan yang dilakukan kerajaan dari segi ekonomi, pendidikan dan beberapa undang-undang keselamatan, menekankan bahawa kerajaan mahu menjadi sebuah kerajaan yang mewakili perasaan rakyat Malaysia.

“Kami mahu terlibat dengan rakyat Malaysia, untuk melakukan apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia, dan itulah komitmen saya sebagai perdana menteri Malaysia," katanya disambut dengan tepukan gemuruh.

Beliau mengulangi bahawa era "kerajaan yang lebih tahu, sudah berakhir". "Kami perlu mendengarkan rakyat, dan ini yang dilakukan kerajaan sekarang, mendengar suara rakyat".

Najib berkata kerajaan melakukan yang terbaik untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar maju menjelang 2020 melalui pelbagai program transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan.

Malah, katanya, kini adalah saat yang amat penting dalam sejarah Malaysia kerana inilah kali pertama ia memulakan transformasi besar-besaran Malaysia secara menyeluruh, bukan hanya dari segi ekonomi tetapi juga dari segi sosial dan politik, untuk mencapai status sebuah negara maju sepenuhnya dalam tahun 2020.

"Kita boleh melakukannya dan saya percaya sebagai rakyat Malaysia, kita semua komited menuju ke arah menjadi sebuah negara maju. Saya berharap anda semua bersedia menyertai saya dalam perjalanan ini kerana kereta api sudah berlepas dari stesennya dan saya mahukan semua rakyat Malaysia menaiki tren ini supaya kita mempunyai segala sebab dan setiap peluang untuk mencapai matlamat kita menjadi sebuah negara maju," katanya.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong, yang menganjurkan majlis itu, dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad. 

Najib dan Rosmah tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. Perdana menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford.

Mogok Lapar Palestin Berakhir


Ramallah – Beribu-ribu penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza semalam keluar menyambut meriah langkah Israel memberi layanan lebih baik membolehkan tahanan Palestin sekali gus menamatkan mogok lapar mereka selain mengingati ‘malapetaka’ apabila Israel diasaskan pada 1948 atau ‘Nakba’.

Israel kini bersetuju membenarkan anggota keluarga melawat tahanan Palestin dan cuba mengelak menahan penduduk tanpa didakwa. Sebagai tukaran, kumpulan pejuang Palestin memberhentikan serangan.

Nasib tahanan itu adalah satu perkara sensitif kepada penduduk Palestin kerana hampir semua mereka mengenali jiran atau saudara yang pernah dipenjara Israel. Beratus-ratus warga Palestin keluar di dua kota utama itu sambil membawa gambar anggota keluarga yang ditahan Israel.

Beribu-ribu lagi melakukan tunjuk perasaan di bandaraya selatan Hebron yang bertukar menjadi laut merah, putih, hitam dan hijau dengan bendera Palestin dengan mereka meraikan kejayaan menamatkan mogok lapar.

Di Gaza, penduduk Palestin menjerit ‘Allahu Akbar’ dan ‘Alhamdulillah’ menggunakan pembesar suara ketika menyambut persetujuan antara tahanan dan pihak berkuasa penjara Israel.

Selain mengibar bendera, mereka juga mengedarkan manisan dan ada yang melakukan sujud syukur.
Perjanjian itu menamarkan salah satu bantahan terbesar tahanan Palestin apabila dua lelaki memulakan mogok lapar pada 28 Februari lalu dan tidak makan selama 77 hari, mogok lapar paling lama.

Selain itu, 1,600 tahanan Palestin lain, lebih sepertiga daripada bilangan tahanan dan menyertai mogok itu pada 17 April lalu yang berlangsung selama 27 hari.

“Tahanan membuktikan kepada dunia bahawa perut kosong adalah lebih kuat daripada mana-mana pemerintah atau penindas,” kata jurucakap kerajaan Gaza, Fawzi Barhoum.

Kemeriahan juga dibantu sambutan ‘Nakba’. Tarikh 15 Mei adalah detik penduduk Palestin mengingati ‘malapetaka’ apabila beratus ribu lari atau diusir dari kediaman oleh pengganas Israel.

Siren kuat dibunyikan di seluruh bandaraya Ramallah pada waktu tengahari menandakan ulang tahun di mana penduduk meraikannya dengan senyap selama satu minit menjelang perarakan besar di ‘Clock Square.’

Di seluruh bandar itu, kereta mengibarkan bendera hitam membawa gambar satu kunci dan perkataan ‘kembali’ dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk mengingati rumah yang ditinggalkan mereka atau dipaksa ditinggalkan dan kini menjadi sebahagian Israel.– AFP

Alhamdulillah

Gempar!!! Loji Petronas Kerteh meletup, 2 maut

Gambar Hiasan
.
KEMAMAN 10 Mei - Dua pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3 dekat Kerteh, Kemaman petang ini. 
Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. 
 
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut. Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.
 
 - UTUSAN