Gambar Hiasan |
KEMAMAN 10 Mei - Dua pekerja syarikat kontraktor terbunuh manakala lapan
yang lain cedera dalam letupan di sebuah loji pengeluaran gas di GPP3
dekat Kerteh, Kemaman petang ini.
Identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan mereka yang cedera
dikejarkan ke Hospital Kemaman dan Hospital Dungun untuk rawatan
lanjut.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ini ketika
kesemua mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di loji tersebut.
Bagaimanapun, menurut sumber itu, kebakaran berjaya dikawal dan api
dapat dipadamkan kira-kira pukul 3.20 petang.
- UTUSAN